Dalam Berita Buletin Utama di TV3, pada Ahad 22hb Julai 2007, Jam 8.O0 Malam, Najib Tun Razak selaku Timbalan Presiden UMNO memperkatakan soal politik hulur yang terdapat dalam UMNO. Politik hulur ini pada suatu hari nanti akan melahirkan pemimpin UMNO yang tidak berkualiti. Sama ada ucapan di Tumpat, Pasir Mas, Ampang dan Sepang keseluruhannya menyalahkan ahli-ahli UMNO yang menerima hulur, tidak ada pun sepatah ayat beliau yang marah atau beri amaran kepada yang tukang menghulur.
Isu di sini ialah politik wang dan rasuah politik dalam UMNO dan kenapa terjadi dan berterusan. Isu politik wang sudah mula dibangkitkan oleh Tun Dr Ismail Abd Rahman semasa beliau memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1972 dan sehingga memaksa UMNO meminda Perlembagaannya dan sistem organisasinya.
Hari ini isu itu dibangkitkan semula. Soal penerimaan wang oleh ahli UMNO, adalah soal yang berlanjutan dari tahun ke tahun dan tidak pernah berubah. Wang itu diberikan oleh orang-orang UMNO sendiri yang bercadang untuk menang dalam jawatan yang ditandingi. Tetapi tidak banyak pula orang hendak mempertikai akan perihal terdapatnya pemimpin UMNO yang didampingi oleh pemodal-pemodal atau pelabur politik dan kadang kalanya terdiri daripada Saudagar Cina dalam masa UMNO sibuk dengan mesyuaratnya.
Perihal pelaburan politik yang terdiri dari Saudagar, Pemodal yang berkepentingan ini selalu dilihat terutama dalam masa pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dan juga dalam masa pemilihan UMNO Bahagian. Itulah sebenarnya kuman dan virus dalam politik hulur UMNO.
Golongan ini biasanya tidak memegang jawatan dalam politik tetapi akan menjadi penyalur kewangan kepada orang UMNO khasnya orang UMNO yang berkuasa seperti Menteri, Menteri Besar membawalah kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri dalam masa pemilihan UMNO dan Pilihan Raya Kebangsaan atau Kecil.
Bila Najib Tun Razak berkata akan lahir pemimpin yang tidak berkualiti kerana pemimpin itu hulur kepada perwakilan untuk mengangkatnya menjadi pemimpin, persoalan yang semua orang berminat untuk tahu ialah isu, kenapa rendah sangat moral ahli-ahli UMNO dan agaknya berapa harga hulur itu, RM100 , RM 200 atau RM 1000 ke, untuk satu undi.
Bila isu hulur dibangkitkan oleh seorang yang memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO, tidak pula selepas itu TV3 menemu duga perwakilan UMNO untuk mendapat reaksi ucapan Najib Tun Razak. Maka bererti yang salah ialah perwakilan UMNO sahaja tetapi orang yang memberi hulur itu tidak salah.
Ada satu isu yang pernah di umumkan oleh Timbalan Presiden UMNO ia itu dalam kes Dr Mahathir vs Ketua UMNO Kubang Pasu. Keputusan dibuat tidak ada kes dan fakta yang boleh mensabitkan apa-apa kes politik hulur dalam Mesyuarat UMNO Kubang Pasu yang berakhir kekalahan Dr Mahathir Mohamed sebagai perwakilan atas sebab ada sampul surat yang diberikan supaya jangan mengundi Dr Mahathir Mohamed dan juga misteri minit mesyuarat MT yang menghapuskan minit yang menyentuh usaha MT menggagalkan Dr Mahathir Mohamed sebagai Perwakilan yang masih tidak terjawab hingga sekarang.
Sepatutnya Najib Tun Razak dan Lembaga Disiplin mengambil tindakan juga kepada pengadu kerana telah memfitnah akan politik wang. Yang jelas keputusan membebaskan mereka yang terlibat dalam politik hulur itu ia itu keputusan politik dan bukan keputusan keadilan.
Sebenarnya politik wang atau politik hulur mengikut istilah Najib Tun Razak sudah lama berlaku tetapi menyalahkan ahli-ahli UMNO yang menjadi perwakilan di peringkat cawangan, bahagian atau perwakilan UMNO adalah satu yang agak silap dan kekurangan kerja rumah oleh Timbalan Presiden UMNO itu. Itulah kekuatan pemimpin UMNO sekarang seperti mana yang dikatakan oleh Khairy Jamalludin, Naib Ketua UMNO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, segalanya akan bermula kerana kuasa adalah wang. Dengan wang, persoalan pemimpin itu jujur dan berdikasi kepada Parti bukan satu persoalan.
Ini terbuktinya jika Pemuda UMNO bermaruah dan faham adat tertib berbudi bahasa dan beradab sudah pasti UMNO Bahagian Bukit Bintang tidak akan mencalonkan Khairy Jamalludin sebagai Ketua Pemuda dalam keadaan Hishamuddin Hussein masih memegang jawatan itu dan tahun ini tidak ada pemilihan. Pada orang yang tidak mengetahui mungkin pencalonan itu perkara biasa-biasa tetapi bagaimana orang yang mengetahui. Punca pencalonan itu ialah kerana Khairy Jamalludin khabarnya orang yang memainkan peranan Ketua Pemuda UMNO Bahagian itu yang juga seorang Saudagar Pembinaan telah diberikan projek pembinaan semula Ibu Pejabat Mara lama yang diruntuhkan.
Bagaimana sekarang Najib Tun Razak hendak memanggil orang seperti Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang itu, politik hulur atau politik projek dan begitu juga dengan pembinaan semula jambatan Sultan Yahya Putra di Kota Bharu yang akan diberikan kepada salah seorang Ketua Pemuda di Negeri Kelantan. Maka balasannya Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang dan juga Ketua Pemuda di Negeri Kelantan itu yang punya wang hasil dari projek itu akan menggunakan wang untuk mempengaruhi Ketua Pemuda dan perwakilan memilih Khairy Jamalludin sebagai Ketuanya.
Maka adakah dengan cara itu bila Khairy Jamalludin bila menjadi ketua kelak adalah terdiri dari orang yang berkualiti? Kita serahkan kepada Najib Tun Razak untuk menjawabnya kerana akhirnya-akhir ini Khairy Jamalludin sudah jadi panglima perangnya.
Berbalik kepada soal politik wang dan hulur dalam UMNO, yang mengajarnya ialah UMNO sendiri. Cuba ambil sebuah VCD yang diterbitkan oleh Ibu Pejabat UMNO sendiri akan kisah satu perjuangan. Di dalamnya terselit satu babak kisah seorang ahli UMNO generasi muda yang bertanya ada elaun atau tidak kalau dijemput ke Majlis UMNO. Kalau Vcd yang diterbitkan oleh syarikat adik Setiausaha Agung UMNO itu faham budaya UMNO, sepatutnya babak itu tidak perlu disiarkan sebaliknya menunjukkan babak ahli UMNO marah-marah dengan Ketuanya kerana tidak di undang ke majlis UMNO menunjukkan minda politik wang ini ada dalam budaya pegawai-pegawai UMNO di Ibu Pejabat khasnya Setiausaha Kerja yang sibuk membuat perniagaan dari menjaga Parti. Itulah hasilnya, dalam fikiran dia yang meminta habuan dan elaun bekerja untuk UMNO maka dia memikirkan orang UMNO juga serupa dengan dibawanya kepada ahli- UMNO biasa
Najib Tun Razak sendiri akan memikirkan kepentingan politiknya dalam satu keputusan, mengenai penyata kewangan UMNO Bandar Tun Razak, dalam masuk dan keluarnya, jelas menunjukkan bahawa dalam penyata itu UMNO Bandar Tun Razak tidak membayar yuran ahlinya ke Ibu Pejabat UMNO pada tahun kewangan 2006 dan mengikut perlembagaan UMNO jelas sesiapa yang tidak membayar yuran tidak boleh hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO walau pun dia telah membayar yuran ke ibu pejabat dan walau pun telah mengeluarkan resit ia tetap tidak akan sah, jika tidak dibentangkan dalam penyata. Dan jika tanya secara undang-undang, semua orang akan menjawab bahawa jika Perwakilan UMNO Bandar Tun Razak hadir, dia boleh mengharamkan atau tidak sah Perhimpunan Agung UMNO tetapi ajaran Islam Hadhari mungkin membenarkan keputusan Presiden mengatasi Perlembagaan UMNO.
Dan anehnya walau pun peruntukan perlembagaan UMNO membenarkan penyata kewangan dan semua peringkat di audit oleh Ibu Pejabat UMNO tetapi tidak pernah ada dalam sejarah kewangan UMNO semua peringkat di audit dan terjadilah deklarasi Ketua UMNO Bahagian kononnya menyumbangkan sejumlah wang dalam pentadbiran UMNO Bahagian dan ada setengah Ketua UMNO Bahagian membuat ugutan jika hendak mengambil jawatannya hendaklah orang itu menanggung hutang yang dibuat olehnya.
Sebenarnya ahli-ahli UMNO tidak kebulur itu seperti yang dikatakan oleh Najib Tun Razak, mereka sudah matang dan faham keadaan suasana politik, yang kebulur ialah pemimpin UMNO yang berterusan tidak pernah berhenti untuk mengambil kesempatan dengan kedudukan jawatannya dalam UMNO. Pemimpin itu menggunakan ahli-ahli UMNO di peringkat bahagian menjual mereka kepada pemimpin di atas untuk mendapat projek dan kemudahan kononnya untuk mereka.
Kesimpulan salah ke ahli-ahli UMNO yang sedar Ketuanya dan bakal pemimpin adalah sama-sama penyamun, perompak dan pencuri. Pada ahli UMNO yang penting bila menyamun, merompak dan mencuri gunakan nama mereka tetapi bila dah dapat semuanya bawa balik ke rumah. Jadi salah ke setahun sekali mereka jika dapat wang samunan itu? Kepada mereka yang hendak bertanding untuk merampas jawatan pun begitu, mereka perlulah mengeluarkan modal untuk dibahagikan kerana esok selepas menang, belum pasti hasil samunan mereka akan dapat.
Kesimpulannya, untuk menghentikan projek hulur ini termasuk cuti-cuti luar negeri ke Beijing, Jakarta, Afrika Selatan dalam UMNO, Ibu Pejabat mestilah menjadi pusat kawalan kesemua surat-surat sokongan kepada semua Menteri dan Menteri Besar dan termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya untuk direkodkan sebarang permohonan projek oleh bukan sahaja Ketua UMNO Bahagian tetapi setiap ahli UMNO. Tidak ada satu surat pun sah laku jika tidak dilampirkan surat dari Ibu Pejabat UMNO dan selepas itu jika terdapat Menteri-Menteri melayani surat yang tidak disahkan, tindakan perlu diambil.
Tetapi masalahnya yang dihadapi untuk melaksanakan idea itu ialah Setiausaha Agung yang jarang datang ke Ibu Pejabat dan Setiausaha Kerja pula yang tidak sehaluan dengan Setiausaha Agung. Kalau Setiausaha Agung boleh berubah melayan ahli-ahli UMNO, UMNO akan menjadi kuat tetapi keadaan sekarang nampaknya UMNO boleh ditumbangkan dengan hujung jari.
Sang Kelembai: Tiada siapa akan boleh memecahkan rekod Sang Kelembai kerana dipecat dua kali, bukan kerana politik wang dan salah laku politik tetapi menegur Presiden. Dan akan terus memegang rekod, memberi amaran jangan menggunakan politik wang kepada Ketua UMNO Bahagian walau sebagai Setiausaha UMNO Bahagian dilantiknya. Dan satu-satu Setiausaha UMNO Bahagian yang mengambil tindakan kepada Ketua UMNO Bahagian sendiri yang melanggar kod tataetika UMNO.

8 comments:
Saudara Zaharin,
Ingin saya memberi pengalaman saya sebagai seorang ahli UMNO yang telah melepaskan jwt dari caw. dan Bhg. Ahli2 yg baru berjinak dgn politik DIAJAR mengharapkan hulur masa baru bertah tih lagi. Pergi mana-mana dihulur, seblum persidangan disuap makanan, bersiar2 dihulur duit shopping. Bila ade je aktiviti, kain baju percuma dihulur berpasang2 matching lagi ngn tudung dan samping. Sampai masa bila bayi yg dulunye bertah tih menjadi dewasa yg sentiasa mengadah tangan untuk dihulur. Begitu kuatnye tarikan hulur ini sehingga kalu kita tak sedar, terjerumus hingga sanggup MEMINTA sebelum berbuat ape ape. Sungguh menyedihkan.
Saudara Zaharin,
Sifat hulur ini diajar semasa mula2 lagi dipilih ajk baik caw. atau bhg. Tak boleh dinafikan duit membuat manusia itu kabur, tambahan kalu masa ada pemilihan/pertandingan. Kalu kat caw. hulur tu kecik je, bhg lebih sikit, ( kalau lalang tu lagi kenyang sb makan semua pihak) Tukang menghulur pun xleh percaya gak. suh bagi 200, masuk poket sendiri ntah brapa, sape nak keep track. nak tanye tuan punye duit malu, jadi terima je la. Nanah yang tumbuh didalam badan ajk UMNO ini susah nak dihapuskan, tu lagi besar BARAH di peringkat atasan, pembesar pembohong yang kita pilih tu penjahanam besar negara.
Tun Dr Mahathir mengakui kesilapannya melantik Pak lah sebagai PM. Pada hemat saya dia juga akan membuat kesilapan sekiranya melantik Datu Najib sebagai PM kerana dari tindak tanduk Datuk Najib kebelakangan ini tidak menampakkan ciri ciri kepimpinan yang jujur untuk menjadikan beliau lebih layak dari Pak Lah.
Saudara Zaharin yg saya hormati,
Budaya hulur di dalam UMNO sebenarnya telah sebati dengan bangsa Melayu. Malah rakyat tahu bahawa bangsa Melayu adalah bangsa subsidi dan imbuhan.
Sejak dari dulu kita lihat kalau nak pujuk anak-anak, ibubapa akan memberi imbuhan/hadiah dan sewaktu dengannya.
Bila dewasa anak-anak dah tak pandai nak menjalani kehidupan dan berdiri atas kaki sendiri.
Bagi ahli UMNO (baik lalang mahupun tak) masing-masing hanya memikirkan macam mana nak tambah RM dgn jalan mudah. Mungkin kerana kenaikan kos kehidupan turut memberi sumbangan ke arah budaya hulur-menghulur. Org beri kita ambil, tapi sampai ada yg sanggup gadai maruah dengan meminta (dlm erti kata lain, ugut. Tapi hulur tiada undi).
Jelaslah kita bangsa Melayu cukup mudah mengadai maruah utk dpt sesuatu habuan. Forget about bangsa lain. Kalau guna bahasa yg agak kasar, benda ni sama dengan konsep pelacuran lah....
-org tanjung-
Cerita bab hulur ni yg salahnya pemimpin & yg nak jadi pemimpin. ahli sapu je. Sayangnya bila kita mengadu pd Lembaga Disipin UMNO kisah pemimpin hulur, takde kes. Agaknya dia org pun kena hulur.Di N9,MB pun kuat hulur, abg MB pun kuat hulur, tak kena pun tindakan.
Yg kena Tan Sri Isa je. Pasal Imam Hadari nak tunjuk dia lurus. Kalau lurus semua MKT kena
sdraku zaharin, mmg awk seorg mantan setiausaha bahagian yang hebat sampai mantan ketua bahagian awk terpaksa berhujan panas setiap hari di gossip korner, btr. awk dah jadi role model dlm menegakkan perlembagaan parti. parti akan kuat kalau perlembagaan dipatuhi jika tidak parti akan jadi milik peribadi.....
Citizens In Solidarity with Raja Petra and Freedom of Speech ! Petition
http://www.petitiononline.com/FrdmRPK/petition.html
Publicise on blogs !!!!
Surat kepada Perdana Menteri.
Salam sejahtera wahai Menteri sebangsa seagama, Melayu tinggal melayu. Yang si pahlawan Tuah
telah lama bersembunyi, yang si harimau bertahun telah patah taringnya. Jangan jadi Melyu lemah,
jangan jadi Melayu bodoh.
Telah lama mereka bertahta dan mula pijak kepala, Melayu masih sama, mungkin jatuh kelas
ketiga. Yang di bawah mengalirkanair mata, yang berkuasa memalingkan muka. Melayu terus-terus
lemas, ada pagar, pagar makan padi,pemimpin hanya pandai berjanji, pembangkang hanya pandai
memaki. Sampai bila Melayu nak sedar, sampai bila nak bersatu, nanti tidak perlu lagi barisan, seangkatan seagama boleh tubuhkan
gabungan. Pemimpin bodoh, pembangkang bodoh, tidak merdeka kalau tidak bersatu.
BERSATU.
Post a Comment