Friday, May 25, 2007

Minta Maaf ke, kalau kita betul?




Bila membaca kenyataan Tony Pua, anak muda generasi ketiga Malaysia dan berkelulusan Oxford, sebagai orang Melayu yang berfikiran waras, tidak ada apa-apa yang menyentuh orang Melayu jauh sekali mengandungi perkataan yang menghina Melayu atau agama Islam. Yang sudah pasti Tony Pua, anak muda Malaysia itu berfikiran Malaysia dan setanding pula dengan pendidikan yang diterimanya olehnya.

Tetapi kenapa pula dengan tiba-tiba semua orang ikut sama marah seperti pemuda UMNO yang menuntut Tony Chua untuk meminta maaf. Isunya di mana? Adakah Melayu hina bila dikatakan oleh Tony Pua bahawa kemasukan Melayu dalam perkhidmatan awam dan peluang pekerjaan ialah untuk mengatasi pengangguran di kalangan orang Melayu lulusan Universiti termasuk mungkin keluaran Oxford seperti Khairy Jamalluddin yang tidak mempunyai apa-apa rekod bekerja dengan mana-mana syarikat kecuali dengan bapak mentuanya dan syarikat Ecm Libra yang membayar gaji untuk memutihkan duit haram yang dibayar kepadanya kerana Ecm Libra mendapat berbagai kemudahan kewangan kerajaan termasuk dalam kes ular lidi menelan naga-Avenue

Cuba fahamkan apa yang dikata oleh Tony Pua, ia itu"peluang pekerjaan Perkhidmatan Awam di Malaysia di wujudkan kerana hendak memberi pekerjaan kepada siswazah yang masih dalam kategori penganggur" dan memanglah diakui tidak kurang 60 ribu bekas siswazah sekarang tidak bekerja dan peratusnya kebanyakan siswazah itu adalah orang Melayu. Salah ke pengucapan itu? Jawabnya tidak, kerana memang benar bahawa siswazah Melayu terlalu banyak yang menganggur dan peluang pekerjaan tidak sebanyak mana, maka kerajaan mengujudkan jawatan dan sebilangan besarnya dipohon oleh siswazah Melayu.

Di mana datangnya unsur –unsur perkauman dari apa yang dikatakan oleh Tony Pua? Dia memang tidak merujuk kepada ke tidak puas hatinya mengenai jawatan perkhidmatan awam yang dimonopoli oleh orang Melayu. Dia sekadar berkata bahawa sebagai tempat pembuangan sampah untuk jawatan yang kosong dalam perkhidmatan awam dikhususkan kepada siswazah Melayu.

Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Tony Pua mestilah diterima sebagai satu cabaran bukan penghinaan. Pemuda UMNO sudah pasti ada perangkaan atau statistik mengenai jumlah graduan keluaran dari IPTA dan IPTS dari tahun 2000 hingga sekarang dengan kelulusan masing-masing dan mana yang sudah bekerja. Apa yang jelas merujuk kepada statistik dari PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional berpuluh ribu bekas graduan tidak dapat membayar semula pinjaman dan sebilangan besar memberi alasan tidak mempunyai pekerjaan tetap kecuali bekerja sebagai pekerja sementara seperti di super market, kedai makanan segera atau menjadi peniaga “multi level”.

Bila membaca apa yang dijawab oleh Pemuda UMNO, nampak sangat Pemuda UMNO tidak menjawab secara berhemah kenyataan Tony Pua itu malah kemudiannya membuat soalan semula kepada Tony Pua, ia itu berapa banyak syarikat bukan Melayu memberi peluang kepada siswazah Melayu untuk bekerja? Dengan persoalan itu, Pemuda UMNO telah mengesahkan apa yang dituduh oleh Tony Pua, ini memberi makna jika syarikat-syarikat bukan Melayu memberi peluang sama rata kepada siswazah Melayu, adakah kerajaan tidak akan menjadikan jawatan dalam Perkhidmatan Awam sebagai tempat membuang sampah kepada siswazah Melayu? Kesimpulannya, Perkhidmatan Awam akan mengehadkan pengambilan pekerjanya berdasarkan keperluan semata-mata kerana Malaysia dikenali sebuah Kerajaan yang terlalu besar kakitangan awamnya dan hampir setengah bajetnya setiap tahun adalah untuk kepentingan membayar gaji dan pencen.

Persoalan syarikat-syarikat bukan Melayu mengenakan syarat-syarat kepada graduan Melayu hanya sekadar andaian. Semasa DEB-Dasar Ekonomi Baru mula dilancarkan, beberapa undang-undang diperbuat sebagai tersirat untuk menekan syarikat-syarikat bukan Melayu memberi peluang kepada pekerja bumiputera (istilah masa itu) antaranya jika berhubung dengan kerja-kerja tender dengan kerajaan, PBT - Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan menggunakan borang akan kepentingan bumiputera dalam tiap-tiap permohonan yang menjadi aset atau bidang kuasanya. Maka secara automatiknya syarikat-syarikat bukan Melayu terpaksa mengambil pekerja Melayu. Tetapi hari ini, semuanya tidak ada, sikap nasionalis Melayu di kalangan orang Melayu yang berkuasa sama ada dia orang politik yang jadi Menteri, jadi Pegawai Kerajaan dan sebagainya tak ambil kisah, asalkan mereka senang setelah ABS - asal boss senang.

Itu sebab kita merasa hairan dengan sikap bapa mentua Khairy Jamalludin yang tidak mempertahankan sikap Maybank meletakan syarat saham dalam syarikat guaman yang mendapat pelantikan Maybank mestilah mempunyai kepentingan 50 bumiputra dan tidak dinyatakan beberapa pula kakitangan Melayu yang mesti diadakan oleh firma guaman itu. Dalam perkara ini Pemuda UMNO tidak pula hendak melenting dan mengatakan bahawa Presiden partinya itu tidak memahami DEB.

Seharusnya setiap rakyat dalam Generasi Ke Tiga mesti berfikiran terbuka dan menerima rasionalis dalam apa bidang pun, seperti persoalan kenapa tidak ramai anggota Polis dan Tentera dari kalangan mereka keturunan Cina dan India dan etnik lain bukan Melayu. Kenapa ini menjadi masalahnya kepada orang Melayu? Sepatutnya orang Melayu bangga bila melihat bahawa orang Cina atau India tidak mahu menyertai polis dan tentera. Kenapa tidak, bukan kah dengan itu menggambarkan bahawa orang-orang Cina dan India dan etnik bukan Melayu lain mempunyai kepercayaan kepada orang Melayu untuk bekerja sebagai Polis atau Tentera sebagai pelindung mereka. Jika mereka tidak mempunyai kepercayaan terhadap orang Melayu menjadi Polis dan Tentera dan takut di suatu masa kedudukan Polis dan Tentera yang ramai dianggotai oleh orang Melayu itu akan menggunakan peluang untuk menindas orang China, India dan etnik bukan Melayu lain nya, sudah pasti mereka beramai-ramai menyertai Polis dan Tentera dan tiada undang-undang yang menghalang mereka untuk menyertai sekiranya cukup kelulusan dan syarat-syarat untuk menjadi Polis dan Tentera.

Sebenarnya di Malaysia, setiap orang memainkan peranan memajukan negara ini dan tidak hanya boleh dilakukan oleh orang politik sahaja. Kita mesti menerima hakikat setiap warganegara Malaysia dan orang Melayu sudah hampir 50 tahun memainkan peranan memajukan negara ini. Malaysia sudah cemerlang, sudah gemilang dan terbilang sebelum Abdullah Hj Ahmad menjadi Perdana Menteri, tetapi hari ini yang cemerlang sudah menghilang, yang gemilang hampir melayang dan terbilang hanya berdiri terhuyung-hayang. Negara masih lagi membincangkan Melayu, China dan India dan etnik lain. Setiap orang tidak merasakan setiap orang ada peranan.

Tony Pua ada peranannya, setiap orang yang menjadi pembangkang termasuk penulis blog yang tidak mengikut arus perdana juga ada peranannya. Seorang penulis, senjatanya dua, otak dan tulisannya sama ada di kertas atau di komputer. Setiap penulis banyak berfikir dari hidup. Kemungkinan dia akan di marah, dia tidak takut, begitu juga kalau dibenci , lagi dia tidak ambil peduli, kalau digertak malah dipecat pun dia tidak gentar. Pendirian dia tetap. Semua penulis akan tetap menulis, sebab dia faham betul jika dia berhenti menulis sebagai manusia dia sudah mati. Seorang penulis sentiasa berperang, berperang dengan keadaan dan realiti masyarakatnya. Maka siapa pun yang menulis dan apa pun pegangan ideologi politiknya. dia boleh dipanggil patriot bangsa-Bangsa Malaysia. Tidak ada penulis yang menulis untuk mendatangkan kecelakaan pada bangsa dan negaranya.

Sang Kelembai: Pemuda UMNO sepatutnya memahami apa maksud wira, pertama dia mesti "mewakili - collectivity ", jika Abdullah Hj Ahmad telah dapat mengidentifikasikan dirinya dengan bangsa Malaysia dengan berbagai keturunan dan dianggap sebagai mewakili mereka. Ini mesti diterima oleh seluruhnya bangsa, bukan hanya untuk suatu golongan atau lapisan masyarakat sahaja. Tiga nama besar dalam sejarah dunia oleh negeri masing-masing ialah Mahatma Gandhi, kastanya Brahmin tetapi berjaya menjadi simbol keamanan untuk kemerdekaan India, Winston Churchill PM dari Parti Conservative tetapi diterima sebagai Wira oleh rakyat British dari berbagai ideologi mereka dan Napoleon Bonaparte, walau bukan berdarah Perancis tetapi sehingga hari ini dianggap Wira yang tak dua di Perancis.

15 comments:

Anonymous said...

Bangsa Malaysia itu bangsa apa, kita adukkan semua budaya jadi satu bangsa ke? Ini kelembai kena jawab dan jangan lak soalan sebegini kena potong. Aku baru tengok kat MT orang komen tapi aku nak komen kat laman kelembai. Apa dia bangsa malaysia. apa intipatinya dan apa pertejemahaannya. Jgn aje nak ikut , org kata bangsa malaysia ko kata bangsa malaysia, org kata hak kaum lain ko pun kata gitu tapi tak faham apa sebenarnya.

egalitarian said...

Assalamualaikum Sang Kelembai,

Terus terang saya katakan yang orang Melayu dan seluruh orang Malaysia memerlukan lebih ramai individu-individu yang jujur terhadap fakta seperti Sang Kelembai.

Pertahankan sikap ini dan teruskan perjuangan!!

Anonymous said...

Betul gak tu, asimilasi kaum itu adakah membentuk satu bangas. Kita ada program intergrasi nasional, adakah itu memupuk satu bangsa. Sebenarnya kalau warganegara itu kita adakan persefahaman maka ini lebih realisitik tetapi setakat yang SK kata, hanya illusi kerana benci. itu sahaja

Anonymous said...

Yang pasti sebahagian besar rakyat Malaysia tanpa mengira kaum tiada banyak pilihan. Masyarakat lapisan kaum hidup harmoni sehinggalah ahli-ahli politik mempolitikkan isu-isu semasa. Isu sebenar terhadap kenyataan Tony Pua sebenarnya tidak menimbulkan sebarang sentimen perkauman kepada saya.
Tetapi lebih kepada persoalan yang lebih kritikal iaitu jika sekiranya bajet gaji kakitangan yang hanya dinaikkan dr 7.5% ke 35% menyebabkan pertambahan perbelanjaan RM8 Billion (TIDAK termasuk Elaun Pesara pencen ) berapakah jumlah perbelanjaan gaji kakitangan kerajaan sebenarnya?
Sepatutnya kerajaan perlu menggunakan wang tersebut untuk menjana pembangunan dan bukannya menambah kakitangan kerajaan sehingga menimbulkan jawatan bertindih.

Kenaikan gaji sepatutnya meninggikan kadar keberkesanan perlaksanaan tugas tetapi sebaliknya berlaku di negara kita. Isu ini hendaklah dibincangkan secara matang, membina dan kritis. Dengan adanya sikap keterbukaan dalam membahaskan sesuatu isu demi kepentingan pembangunan negara maka, dengan sendirinya pelbagai lapisan rakyat terlibat dalam usul pembangunan dan halatuju negara. Bukan semua polisi/dasar kerajaan bersesuaian dengan keadaan semasa.

Anonymous said...

Salam Tuan SK, saya kutip artikel ini dalam laman arahkita.blogspot

Angan-angan Bangsa Malaysia

Mereka menyingkap sejarah. Mereka meletakan Dasar Ekonomi Baru cetusan Allahyarham Tun Abdul Razak adalah penyebab utama dasar - dasar yang meminggirkan kaum Cina khususnya selepas 13 Mei 1969. Kumpulan - kumpulan pendesak Cina tertarik dengan kenyataan Lee Kuan Yew dan berselindung dibalik kenyataan tersebut untuk memulakan gerakan bersuara.

Isu Cina tersisih hanya kelihatan secara asas sahaja. Selainnya tidak langsung memperlihatkan bahawa bangsa itu terpinggir atau wujud diskriminasi sehingga bangsa itu tercampak , tertindas dan tidak bangkit langsung. Mereka tetap akan menuntut dan memperjuangkan bangsa mereka dan ini bukan sesuatu kesalahan tetapi bukan juga satu kesalahan untuk kita mengatakan bahawa bangsa itu lebih selesa pegangan ekonomi mereka dari bangsa Melayu yang ditakrif sebagai bumiputera dalam negara ini. Pegangan ekonomi yang kuat serta mempunyai infrastruktur perekonomian yang mantap meletakan bangsa itu jauh lebih baik dari golongan bumiputera lain di negara ini.


Hakikat tersisih tidak berkisar sekitar kaum. Tersisih adalah perbezaan yang ada antara rakyat miskin dengan kumpulan manusia yang memegang kuasa dan bertindak tidak menjalankan amanah mereka. Ini berlaku dalam semua kaum yang ada, baik Cina , India dan Melayu. Mereka gagal melaksanakan tanggung jawab mereka dan sistem politik yang ada digenggam dengan berbagai sekatan yang menyukarkan mereka diperiksa dan dinilai. Ini meletakan kesalahan bukan sahaja kepada sesuatu kaum malah kepada semua kaum yang mana mereka kekal tidak mahu melakukan perubahan dalam memilih kepimpinan mereka.


Rakyat khususnya Melayu perlu melakukan perubahan - menguatkan pegangan prinsipal sebelum kita dapat mengorak langkah ke arah yang lebih berintergrasi. Selagi kita masih terus membicarakan apa hak Melayu yang sepatut dikongsi dengan Cina dan apa hak Cina yang sepatutnya diambil balik oleh Melayu, kita akan terus tersisih. Apa yang perlu kita lakukan adalah membentuk sistem yang lebih sempurna, lebih mudah untuk di timbang dan diperiksa dan tidak membiarkan ianya dijajah oleh mereka yang kita lantik menjadi pemimpin. Selagi kita tidak berusaha menyedarkan rakyat khususnya Melayu, selagi semua perkara pokok seperti kemiskinan khusus dikalangan orang - orang Melayu dan desakan kesamarataan bangsa lain akan menyebabkan kita sentiasa curiga antara satu sama lain.


Disinilah kepimpinan Melayu memainkan peranan sebagai katalis bagi pembangunan Melayu dan hasil dari itulah maka perasaan curiga ghaib bagi membentuk sedikit intergrasi antara - kaum di Malaysia. Oleh itu dalam menyebut kepimpinan Melayu maka rakyat Melayu harus disedarkan akan dosa mereka dalam memilih kepimpinan. Rakyat Melayu negara ini harus bijak menilai dan berani menyuarakan apa yang dirasakan oleh kita sesuai dan apa yang dirasakan perlu untuk pembangunan kita. Selagi tidak - selagi Melayu itu belum sempurna dipimpin oleh kepimpinan yang mengutamakan dua perkara : beriman dengan ALLAH dan membawa manafaat kepada kepada umat maka Melayu akan rasa lebih tersisih dan ini tidak akan membawa sebarang perubahan kepada perpaduan kaum dalam erti kata yang sebenarnya.


Penentuan adalah pada kepimpinan Melayu. Lihat kegagalan sebenar satu rancangan yang mahu mempertingkatkan ekonomi kita. Kegagalan ini akan lebih merbahaya sekiranya bangsa lain terus mendesak agar penghapusan hak - hak keistimewaan , matrikulasi dan berberapa persoalan yang melibatkan bumiputera dilaksanakan sedangkan bumiputera masih lagi dalam keadaan yang merisaukan.


Bagi melihat senario ini secara asas, kemunduran Melayu - kekurangan dalam pegangan perniagaan dan ekonomi - kegagalan pemimpin Melayu memahami dan keutuhan kewibawaan serta prinsipal mereka yang masih tidak kukuh, maka harapan untuk Bangsa Malaysia adalah angan - angan semata - mata.

Anonymous said...

Sepatutnya anda adalah ketua pengarang utusan malaysia la. bukan yang dok ada laa mangkok hayut, nak dapat fakta kena p web atau internet. tahniah

daniel said...

hello SK,

Nampak gayanya bangsa Malaysia adalah pejuangan utk mereka yang sudah gagal dalam umno. Ok ini cite bersih tok sah sensor. Nak tanya sedikit pada SK, UMNO dari dulu zaman SK dalam UMNO sampai skrg masih serupa atau ada perubahan. Kroni dalam kepimpinan UMNO zaman Mahathir dan Pak Lah tak de beza.

Kenapa hari ini kita bercerita pasal teruknya UMNO tapi semasa diterima dalam UMNO sikit punya ok.

Kita harus pertahankan hak kita orang Melayu. Kita perlu memajukan kaum kita tetapi kenapa kita perlu buka pekong kita semata - mata kerana politik.

Saya ada baca banyak pasal ini dalam tulisan blog arah, apa komen sdra pasal blog arah, rakan SK gak kan?

Komen sikit, sekurang - kurangnya kita kat sini faham

zabs said...

Assalamualaikum SK,

Tony Pua berkata "peluang pekerjaan Perkhidmatan Awam di Malaysia di wujudkan kerana hendak memberi pekerjaan kepada siswazah yang masih dalam kategori penganggur".

Jika ini benar takdalah 60 ribu bekas siswazah Melayu kita menganggur lagi seperti yang tuan tulis tu.

Hakikatnya Tony sengaja nak merendahkan kemampuan orang Melayu untuk mencari pekerjaan.

Saya bukan ahli UMNO pun, tapi tak suka juga kalau orang Melayu diperkecil2kan

lamandau said...

Kita tidak hairan dengan sikap KJ yang cepat membuat kesimpulan negatif sebelum dikaji betul2. Tidak sepadan engan kelulusan oxford! Sensitif tak tentu pasal! Dia cuba nak menjadi jaguh pemuda Umno tetapi tidak bijak memilih isu yang boleh disensasi dan yang betul2 memenuhi citarasa rakyat malaysia. Mengapa tidak kupas isu WPI, ECM Libra, Pantai Holding dll, baru lah akan terserlah kejantanan nya.
Nesihat saya , kalau dah ketandusan isu, Mr Khairy, you better stick to wine, women and songs! Thats the avenue you excel. Ini nak jadi hipokrit, menerajui Hub halal kononnya, sedangkan anda tak tahu lagi yang mana halal yang mana haram!
Sdr Sang kelembai, pandangan anda mencerminkan a true malaysian!

Anonymous said...

Sang Kelembai
kenapa sangat budak si hitam tu nak buat bising dengan mamat tony pua yang ber oxford jugak. dia takut dia punya oxford beli tu terlepas ke khalayak ramai ke? masa kan orang toye sama dengan orang bijak.... kalau pun ada anak melayu menggangur sebanyak 60,000 memang patut pun; semua nya malas masa berlajar... tahu tahu nak ber cinta bohjan bohsia siang malam sampai kantul periksa. apa lagi melayu tak boleh buat; buang duit hasil cukai kebanyakkan nya dari orang cina, india, melayu nak bagi mat rempit terjun kat kutub utara.... satu petanda benggap lagi membenggapkan mertabat melayu di dunia se-coit ini. sebaik baik nya, 60,000 melayu menggangur di biarkan saja bagaikan gagak-gagak jalanan. di marahkan nyamuk se-ekor, kelambu di bakar.... benggap betul ketua ketua melayu di malaysia ye!

big_bird said...

isu bodh yang ditimbulkan oleh tony pua pun nak layan ke...

dalam gomen sekang nie ada 20 peratus komposisi bangsa cina dan india... kalau 100% mungkin logik gak tony pua nak berkokok...

pk laa weih... tony pua seumpama kutuk bangsa lain dalam gomen jugak.. isu macam nie takyah layan... tak pepasal budak hitam dah boleh tunjuk hero...

tony pua = budak hitam = sama2 bangang!~

Anonymous said...

haa baguih hang sokong TP (hero susu cap teko?),

mula-mula dia kata bapak hang malas, lepaih tu dia kata mak hang keturunan tak cerdik, lepaih tu dia kata hang layak masuk dalam longgokan unweildy goverment servant,
last sekali dia pulas hang punya teloq.... baguh la sokong la Budak Tony Kopet tu...

Hang lupa ka ceerita Ariel Sharon dengan rakyat pelastine...

saja kot kesaaktian sang kelembai tegur orang jadi batu tu masih ada kat hang

Anonymous said...

hallooo big bird
(burung besaq kehhhh...)

Terang terang Tony tu dok kata Unemployed Malay graduate, ada baca ka? tak sama dengan unemployed graduate tau..

Pasai apa hampa question KJ dengan WPI, ECM Libra, Pantai Holding dll, saja.

Pei La tanya Tony macamana dia jadi jutawan, projek mana dia dia dapat company dia yang mana list di NASDEQ....pegi search Tony Pua punya cerita sendiri kaji la..

So melayu buat rasuah kroni, Tony buat tak pa dia cerdik oxford ?

Anonymous said...

Alangkah terharu bilamana Pak Lah minta semua kakitangan awam jangan membuat kerja sampingan (moonlighting) kerana kenaikan gaji yg diberi boleh membantu menyara hidup mereka. Ini ditambah dengan Noh Omar mengeluarkan pekeliling kepada cikgu berkenaan kerja moonlighting...

Nampaknya, kakitangan awan yg rata-rata Melayu tidak akan dapat merasa sedikit kesenangan kerana berapalah sangat kenaikan gaji berbanding kenaikan harga barang. Sedang ahli politik pimpinan Pak Lah sibuk menyapu kekayaan, kakitangan awam terus menjadi balaci mereka yg memungkinkan kehidupan merempat di tanah air sendiri.

Kenyataan yg dikeluarkan oleh pimpinan Pak Lah seolah-olah memperbodohkan rakyat tanpa mengetahui bahawa merekalah yang sendiri bodohLAH....

Anonymous said...

Tahniah....pada anda-anda semua yang tumpang mengutuk bangsa sendiri..sokonglah biar bangsa lain tolong gelak...Anda semua dah ada kerja, ada jawatan bolehlah bercakap macam tu.. cuba kalau masih pegang sijilke, ijazahke..cuba pergi minta kerja kat syarikat yang bukan melayu.. kalau lepas pagar pun anda dah dikira hebat.. belum tentu dapat interview.. sebab tak boleh bahasa mandarin....tengoklah sekeliling kemudian pandanglah diri sendiri dicermin...dan tanyakan pada diri anda...bumi melayukah ini? kalau bumi melayu berapa harta yang aku ada sehingga membuatkan aku lupa untuk membela bangsa sendiri....?Kenapa aku merasa terlalu hebat sehingga bangsa sendiri aku hina...Kalau dipadam istilah melayu dari anda ....agaknya siapakah anda ketika itu?.......Bangsa Malaysia??????

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia