Friday, September 28, 2007

Bila Lawyer di jalanan

Agaknya kepala-kepala di tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri atau kumpulan sewaktu dengannya yang cuba untuk mempertahankan kuasa Abdullah Hj Ahmad sedang bertungkus lumus hendak menggunakan taktikal apa yang di panggil “Psychological War and “strategically plan” atau dalam Bahasa Melayu lebih kurang dipanggil “perancangan strategik perang saraf” bagi mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu-isu yang menjejaskan Abdullah Hj Ahmad yang terkena sindrom sakit gila “koridor”.

Walau pun segala usaha sudah dibuat, bagi menarik perhatian rakyat beralih kepada isu-isu yang melupakan akan perihal Abdullah Hj Ahmad yang di Indonesia dipanggil “Maling menyebut Maling” atau visi Malaysia dipanggil Pencuri menjerit pencuri, rakyat masih tidak mahu menerima pelarian isu itu, mereka balik ke isu asal bahawa Abdullah Hj Ahmad sudah tidak layak lagi menjadi Perdana Menteri dan desakan untuk meletakan jawatan walau tidak dibuat secara terbuka tetapi akan dibuat di dalam PRU- Pilihan Raya Umum yang akan datang, yang mana rakyat akan mengetepikan kepentingan bangsa, kaum dan agama bagi menumbangkan kekuasaan UMNO yang bertopengkan Barisan Nasional.

Perpaduan kaum sudah lama ada di Malaysia, hanya UMNO menggunakan isu perkauman bagi menakutkan rakyat dan khasnya orang-orang Melayu. Ayat yang kononnya terbiasa “Pemimpin Itu Maruah Bangsa” dan mesti dipertahankan sudah tidak boleh diterima pakai di zaman Abdullah Hj Ahmad, seperti Maling menyebut maling begitu Abdullah Hj Ahmad, berkata rasuah tetapi beliaulah bapak segala penerima rasuah dan nepotisme.

Seperti mana yang disebutkan, ada satu majlis di Seri Perdana dalam saat rakyat meraikan Hari Kebangsaan, majlis yang merupakan persembahan kumpulan Jazz yang terkenal hanya untuk mereka yang di undang sahaja dibuat. Ini memberi pengertian bahawa rakyat hanya layak untuk hiburan jalanan sahaja tetapi Perdana Menteri atas kehendak isterinya mengadakan satu “entertainment” khusus yang dibayar oleh Berjaya, Naza Motor dan YTL atau Francis Yeoh yang menelan belanja RM 2juta. Apakah itu bukan rasuah? Kemungkinan dari segi kaca mata BPR-Badan Pencegah Rasuah mungkin sama dengan Amerika Syarikat bahawa bila rakyat menentang kerajaan itu dipanggil “pengganas” tetapi bila kerajaan melalui agensi seperti Polis, menembak dan memukul rakyat itu “mengamankan” keadaan. Dari segi BPR, Perdana Menteri mengatasi tuhan tidak boleh disentuh, kalau BPR benar-benar hebat dan ada telor (pinjam ayat Rosli Ismail pemilik Agenda Daily - alat propaganda UMNO kepada Raja Petra Kamarudddin Malaysia Today) sewajarnya BPR membuat penyiasatan tanpa aduan.


Tidak termasuk lagi kes nepotisme yang dilakukan oleh Abdullah Hj Ahmad yang menggunakan duit minyak yang dinaikkan tahun lepas atas alasan hendak meningkatkan pengangkutan awam seperti Bas. Sebaliknya dengan duit itu, yang dia yang bertanggung jawab dengan SPNB - Syarikat Prasarana Negara Berhad membutakan mata untuk melarang SPNB dari memberikan kontrak membekal Bas kepada anaknya melalui syarikat Scommi kepada Rapid di K. Lumpur dan Pulau Pinang. Dan masalahnya semuanya Bas diimport secara langsung dari China, malah tender membaharui perhentian “Bas Stop” yang sedang dibuat di K. Lumpur sekarang khabarnya ada kepentingan Scommi dan anehnya Bas Stop itu tertulis Parisign, kalau di sponsor mungkin boleh diterima akal tetapi sudahlah SPNB membayar, syarikat itu boleh mempamerkan iklannya.

Belum lagi skandal terbesar di Pulau Pinang, Jambatan Kedua khabarnya dibina oleh UEM tetapi dibiayai oleh sebuah syarikat gergasi China . Dari harga RM1.6Billion sudah menjadi RM4 Bilion dan khabarnya syarikat China sudah menyebarkan cerita kepada rakan-rakan niaga di mana-mana kononnya ada permintaan komisen dari pemimpin paling tertinggi di Malaysia yang berjumlah bilion juga (yang paling tinggi di Malaysia hanya Perdana Menteri sahaja). Begitu juga dalam keadaan orang Melayu menuntut kehidupan yang lebih baik di Pulau Pinang, anaknya Kamalludin Abdullah secara senyap mempunyai kepentingan tidak kurang 70% dalam PGCC walau pun di hadapan bernama Patrick Badawi.

Sekarang peguam sudah berarak di jalanan, Ini memberi pengertian bahawa orang yang berstatus tinggi seperti Peguam sudah bersedia berarak dalam keadaan panas dan berhujan bagi menuntut satu keadilan yang bebas dan jujur, bagaimana kumpulan-kumpulan lain yang lebih rendah martabatnya dari peguam yang menuntut keadilan seperti berlaku di Terengganu, bila mereka hanya sekadar Imam kampung, nelayan dan pelajar menunjukkan perasaan kerana hak mereka dinafikan. Adakah mereka (peguam) diperalatkan?

Kenapa Wan Farid Wan Salleh berada di Pejabat Perdana Menteri bagi menerima memorandum dari Majlis Peguam Malaysia adalah satu persoalan yang menarik. Kerana Wan Farid Wan Salleh adalah Setiausaha Politik Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, kenapa Set pol yang lain tidak boleh mengambil memorandum itu seperti Dr Vincent Lim yang juga Setiausaha Politik terus kepada Perdana Menteri orang yang dianggap paling bijak di Pejabat Perdana Menteri dan proksi Ethos Consultant Sdn Berhad yang menantu Perdana Menteri ada kepentingan di situ. Kerana nak harapkan Othman Desa untuk menghadapi Peguam itu tak mungkin sesuai kerana dia hanya diharapkan kepada songkoknya sahaja.


Kemungkinan keberadaan Wan Farid Wan Salleh di Pejabat Perdana Menteri bagi menjadi Pengarah lakon Layar Episod Drama Batu Burok cuba menggunakan taktikal seperti Batu Burok untuk mengharu hara perarakan itu. Tetapi setelah dia sedar bahawa tidak banyak anggota Parti Pembangkang hadir sebaliknya kesemuanya Peguam yang saling kenal mengenal antara mereka, maka formula untuk perancangan strategi perang saraf bagi memburukkan suasana tidak boleh dilakukan. Dan Polis terpaksa akur dengan arahan hanya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan memerhati sahaja.


Bagaimana pun telah tiba masanya, rakyat Malaysia beri kata dua kepada Abdullah Hj Ahmad sama ada dia meletakan jawatan secara terhormat atau rakyat menolak UMNO atau Barisan Nasional, sebuah Parti yang berjasa besar kepada negara ini. Rakyat sudah melihat bahawa sempadan bangsa, kaum dan agama tidak akan menghalang rakyat bersatu bagi menunjukkan kemarahan kepada Kerajaan Tiga Beranak yang diketuai oleh Abdullah Hj Ahmad atau Abdullah Al Koridori seperti yang ditunjukkan oleh para peguam yang terdiri dari berbagai etnik kaum dan agama tetapi satu Bangsa Malaysia, dengan niat hendak menyelamatkan Malaysia dari kerakusan seorang menggelar dirinya Imam Besar Islam Hadhari (ada had ada hari)

Sang Kelembai: Khabar yang di war - war dalam bulan Ramadhan ini Abdullah Hj Ahmad membaca Al-Quran, itu sebab maafkan dia kerana tak masuk pejabat dan tidur. Malangnya dia hanya sekadar membaca tetapi tidak mengerti apa-apa yang dia baca. Kalau dia baca betul dan sampai ke surat Al Anfal ayat 27, dia akan berjumpa ayat ini “Hai orang-orang yang beriman, jangan kamu berkhianat kepada Allah dan Rasul, dan kamu berkhianat pula dalam menunaikan amanah mu, pada hal kamu yang mengetahui’ Berdasarkan fakta-fakta rasuah yang dilakukannya sesuailah Abdullah Hj Ahmad boleh dipanggil seorang pengkhianat itu sebab Khalifah Umar Abd Aziz berkata “Jika kamu hendak tahu akan pandangan di sisi Allah kepada seorang pemimpin, kamu lihat pandangan rakyat kepadanya”

5 comments:

Kamalkamal said...

Assalamualaikum Pak Zahrin,
Rasuah ada di mana-mana. Hatta Ketua Pendakwa Syraie pun telibat.(UM 28/9.07) Sedangkan mereka tu ada ilmu agama. Apa pun indek rasuah yang diperolehi ialah 5.1— lebih baik sedikit dari tahun lalu iaitu 5.0. Maknanya Pak Lah dah berjaya tuu!!!
2. Pak Habib (Syed Hussain al-Attas) memuji-muji Pak Lah selepas beliau berbuka puasa di Seri Perdana. Bukankah Pak Habib penulis politik terkenal? Habis cam na kita nak kata Pak Lah tak bagus. Bagus la tu!!!
3. Bagi saya, Pak Lah bagus, tapi hulubalang, panglima, penasihat, etc. yg. berada disekeliling beliau telah memainkan peranan mereka sebaik mungkin. Lapuran yg. A1 saja diberikan pada Pak Lah. Cuma Pak Lah ni kurang memnbaca, suka tidor & terlalu percaya kpd. semua di atas. Inilah kelemahannya. Jadi sekiranya ada kelemahan patut di atasi. Sekiranya tak mampu atasi, lakukan sesuatu yg. terbaik utuk rakyat Malaysia...berundur dgn. cara terhormat.

dizzy boy said...

Pak lah mmg mcm tu...kita kena pk ttg hala tuju bangsa kita.

Anonymous said...

Sang kelembai harus ingat bahawa keruntuhan institusi kehakiman bermula sejak tahun 1988 dimana Tun Salleh Abas dipecat oleh Tun Mahathir yg tinggal nyawa2 ikan sekarang ni. Tun Mahathirlah yg paling byk menodai dan merogol badan kehakiman..paklah menyambung apa yg 'apa nama' lakukan.

Anonymous said...

Assalamualaikum-selamat berpuasa kpd semua termasuk Sdr Zaharin.

Mengenai perihal kerakusan Imam Besar IAHAH & family tidaklah di hati ini untuk menyentuhnya kali ini kerana menghormati bulan puasa yang mulia ini.

Kali ini ingin disentuh untuk renungan semua adalah mengenai keberanian kaum India termasuk Presiden Majlis Peguam yang juga berbangsa India untuk berdemonstrasi secara aman.

Jelas mereka berani untuk mengenengahkan ketakpuashatian mereka mengenai perkara yang menyentuh kepentingan mereka secara langsung seperti kedudukan kaum India yang didakwa dipinggirkan dan juga ketakpuashatian mengenai pelantikan Hakim.

Mengapa mereka tidak berdemonstrasi (sebagai ganti orang Melayu dan para bloggers yang boleh dikatakan kurang berani) untuk mengenengahkan perihal kerakusan Imam IAHAH & family. Walhal perkara ini adalah lebih besar dan amat serius kerana melibatkan kepentingan dan keselamatan negara dan rakyat.

Kenapa???? Sebab mungkin mereka tidak kisah langsung dan perihal kerakusan tersebut piiirah tidak langsung kena mengena dengan mereka dan satu sebab lagi yang utama adalah yang sebenarnya rugi adalah orang Melayu bukannya kaum lain. Kenapa tak berani berdemonstrasi secara aman, silap diri sendirilah, cakap aje tak puas hati tapi kecut telor. Padan muka ...

Saya tabik dengan kaum India yang berani berdemonstrasi secara aman utk mengenengahkan ketakpuashatian mereka atas dakwaan dipinggirkan (walaupun dakwaan tersebut tidak tahu betul ke tidak lagi).

Manakala Presiden Majlis Peguam yang juga kaum India (yang dengar ceritanya pernah disyorkan untuk menjadi Hakim) tentulah tidak berpuas hati kerana tidak dilantik menjadi Hakim. Maka dengan berdemonstrasi secara aman ini dapatlah sedikit sebanyak dapat menunjukkan ketakpuashatian beliau.

Pandangan saya mengenai lobi melobi ini apa yang nak dihairankan, dalam perkhidmatan awam yang sepatutnya mengikut kekananan pun tidak boleh dinafikan berlaku di mana yang junior boleh bypass yang senior, inikan pula pelantikan yang dibuat melalui kuasa budibicara dan rundingan. Yang penting orang yang dilantik menjadi Hakim memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

Sesiapa yang tidak dilantik itu tahu2 ajelah mungkin ada kurangnya di sana sini.

Sebelum ini tiada siapa yang berani berdemonstrasi atas isu pelantikan Hakim ini, satu isu yang boleh diutarakan dan diselesaikan dalam perbincangan/rundingan, cuma kali ini, ada yang tidak berpuas hati atau ingin mengambil kesempatan lantas menjadikannya satu isu yang serius.

Yang mana tak tahu maksud sebenar isu tersebut ditimbulkan pun memberi sokongan dan membesar-besarkannya.

Lalu tenggelamlah sebentar perihal kerakusan Imam Besar IAHAH & family.

Disamping keberanian kaum India yang boleh dijadikan pengajaran, dengan mengenang kembali sejarah kejatuhan Melaka, jelas yang membuat penggilan telefon, yang membuat lapuran polis/BPR dan yang menganjurkan demonstrasi aman adalah dari satu kaum, mungkin di masa hadapan lebih berhati2lah dengan mereka ini dan kerana itu mungkin betullah pepatah Melayu yang lebih kurang berbunyi"Kalau jumpa ular dan *+%$??, janganlah ketok ular tu dulu ...."

UNTUK RENUNGAN DAN MUHASABAH DIRI KITA ORANG MELAYU YANG SEDANG BERADA DI AMBANG KERUNTUHAN DAN KEMUSNAHAN AKIBAT KERAKUSAN PEMIMPIN MELAYU MENCARI KEUNTUNGAN SENDIRI

** kenapa Synergy Drive tidak memperincikan pemegang saham minoriti; begitu juga dengan TM yang telah berpecah kepada dua baru-baru ini.
*** maka Synergy Drive pun melantik Lembaga Pengarah yang baru untuk mengabui mata rakyat Malaysia, kononnya penggabungan ini telus dan tidak menggadaikan kepentingan negara, walhal yang sebenarnya buat keputusan adalah orang lain dan keputusan tersebut telah pun sedia ada untuk dibincang dan diendorskan oleh ahli Lembaga Pengarah sebagai satu formaliti sahaja.

Bagi orang yang mengetahui agenda memusnahkan orang Melayu dan kepentingan negara ini, bangkitlah dari lamunan tidurmu sebelum nasi sudah menjadi bubur.

WASSALLAM.

Anonymous said...

Assalamualaikum-sdr Zaharin ini adalah lanjutan dari nukilan pandangan saya sebelum ini-kenapa para bloggers dan NGO berbangsa Melayu yang tidak bersetuju dengan kerakusan Imam Besar IAHAH & family tidak menganjurkan demonstrasi secara aman daripada Palace of Justice sehingga ke Kompleks Perdana dan kemukakan memorandum macam yang dibuat oleh Majlis Peguam itu hari. Sekurang-kurangnya akan masuk suratkhabar ataupun TV dan akan dibaca oleh orang di ceruk2 kampung.

Macam-macam boleh dikemukakan semasa demonstrasi aman tersebut yang bertemakan "Demi Memelihara kepentingan dan keselamatan negara untuk seluruh rakyat Malaysia".

Fikirkanlah-kaum India berani memperjuangkan nasib mereka yang didakwa dipinggirkan, kaum Cina pun boleh bermatian-matian menghalang proses pemusnahan khinzir di Melaka tempoh hari, orang Melayu di Batu Buruk pula berdemonstrasi hanya sebab tak dapat nak buat ceramah walhal bukan tak boleh buat hari lain dan ditempat yang dibenarkan.
Itulah orang Melayu ... berani tak kena tempat. Takkan nak tunggu parti pembangkang termasuk Anwar Ibrahim utk menganjurkan demonstrasi aman tersebut. Kalau ini berlaku kesudahannya kepada UMNO adalah amat teruk. Oleh itu eloklah para bloggers dan NGO yang masih sayangkan UMNO aje adakan-ianya ikhlas demi kepentingan dan keselamatan Negara dan kesejahteraan rakyat.

Hanya pandangan dan buat renungan semua-SELAMAT BERPUASA DAN MENGEJAR MALAM LAILATUL QADAR-SELAMAT BERHARIRAYA DGN INGATAN BERHATI2 MEMANDU DI JLNRAYA"

Wassallam.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia