Thursday, July 26, 2007

Tidak salah tegur raja: Ghafar


Dalam keadaan ada orang yang sanggup mati kena bom kerana Raja, tetapi belum lagi ada sesiapa yang mati kerana hendak membuktikannya, yang telah membuktikan hanya seorang wanita Mongolia sudah pun mati kena bom C 4 tetapi kerana apa, tidak seorang pun yang tahu dan tidak boleh diperkatakan sekarang punca dia kena bom, kerana raja ke, komisen ke, cinta tiga segi ke atau perkara lain kerana dia menyalah prinsip undang-undang dan boleh dituduh menghina Mahkamah kerana kes itu masih dalam pembicaraan.

Maka soal Raja tidak boleh diperkatakan apa-apa tetapi tiba-tiba menjadi berita besar, bila satu aduan polis dibuat kepada sebuah laman web yang interaktif akan perihal menghina YD Agung dan Agama Islam dan kemungkinan akan ada penderhakaan kepada YD Agung dan rusuhan Agama kerana komen yang dibuat oleh pelayar-pelayar laman web itu itu.

Mula-mula kita ambil dahulu kenyataan yang pernah dibuat oleh (Tun) En Abd. Ghafar Baba (Allahyarham) masa itu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO yang disiarkan dalam Berita Harian bertarikh 10hb Nov 1991. Katanya: "Kalau rakyat yakin dan tahu apa yang diperkatakan mereka wajar berbuat demikian tanpa rasa bimbang dan takut. Apa yang dilarang Perlembagaan (merujuk Perlembagaan UMNO-penulis) ialah jika seorang cuba menghapuskan Sistem Raja Berperlembagaan yang di amalkan di negara ini".

Berdasarkan kenyataan itu dia memberi pengertian bahawa ahli-ahli UMNO boleh bercakap apa perkara sahaja yang menyentuh soal Raja termasuk YD Agong dan ini dibuktikan oleh Haji Zainal Abidin Sakom secara terbuka dalam Perhimpunan Agung UMNO 1991 mendakwa bahawa RM11 juta untuk pembinaan sekolah-sekolah agama di Selangor terpaksa ditarik balik untuk digunakan bagi memperbaiki dan mencantikan Istana Shah Alam dan beliau bertanya "Cuba bayangkan dengan peruntukan sebanyak itu berapa banyak sekolah agama dapat dibina dan berapa ramai pelajar dapat menikmati kemudahan itu?

Seterusnya bagi membangkitkan kemarahan, kebencian rakyat terhadap Sultan Selangor dan Raja Melayu beliau mengatakan "Malangnya, peruntukan terpaksa diberikan untuk menjaga hati Sultan dan Kapitan-Kapitan China itu"

Hasil dari ucapan Haji Zainal Abidin Sakom di Perhimpunan Agung UMNO pada 10hb Nov 1991, beliau telah menyerahkan Resolusi Empat perkara, UMNO Selangor yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohamad Bin Mohd Taib yang juga Menteri Besar Selangor.

Resolusi empat perkara yang dikemukakan oleh UMNO Selangor kepada Perhimpunan Agung UMNO ialah:

1. Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada raja secara langsung atau melalui "Kapitan China"

2. Meminta Presiden UMNO supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli Exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka - yang terlibat menghasut raja-raja untuk kepentingan diri sendiri.

3. Meminda perlembagaan 1957 supaya kuasa mutlak melantik Menteri Besar, ahli mesyuarat kerajaan negeri (exco), setiausaha kerajaan , penasihat undang-undang dan pegawai kewangan negeri adalah bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah.

4. Supaya Perhimpunan Agung UMNO memberi mandat penuh kepada Dato Sri Dr Mahathir dalam menghadapi dan mengatasi isu raja ini secara umumnya sama ada menerusi pindaan pelembagaan dan segala langkah yang perlu..

Sultan Johor dalam satu ucapannya semasa krisis perlembagaan 1983, dalam lawatan Kampong Parit Lima, Parit Yusof Daerah Muar, seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia 16hb Dis 1983 pernah mendakwa UMNO telah dijadikan perkakas untuk melagakan-lagakan orang Melayu dan raja-raja apabila Raja-Raja Melayu tidak bersetuju dengan pindaan perlembagaan dan seterusnya Sultan Johor berkata "Kita telah dilaga-lagakan dan dicabar walhal raja-raja tidak boleh bersabar" tegasnya lagi sambil mengingatkan perbuatan itu adalah salah di bawah akta hasutan.

Maka sesuailah pula kita membaca semula sebahagian petikan ucapan Sultan Perak masa itu masih lagi bernama Tan Sri Raja Azlan Shah, Hakim Besar Malaya, di Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29hb Jun 1980. Di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Putra, Chanselor USM.

"Ampun Tuanku",

Sejarah telah menunjukkan juga bahawa di setengah-setengah negara, takhta telah dialihkan dari istana dan ditempatkan di muzium untuk dijadikan bahan sejarah budaya. Pada awal abad kesembilan belas, ada lebih 900 buah takhta dalam dunia ini, tetapi bilangan ini telah turun satu demi satu -kepada 240 buah dalam abad kedua puluhan, dan pada hari ini- pada dekad kelapan abad kedua puluh- hanya terdapat sebanyak 40 buah takhta sahaja.

Takhta Merak Kayangan di Iran telah dialih dari istana ke muzium sejarah kerana rakyat Iran tidak lagi memberi kepercayaan dan taat setia kepada takhta, kononnya takhta merak Pahlavi telah melebihi kuasa yang ada padanya.

Sejarah telah menunjukkan bahawa takhta yang dialihkan dari istana ke muzium sejarah adalah hasil daripada salah nasihat yang diberi oleh penasihat-penasihat istana yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat. Sebenar nya, penasihat-penasihat istana ini terdiri daripada mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan rakyat dan negara. Apabila keadaan ini berlaku, maka lambat laun rakyat akan memberontak dan takhta akan tergugat.

Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis rahsia atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata itu dimakbulkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni dan budaya.

Sejarah juga telah menunjukkan bahawa penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa telah dilakukan oleh penasihat-penasihat istana kononnya atas nama takhta. Mereka ini adalah terdiri daripada orang yang cuba mengambil kesempatan untuk berteduh di bawah payung kuning dan naungan takhta, kononnya, kalaulah takhta itu kebal, maka mereka turut sama kebal. Malah bukan sahaja mereka menyalahgunakan kuasa, tetapi mereka sanggup melakukan jenayah kecil atau besar.

Ada setengah-setengah golongan manusia pula yang lebih takut kepada manusia daripada takut kepada Allah. Golongan-golongan ini adalah terdiri daripada para alim ulama yang tugasnya wajib memberi nasihat kepada takhta atau penasihat istana mengenai penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan terhadap jalan Allah. Mereka mengetahui yang sesuatu perkara yang tidak baik telah berlaku di dalam istana, tetapi sengaja membisu batu, takut-takut mereka akan kehilangan jawatan, dipecat atau di murkai. Mereka ini lebih mementingkan jawatan dan gaji lumayan daripada menegakkan jalan Allah. Orang yang bertanggungjawab kepada Allah dan Yaumil Mahsyar nanti ialah alim ulama yang tugasnya memberi nasihat kepada takhta dan istana, tetapi gagal menjalankan tugasnya dan gagal menjalankan tanggungjawabnya, semata-mata kerana gaji dan kedudukan.

Di Malaysia, di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, hanya takhta sahaja yang kebal dan tidak boleh didakwa dalam apa jua kesalahan dalam mana-mana jua mahkamah yang lainnya-daripada Perdana Menteri sehinggalah kepada rakyat biasa-tiada seorang pun yang kebal. Taraf mereka adalah sama, dan mereka dan mereka diberi perlindungan yang sama di bawah perlembagaan. Sekiranya mereka melakukan kesalahan, maka mereka akan dihadapkan ke mahkamah tanpa memilih bulu dan roma, tanpa memilih darah dan jenis apakah yang mengalir dalam tubuhnya, tanpa mengenal menteri atau rakyat biasa.

Tetapi walau bagaimanapun, walau seberapa kebal sekalipun takhta, namun takhta tidak boleh lari daripada hukuman Allah, hukuman yang ditetapkan ke atas seluruh umat manusia tanpa mengira raja ataupun rakyat.

Di Malaysia, takhta akan terus dikekalkan selagi perlembagaan tidak pinda dan perlembagaan tidak akan dipinda selagi rakyat masih taat setia kepada raja. Rakyat akan terus memberi sepenuh taat setia kepada raja selagi mereka dapat berteduh di bawah payung takhta.

Kalaulah takhta dapat memainkan peranan mengikut lunas-lunas perlembagaan tanpa dipengaruhi oleh anasir-anasir luar perlembagaan, maka selama itulah takhta akan terus kekal bukan sahaja di istana tetapi juga dalam hati dan sanubari setiap rakyat jelata.

Ampun Tuanku,

Dalam Islam, takhta merupakan seorang khalifah yang mempunyai kewibawaan yang menjadi wakil Allah di atas muka bumi ini. Di Malaysia tiap-tiap buah takhta adalah menjadi ketua agama Islam dan dalam khutbah Jumaat di tiap-tiap buah masjid di seluruh negara, berjuta-juta jemaah membuka dua telapak tangan menadah ke langit, membaca doa dan memohon kepada Allah supaya dikurniakan taufik dan hidayah untuk terus kekal memimpin negara ke jalan yang di redhai Allah. Doa ini akan terus dibaca selagi takhta masih dianggap sebagai khalifah. Bacaan doa kepada Ilahi ini akan dihentikan apabila takhta sudah menyeleweng dari jalan Allah.

Nabi Besar Muhammad s.a.w. sendiri, walaupun baginda adalah seorang Nabi, seorang Rasul, seorang Khalifah Allah di atas muka bumi ini, seorang raja dan seorang pemerintah, namun baginda tidak pernah menyeleweng daripada hukum Islam dan baginda pernah bersabda bahawa sekiranya Fatimah anakanda baginda yang dikasihi itu mencuri, maka tangannya akan dipotong sebagai balasan. Begitulah tegasnya seorang Nabi, seorang Rasul, seorang Khalifah dan seorang pemerintah. sebagai hamba Allah, baginda tidak pernah mengatasi kedaulatan undang-undang yang dicipta oleh Tuhan iaitu Al-Quran"

Dan bila seorang yang pernah mempersoalkan perbelanjaan raja dan menuduh raja diperalatkan oleh Kapitan China, maka rakyat di bawah pening kepala.

Sang Kelembai: Tak hairan dan takut dengan beberapa ancaman yang dibuat oleh beberapa Menteri yang buta IT kerana tulisan keseluruhan memperkatakan kerajaan tiga beranak, memperakui tulisan hanya sekadar membuat ancaman keselamatan politik dan individu yang berkuasa tetapi tidak akan menulis yang boleh memudaratkan keselamatan negara dan menyentuh tiga perkara asas.. ia itu memperkatakan isu agama, isu perkauman dan membangkitkan semangat menggulingkan kerajaan secara tidak demokrasi seperti pemberontakan dan penderhakaan kepada Raja dan YD Agung.

9 comments:

MODERATOR said...

Assalamualaikum wrtrh.

Saudara Zaharin yang dihormati, semoga dirahmati Allah swt sekeluarga hendaknya...

Izinkan hamba mencelah, dengan izin tuan punya blog.

KEPADA SEMUA BLOGGER YANG DIKASIHI BERSERTA ORANG AWAM. Anda semua dijemput hadir ke :

"INTERNATIONAL ISLAMIC FAIR 2007 YANG AKAN BERLANSUNG ESOK DI PWTC,KL...DARI 27 -29 JULAI.

KEDATANGAN ANDA SEKELUARGA BERSERTA RAKAN TAULAN AMAT DIALU-ALUKAN. BERILAH SOKONGAN KEPADA SATU-SATUNYA PESTA ISLAM ANTARABANGSA YANG ADA DI BUMI MALAYSIA INI. SOKONGAN ANDA AMAT DIPERLUKAN UNTUK MENJAYAKAN PRODUK, PERKHIDMATAN DAN HIBURAN CARA ISLAM YANG KAMI ANJURKAN. PADA HARI SABTU MALAM AHAD NANTI PIHAK KAMI AKAN MENGADAKAN KONSERT CARA ISLAM BESAR-BESARAN DI MATRADE HALL, JALAN DUTA. KONSERT AKAN BERMULA PADA PUKUL 9 MALAM HINGGA 11 MALAM.

ANTARA ARTIS LUAR NEGARA YANG AKAN MEMBUAT PERSEMBAHAN ADALAH MUHAMMAD AL HUSAYAN DARI KUWAIT, MILOUD DARI FRANCE DAN AA'SHIQ AL RASUL DARI UK. KUMPULAN NASYID HIJJAZ JUGA AKAN TURUT SERTA. TIKET KONSERT BOLEH DIDAPATI DISANA ATAU DI PWTC REGISTRATION COUNTER. tq.

#Kepada SANG KELEMBAI, kedatangan saudara ke PWTC bersama famili, saya anggap sebagai satu tanda sokongan. Saya secara peribadi amat berbesar hati...

Ayuh kesana! SOKONG ISLAM! Macam-macam ada...

Brother Anwar Arabi

Anonymous said...

Tahniah En Zahrin, sebenarnya pemikiran baru perlu dalam usaha kita utk mengadakan manusia yang lebih pro aktif dalam mencari hala tuju negara ini. Kalau ada yang hanya duduk bersila, pakai baju kuning dapat elaun tetapi tak mahu dengar keluh rakyat, buat apa kita bagi gaji....

Anonymous said...

Sang Kelembai punya reference yg agak bagus. Bagus kita ulas bekas-bekas kepimpinan kita yang sedar mengenai keperluan kita utk bersuara biar pun kita menjunjung duli. Kita junjung tapi jangan plak kepala kita di pijak.

Apa pun bukan kita cakap, bukan kelembai cakap yang cakap kepimpinan umno dulu yg ada substance dalam diri

Anonymous said...

Brovo SK,

Sebenarnya kepimpinan kita dahulu lebih open dari hari ini. Kalau dari dulu TDM kata bahawa Sultan kita macam Chief Kadi dan hari ini jadi chief clerk aje

sultah alam shah bana said...

Chief Clerk itu kiranya sudah tinggi jawatannya. Tapi yang lebih betul Pak Lah lak nak hidup macam sultan. Tak payah nak buat keje, tak payah nak dengar keluh rakyat, balik balik bercuti ke Australia. PM yang paling kerap cuti. Report card dia siapa jaga

Anonymous said...

Ampun tuanku beribu ampun,

Kalau suara rakyat tuanku tak dengar suara siapa lagi yang sepatutnya tuanku dengar.

Malang nasib rakyat

Anonymous said...

rakyat...

Apa sebenarnya UMNO skrg? UMNO x lebih dari badut sarkas di pentas sarkis,

pemikirannya: x lbh drpd kanak2 berusia
5 tahun,
nafsunya dan
kehendaknya : hanyalah berkisar tentang
Wang&Kuasa,
kemampuannya: Sebenarnya kemampuannya adalah berkisar dalam ruang yang sangat sempit dan caranya sangat jahat seperti, kekuatan partinya di sokong oleh kekuatan saki baki pemimpin pengampu demi kepentingan peribadi, segelintir rakyat yang buta lagi menbutakan balaci-balacinya yang terdiri kakitangan PBT negeri yang rela dicucuk hidung, tauke2 kaya hasil daripada menyokong mana-mana pemimpin UMNO dalam menyembelih wang rakyat dan SPR menjadi tunggak/paksi utama kemenangan parti.

Senjata utamanya : Senjata utama UMNO adalah memperalatkan bangsa, isu perkauman,media massa, pengundi hantu, rasuah, agama dan raja seolah-olah merekalah pembela bangsa, agama dan raja sedangkan umum tahu mereka sebenarnya penjual maruah negara bangsa dan agama serta raja mereka jadikan sebagai boneka sahaja.Mereka bermuka-muka dalam kehidupan untuk menutup kelemahan mereka. Fitnah merupakan mainan malah sudah menjadi gaya hidup dalam UMNO samaada dengan parti lain atau sesama sendiri. Caranya mudah dan kerap diulang-ulang contohnya semasa ingin mendapatkan undi ketika pilihanraya sekiranya mereka rasa sokongan kepada UMNO kurang maka mereka akan memainkan isu perkauman sambil melaga-lagakan kaum sendiri dgn kaum lain yang utama kemudian mereka akan berlagak seperti hanya merekalah hero tunggal yang mampu mendamaikan semua kaum sedangkan merekalah sebenarnya punca yg mencetuskan ketegangan tersebut.Kita lihat nanti pada pilihan raya depan siapa yang akan melaga-lagakan kaum bila terdesak. Pastinya UMNO.Sbnrnya utk kenal siapa UMNO mudah saja, lihat segala tuduhan yang dilemparkan oleh UMNO kepada parti pembangkang dan terbalikkan tuduhan itu kepada UMNO semula kemudian nilai semula antara penuduh dangan yang tertuduh dan tuduhan itu sendiri. Nilaikan tuduhan tersebut lebih padan dengan siapa? Dari sini dengan jelas kita akan lebih tahu apa sebenarnya berlaku. contoh terbaru isu Lojing dan isu Cameron Highland, yang mana dulu berlaku pada kronologi tahun, yg mana lbh terjejas pada peratusannya, yg mana publisitinya sengaja diperbesar-besarkan, yg mana sepatutnya mendapat kecaman hebat dan apa sebenarnya berlaku. Kaji milikan asing di negeri Pahang terutamanya di Cameron dan di LOjing Kelantan, mana lebih banyak dan lebih mendatangkan kerosakan.

Jual apa yang mampu dijual selagi mampu menjual semasa ada hayat. Ada mata pejam, ada mulut diam, ada tangan simpan, ada hati.... mati.

Anonymous said...

Saudara Zahrin,

Saya amat kagum dengan rujukan dan homework yang dilakukan Tuan dalam memperkatakan sesuatu perkara. Semuanya berlandaskan fakta dan bukannya main tembak mcm pemimpin UMNO sekarang yg ingin membawa kita semua kembali alam kebodohan mereka.

I wish I could be like you, talking about fact & figure only.

Merekalah yang memperlaga-lagakan institusi raja dan rakyat jelata. Hahikatnya, merekalah yg patut diambil tindakan kerana memperbodohkan dan tidak menghormati institusi raja.

Hanya kerana mereka menjadi pemimpin, kenyataan mereka mudah untuk disebarkan melalui media massa yg hampir semuanya milik mereka. Kita nak buat company surat khabar sendiri, tak lulus.

Saya amatlah berharap agar institusi raja kita dapat membuat sesuatu yg drastik untuk mengelakkan perpecahan bangsa Melayu yg pada masa ini sangat saya rasakan sangat lemah. Ini belum kita mempersoalkan perkara2 yg berkaitan Islam.

Para pemimpin sekarang yg diketuai pak BODOlah ternyata ingin hidup seperti raja jugak... Memanjang hilang balik ke Australia... Kalau mcm tu, kita harap beliau terus menerus tinggal di Australia. Jgn dok pikir pasal Malaysia..... bior kita susah tanpa beliau dlm membangunkan negara.

Tiada PM memang kita susah, tapi ada barisan Pak BODOlah dan Imam Ada Had Ada Hari, lagi kita susah...

Renungkan bersama........

-org tanjung-

Anonymous said...

Siapa sangka, orang yang sama mendengar kritikan terhadap Sultan dari salah seorang EXCOnya hari ini memberi respond yang berbeza terhadap isu yang lebih kurang sama. Namun bezanya kes hari ini, kritikan dilahirkan oleh orang ketiga yang menziarahi laman saudara RPK, tetapi suatu ketika dahulu kritikan terhadap Raja disebut dari mulut pembesar negerinya sendiri.

Pelik, mengapa dikala itu, Tan Sri Muhammad tidak membuat laporan POLIS. Mungkin setelah anaknya kalah dalam satu pertandingan berkonsep realiti, Tan Sri Muhammad menjadi orang yang hidupnya tidak berada dialam realiti... Mungkin...

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia