KUALA LUMPUR 18 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib menyifatkan penulis blog politik yang mengkritik pemimpin kerajaan sebenarnya adalah pengecut kerana tidak berani mendedahkan identiti mereka serta menggunakan laman web yang beralamat di luar negara.
Beliau berkata, penulis blog terbabit hanya megah mendabik dada mengatakan bahawa mereka tidak akan dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak tertakluk dengan sebarang undang-undang negara ini. “Sebab apa saya kata mereka (penulis blog) pengecut kerana mereka tidak berani menggunakan alamat di dalam negara ini sebaliknya menggunakan alamat luar negara untuk menghentam pemimpin negara kita,’’ katanya.
Berdasarkan berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA dan disiarkan dalam Mingguan Malaysia pada 19hb Ogos 2007 jelaslah bahawa Ketua Penerangan UMNO sudah diberitahu oleh pihak penguat kuasa bahawa undang-undang tidak boleh diambil tindakan kepada penulis Blog yang beliau membuat aduan kononnya menghina agama dan raja.
Soalnya siapa yang dikata pengecut? Adakah seseorang itu dianggap pengecut kerana ada undang-undang yang perlu dipatuhi sebelum pendakwaan dilakukan kepada orang yang kena tuduh? Kalau begitu banyak undang-undang yang tersembunyi atas berbagai alasan boleh lah dikatakan kerajaan ada seorang yang pengecut.
Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan perlu untuk negara ini kerana keduanya ada unsur keselamatan negara, maka kita tidak boleh kata bahawa pengawalan surat-surat rasmi itu sebagai kerajaan takut kepada rakyat, begitu juga dengan Akta Hasutan, antara lain tidak boleh membincangkan soal-soal mudah tersinggung seperti agama, perkauman dan terpenting Raja-Raja Melayu dan ini juga tidak bererti Raja-Raja Melayu seorang penakut kepada rakyatnya.
Tetapi bagaimana dengan Akta yang lain, yang tidak ada hubungan dengan keselamatan negara? Antaranya AUKU- Akta Universiti dan Kolej Universiti. Jika melihat sekatan yang dikenakan kepada pelajar yang juga warga negara Malaysia, di mana hak-hak dia di dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tidak boleh digunakan seperti berpersatuan dan bersuara, kecuali yang dibenarkan dalam AUKU, ini memberikan pengertian seolah-olah setiap pelajar yang masuk Universiti atau Kolej yang terikat dengan Akta itu seperti akan berada di negara lain. Adakah ini tidak menunjukkan bahawa perasan "Takut" ada kepada kerajaan.
Dan yang terbaharu, jika Ketua Penerangan mengatakan para blogger penakut kerana beralamat di luar negeri bagaimana pula yang beralamat dalam negeri? Bagaimana kes budak separuh masak di Taiwan yang khabar mempersendakan lagu Negaraku, kenapa boleh diambil tindakan, malah ada usaha untuk ekstradisi budak separuh masak itu.
Sebahagian para blogger ini macam orang berumah di tepi pantai, sudah tahu akan dilanda ombak, bila masa ada ancaman. Tetapi semuanya kalau dia beragama Islam, dia percaya dengan takdir. Kalau takdir hendak dilanda ombak, bila-bila boleh berlaku. Pertolongan tuhan yang terpenting. Orang-orang Pantai Timur banyak yang tinggal di tepi pantai, di situlah mereka mencari rezeki dari sumber laut. Sehingga sekarang belum ada kematian kerana dilanda ombak sama dengan jumlah kematian kerana Bas Ekspres seperti di Bukit Gantang. Maka kesimpulan segala bergantung kepada niat. Kalau niat si blogger ini jahat dan menzalimi, bila masa bukan sahaja undang-undang mengajar mereka tetapi Allah juga yang mengajar mereka.
Kenapa wartawan dan penulis-penulis tersohor yang mengkritik atau yang berjuang untuk kemerdekaan dulu panjang umur. Wartawan dan penulis yang masih panjang umurnya macam Mazlan Nordin, A.Samad Ismail dan Ismail Hussein masih ada bersama kita dan yang sudah meninggalkan dunia semua dapat melangkau usia 60 tahun atau 70 tahun ke atas, saperti Melan Abdullah, Usman Awang, Ishak Hj Mohamad malah Onn Jaafar. Setengah dari mereka dikira sebagai penentang oleh kerajaan tetapi semua mereka yang menjadikan menulis sebagai sedaya upaya menjadi pembela untuk agama, bangsa dan negaranya.
Begitulah blogger yang berada di abad 21 ini, tak kira dia menjadi parti pembangkang atau bebas, usaha penting untuk menyelamatkan negara ini dari hancur disebabkan kepimpinan yang membodohkan rakyat. Jika kepimpinan UMNO tidak membodohkan rakyat, tidak ada sebab dia bimbang untuk menyerang dan mengambil tindakan kepada para blogger. Mungkin dalam ilmu perang saraf segala bahan fitnah ada lebih menguntungkan bagi menjawab semua tuduhan itu. Soalnya jika para blogger ini semua tukang fitnah sudah pasti dia telah membawa kebaikan kepada Ketua Penerangan UMNO untuk menjawab fitnah-fitnah itu sehingga orang tidak percaya lagi dengan tulisan si blogger.
Tetapi yang berlaku sekarang, kesemua tuduhan yang ditulis sama ada kepada Ketua Penerangan UMNO itu akan perihal peribadinya termasuk unsur rasuah tidak dijawab dan kalau banyak duit buat tindakan undang dengan saman sivil seperti yang dibuat oleh pengarang NST, yang saman peribadinya tetapi yang bayar pemegang saham NST dan jika Ketua Penerangan UMNO itu menyaman kerana peribadinya dan suruh UMNO tolong bayar sama juga.
Sekarang yang takut ialah Abdullah Hj Ahmad yang terkenal dalam Pertubuhan Negara Islam kerana membawa mazhab baru dalam Islam walau pun dia bukan ugama baru yang dikenali dengan nama Hadhari- ada had dan ada hari.
Di padang Bandar Hilir, sekarang Dataran Pahlawan di Melaka dalam perasmian Pesta Hari Kebangsaan- 50 tahun Merdeka dia berucap jauh jarak dengan Tunku Abd Rahman yang berucap sekitar kawasan yang sama dari segi pengisian dan yang dia jelas menjerit-jerit macam orang kena polong.
Kalau blogger mengatakan bahawa perancangan itu tidak teratur dan disusun secara rapi seperti mana-mana negara yang meraikan 50tahun atau Jubli Emas Kemerdekaannya apa yang berlaku di malam 17 Ogos 2007 sangat memalukan. Kenapa tidak, dengan tiba-tiba Bangsa Malaysia dikira tidak menjadi bangsa yang menghormati bekas pemimpinnya dan pahlawan kemerdekaannya. Sudahlah waris-waris bapa pejuang kemerdekaan tidak ada sebaris bersama dalam majlis itu, adakah ini bermaksud sudah pupus generasi Tunku Abd. Rahman, Tan Cheng Lock, V.T. Sambhantan, tunggak terpenting kemerdekaaan, belum lagi yang lain Panglima Bukit Gantang, Nik Kamil, Mustapha Albakri, Ghabar Baba dan lain-lain sehingga anak, cucu mereka tidak di undang dan diberi keutamaan.
Yang dipentingkanya ialah orang-orang tua didalam masa kemerdekaan, bolehlah mereka dijemput tetapi dimuliakan sehingga terlupa siapa yang sebenarnya sepatut dimuliakan tidak diperbuat. Tetapi apalah upaya bahawa Malaysia sekarang kearah zaman gelap. Dalam lafaz hendak mempertahankan UMNO, Abdullah Hj Ahmad yang akan membuat UMNO Terkubur. Perlaksaan Wilayah Pembangunan Iskandar yang memberi kekebalan apa sahaja yang mereka hendak buat kepada Johor, akan berulang semula sejarah yang sama.
Di Melaka itulah kekuatan anak Melaka mempertahan Melaka dari serangan Portugis tetapi dengan kerjasama pembesar Melaka dan juga kerajaan Melayu lain menyebabkan Portugis dapat mengalahkan Melaka. Hari ini Johor melaksana WPI dan orang mengusahakan adalah Abdulllah Hj Ahmad dan anehnya diatur mengikut rentak Singapura yang dilaksanakan melalui Jawatankuasa Peringkat Menteri Malaysia/Singapura. Dan setelah 25 tahun akan datang secara automatiknya Johor akan menjadi jajahan Singapura atas sebab-sebab kesilapan Abdullah Hj Ahmad.
Samalah kita menyalahkan Tengku Hussein yang menggadaikan Singapura dan akhirnya keturunannya merempat ke sana ke mari. Tetapi Abdullah Ahmad dan keturunan tidak akan merempat sebalik orang-orang Melayu khas di Johor akan menjadi orang merempat. Hanya masa akan menentukan, benar atau salah.
Sang Kelembai: Dalam undang-undang Malaysia sudah menjadi pelik. Beberapa orang buat aduan rasuah kepada orang tertentu. Pihak Peguam Negara membebaskan dari tuduhan kerana tidak ada bukti tetapi undang-undang mengatakan yang buat aduan boleh dikenakan tindakan. Soalnya kenapa Peguam Negara tidak buat tindakan kepada pengadu terutama bekas pegawai BPR dan juga Pegawai di KDN. Soalnya takut atau berani?

4 comments:
sdr Zaharin...
saya sendiri kurang senang dengan pemerintahn sekarang...
bukan tidak setuju dengan Pak Lah(sebab Tun Mahathir idola saya) tetapi kurang senang dengan menteri di bawah dia yang pada saya kurang cerdik dan bercakap pon lintang pukang..
kita boleh komen..boleh bantai tapi biar berpada pada..
jangan melampau...
masing masing punya kebaikan dan keburukan(sebenarnya buruk lagi banyak dari yang baik)...
tetapi cukup cukuplah dengan kejadian yang lepas lepas...
walau address lawan web di luar negara sekali pon jangan kita jadi kurang ajar...biar orang lain biadap...sepatutnya bentuk mereka dengan percakapan yang baik..bukan maki hamun...
Saya percaya bloggers kita yang ada semua hebat hebat... bukan setakat menulis...malah cara bercakap cara berfikir juga bagus..
harapan saya agar selepas ini kritiklah..biar pedas...biar menyengat...mahu sentuh hal peribadi..ok...tetapi jangan libatkan mak bapak...
malu la sikit...kita semua orang MELAYU!
Berita Panas
Zam Maidin terima anugerah Ketua Goblok Malaysia
Goblog Station
http://goblogmania.blogspot.com
anony,
sdr pandangan zahrin adalah pandangan politik. Dia tahu apa dia cakap. mak bapak kalau tak ajar anak2, kita mesti salahkan mak bapak juga.
Teruskan zahrin. You memang berjiwa melayu tulin. You memang penyandang pesaka Hang Jebat (bukan Sang Kelembai-setau aku sang kelembai tu tetek besar). Hunuslah keris dipinggang mu, bagitahu raja siapa anak durhaka, bagi tau penghulu siapa rakyat tak setia, bagi tau zahrin dunia siapa yang paling bodoh tetapi mengaku pandai, bagi tau anak bangsa mu, siapa yang mahu tanah ini digadai!
Bangunlah dengan tulisan keramatmu, biar PRU kali ini, menjadi sejarah bangsa, kami dahagakan kebenaran dan keadilan, jgn jadi pemimpin cakap tak serupa bikin..Ayh kau Zahrin..Malaysia sukakan kamu!!
melihat tulisan dalam blog pun dh ada yg melenting.. inikan pula kalau berdepan. mcm mana yang diorang nak sebenarnya. diorang sebenarnya hanya nak kita diam! kerajaan harus terima apa jua kritikan untuk kebaikan bersama. sbb negara Malaysia tercinta ni milik bersama.. kesian betul melihat siswa2 di Malaysia. bijak berfikir tapi kebanyakannya "bisu" belaka.. thanks uncle zaharin..
Post a Comment