Bila mendengar akan kisah Prowaris - Profesional Melayu Warisan, satu kumpulan cerdik pandai muda Melayu dalam berbagai lapangan ilmu akan perihal hendak menyampaikan surat pandangannya terhadap WPI- Wilayah Pembangunan Iskandar di Negeri Johor DarulTakzim yang terpaksa pergi ke lapangan terbang TUDM Subang pada 16hb Julai 2007 untuk disampaikan kepada Perdana Menteri, merangkap Imam Besar Mazhab Islam Hadhari - ada had ada hari.
Ini satu pengajaran baru dalam pentadbiran ala Islam Hadhari, jika hendak berjumpa Perdana Menteri atau Imam Besarnya kena tunggu dia di tempat tertentu, seperti "Airport" atau memberikan kalau ada ruang sewaktu dia tidak dikerumuni oleh UTK- unit tak ada kerja orang-orang politik yang juga hendak menyampaikan beberapa sampul surat sama ada kecil atau besar. Jika kecil hanya sekadar surat sokongan dan jika besar itu borang tender.
Maka berkatalah Prowaris bahawa dia telah memberi Abdullah Hj Ahmad tempoh sepuluh hari untuk memberikan balasan di atas memorandum yang dibuat oleh Prowaris tetapi sehingga hari ini belum lagi diterima maklum balas dari Abdullah Hj Ahmad. Kesilapan Prowaris dia tidak membuat kerja rumah dalam masa menyerahkan surat itu dan jika Prowaris buat kerja rumah sudah pasti mereka tahu bahawa mereka tidak perlu serahkan memorandum 20 perkara pada waktu itu. Ini kerana pemergian itu adalah program dia berbulan madu dan bermain kapal layar dengan isteri barunya dan menghabiskan wang rakyat untuk bersuka ria.
Mana ada, walau pun serendah kerani atau buruh, bila hendak pergi bercuti memikirkan soal kerja, ini kan pula seorang Perdana Menteri yang berpuisi dengan "aku tidak mencari wang berjuta" dan "mencari kawan-kawan untuk berfoya - foya" itu. Maka terasa megahlah Prowaris akan kertas yang dijilid cantik itu dipegang oleh Abdullah Hj Ahmad sehingga dibawa bersama naik kapal terbang.
Semua orang tahu Abdullah Hj Ahmad memasuki Universiti Malaya belajar dalam bidang ekonomi dan agaknya kerana selalu tidur, dia tidak lulus beberapa kertas. Jika dia anak seorang pekebun getah, sudah pasti disingkirkan tetapi kerana bapak dia orang kuat UMNO,maka pentadbiran Universiti Malaya pindahkan dia ke pengajian Islam dan bergelarlah dia siswazah.
Apalah hendaklah diharapkan dengan seorang yang punya kelulusan am Pengajian Islam dan kemudian masuk politik bukan kerana dia di terima sepenuhnya oleh ahli-ahli UMNO sebaliknya dia lahir sebagai pemimpin politik kerana pergolakan evolusi dalam UMNO. Dalam semua orang melihat pemimpin UMNO, macam perompak, pencuri dan perogol tetapi Abdullah Hj Ahmad tidak seteruk itu dan kalau dia mencuri pun dia baca bismillah, maka ahli-ahli UMNO angkatnya sebagai pemimpin.
Hari ini dia menjadi Perdana Menteri, dan bayangkanlah seorang Perdana Menteri bercakap soal isterinya seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysa.
PETALING JAYA 4 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi gembira isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah diterima baik oleh isteri wakil-wakil rakyat. Dari kenyataan itu tidakkah Prowaris memikirkan bahawa Abdullah Hj Ahmad daripada bercakap soal kepentingan negara dan Melayu lebih baik dia bekerja untuk memastikan sama ada isterinya diterima atau tidak oleh masyarakat dan rakyat Malaysia. Soalnya apa kepentingan buat rakyat untuk ditanya sama ada isterinya diterima atau tidak. Peduli apa rakyat dengan rakan tidurnya dan tempat melepas hajat batinnya?
Kalau dia membaca dan berfikiran waras, Akta WPI itu tidak boleh menjadi satu Akta macam mi segera, hari ini ditandatangani oleh YDP Agung dan esok diwartakan. Dan kalau dia tahu akan falsafah kemerdekaan negara ini dan juga Perlembagaan maka dia tidak akan merogol Perlembagaan 1957 tersebut.
Bukankah sudah diperuntukkan oleh Perlembagaan 1957 bahawa pembangunan wilayah dicadangkan oleh satu jawatankuasa pakar seperti yang tertera dalam Bab 5 - Pembangunan Negara- Perkara 92 Rancangan Pembangunan Negara di Perlembagaan Malaysia 1957.
92-Rancangan pembangunan negara.
(1) Jika, selepas sesuatu syor diterima daripada suatu jawatankuasa pakar dan selepas rundingan diadakan di antara Majlis Kewangan Negara, Majlis Tanah Negara dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan. Yang Di Pertuan Agung berpuas hati bahawa adalah mendatangkan faedah bagi kepentingan negara dijalankan sesuatu rancangan pembangunan di mana-mana kawasan atau di kawasan-kawasan dalam satu atau beberapa buah Negeri maka Yang Di Pertuan Agong boleh, selepas menyiarkan rancangan itu, mengisytiharkan kawasan atau kawasan-kawasan itu sebagai kawasan-kawasan pembangunan dan kemudian Parlimen adalah berkuasa melaksanakan rancangan pembangunan itu atau mana-mana bahagiannya, walau mana-mana perkara yang dimaksudkan oleh rancangan itu adalah perkara-perkara yang perlu dan jika tidak kerana perkara ini, hanya Negeri-Negeri sahaja berkuasa membuat undang-undang mengenainya.
Berdasarkan apa yang ditulis dalam Perlembagaan 1957, jelas akan cara disusun bagaimana satu kawasan dalam sebuah negeri yang hendak diumumkan kawasan pembangunan wilayah yang dia atur oleh Kerajaan Pusat. Malangnya walau pun kawasan itu sudah diumumkan dan di masyhurkan oleh Sultan Johor, kawasannya masih boleh ditambah lagi.
Ini memberi pengertian bahawa keseluruhan Johor boleh dengan sesuka hati Akta 664 digunakan akan nama Wilayah Pembangunan Iskandar. Sepatutnya kalau tidak mencari publisiti murah oleh Abdullah Hj Ahmad, perancangan WPI mestilah dibuat berhati-hati dan kemudian dibentangkan untuk makluman umum, bukan main teroka sahaja macam buat rumah haram.
Perlembagaan Malaysia 1957 adalah satu keluhuran yang perlu dipatuhi semua rakyat di Malaysia, sama ada di Perdana Menteri atau tidak, tetapi yang jelas WPI semasa mula-mula disiarkan dan juga ucapan Abdullah Hj Ahmad, berkali-kali mengatakan bahawa "ini idea saya". Soalnya sekarang kerana idea Imam Mazhab Islam Hadhari ini rakyat Malaysia dengan tiba-tiba menjadi bodoh dengan seorang Perdana Menteri yang tidak membaca.
Kenapa tidak, dalam saat dia mengatakan bahawa Blogger tidak kebal, maka raja-raja pun sudah tidak kebal, dengan tiba-tiba melalui perkara 50 Akta WPI, kekebalan diberi kepada semua pihak termasuk Menteri, pihak berkuasa dan siapa sahaja yang bertindak bagi pihak WPI. Bukankah prinsip Perlembagaan 1957 meletakan bahawa setiap rakyat sama dari segi undang-undang.
Maka menjadi mangsalah mereka yang berada di WPI, mana-mana isu terkilan mereka atau salah laku mereka dalam masa menjalani kewajiban di WPI terlepas dari tindakan undang termasuk apa-apa perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan seperti terkilannya pemberian pampasan pengambilan tanah. Bukan itu sahaja ,pihak berkuasa WPI keseluruhan kebal undang-undang dan jika mereka melanggar apa-apa undang tidak boleh diambil sebarang tindakan termasuk prosiding sivil.
Ini bentuk baru yang dilakukan oleh Abdullah Hj Ahmad, dan yang menghairankan kenapa Bahagian Penggubal Undang-undang Parlimen boleh meluluskan satu undang-undang bercanggah dengan Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa seorang warga negara tidak kebal undang-undang. Kesimpulan bahawa Undang-undang yang menjadi elemen penting tunggak negara sudah boleh ditunggang oleh Abdullah Hj Ahmad dan memberi pertunjukan bahawa penjabat Peguam Negara sudah menjadi seperti kerbau yang ditarik hidung dan tidak seperti dulu-dulu lagi bila dia pegang anak watan orang Melayu.
Akhirnya setelah hampir 170 tahun orang-orang Melayu dan sokongan rakyat bukan Melayu melepaskan Malaysia sebagai sebuah negara yang dijajah imperialis barat, hari ini Abdullah Hj Ahmad pejuang UMNO yang menjerit Hidup Melayu dalam Kerajaan Tiga Beranak atas nasihat JKKK- Jeanne, Kamalludin, Khairy dan Kalimulllah memasang karpet untuk Imperialis baru bernama Singapura.
Sang Kelembai: Tak mampu nak lari ke Australia atau ke mana sahaja kerana pesanan orang tua-tua "di mana bumi di pijak di situ langit di junjung" tapi dalam ajaran Islam Hadhari di bawah Imamnya Abdullah Hj Ahmad, "cari duit dalam negeri, buat harta di luar negeri"
7 comments:
Saudara
Nampaknya saudara telah menggunakan JKKK sebagai satu sinonim kepada satu keluarga dan kroni yang bermaruah dari golongan Badawi. Tulisan saudara menyengat namun orang Melayu masih belum sedar. Apakah harapan parti alternatif dalam pilihanraya akan datang?
Saya kagum dengan anak-anak profesional melayu yang diketuai oleh feriz omar. prowaris hari ini telah sedikit sebanyak mengembal-pulihkan imej melayu sejak penubuhannya. ini ternyata berbeza dengan kebanyakan anak-anak melayu yang didorongi oleh KONONNYA golongan cerdik pandai OXFORD yang sentiasa gila kuasa, harta benda dan perempuan sehingga sanggup meletakkan bangsa melayu dan agama islam sebagai perjuangan utama.
Saya kagum dengan anak-anak profesional melayu yang diketuai oleh feriz omar. prowaris hari ini telah sedikit sebanyak mengembal-pulihkan imej melayu sejak penubuhannya. ini ternyata berbeza dengan kebanyakan anak-anak melayu yang didorongi oleh KONONNYA golongan cerdik pandai OXFORD yang sentiasa gila kuasa, harta benda dan perempuan sehingga sanggup meletakkan bangsa melayu dan agama islam sebagai perjuangan utama.
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.
WPI- rakyat nak bising2 tapi kerajaan nak diam2 dlm hal ni? Aku rasa kena 'langgar' jer bende2 macam nih..jgn tunggu jadi barah baru terhegeh2 nak rawat. War warkan lagi pasal WPI ni biar sampai kena jawab oleh PM & geng2 belakang dia...benda baik apa susah nak jelaskan? Tahun nie kita sambut mrdeka ke-50 yg 'Terakhir ker" dgn bende2 macam WPI nie?
Tiada yang terindah dapat digambarkan kepada masyarakat Melayu di dalam WPI. Tiada yang menarik perhatian dapat ditatapkan sebagai bangsa Melayu yang duduk di tanah sendiri tetapi hakikatnya WPI lama kelamaan hanyalah WILAYAH IMPERIALISM. Kita hanya berjalan-jalan di tempat-tempat indah dan menarik di situ suatu hari nanti, kita akan duduk minum di (warong kopi) WPI sedangkan rakyat asing duduk minum di COFEE BEANS. Mana hak kita selama ni yang diperjuangkan?
Apo kono kaw jang???apo guno kaw "kutuk" imam godang(hadhari)kito sampai dio tak sompek berongap?Buek sobo tak kono!Duduk salah, berdiri salah, baring salah?
Kaw somo (dari kaum UMYES)juo yg bori dio KOSO, memang dulu dio lagak BAIK(kalah malaikat)tapi bilo ado sadikit koso yg di kurnio Allah dio hilang punco, dio lupo itu somo AMANAH yg mesti di pikol untuk kepontingan seluruh rakyat(bukan buek kito somo ni macam RAYAT!)
Tu lah silap kito juo, sekarang macam orang menyosal di bawah joram! Pilih "clown" jadi ketuo kito somo jadi apo..pikir2 lah sendiri?
Post a Comment