Saturday, September 08, 2007

Lebih baik jadi babi...........



Isu penternakan babi di Melaka sudah jadi isu yang berlainan dari isu asal. Isu asalnya ialah penternakan babi itu telah menyebabkan pencemaran bau busuk dan air yang kotor hasil limpahan dari kandang tersebut. Seperti ada agenda “setting” dilakukan kerajaan dalam isu tersebut, yang mana media perdana khasnya TV3 telah menemu duga berapa orang di dalam kawasan tersebut yang kebanyakan orang Melayu dan semuanya menzahirkan kemarahan atas isu pencemaran tersebut. Ini adalah kerana mereka kurang selesa dengan keberadaan babi itu dan ada antaranya yang melibatkan kepentingan perniagaan mereka.

Isu penternak dan kandang babi yang telah wujud khabarnya hampir 50 tahun dahulu. Jika dikaji secara rasional ini adalah dengan kerelaan penduduk dalam kawasan tersebut khasnya penduduk - penduduk Melayu yang beragama Islam. Sudah pasti ditanya, mana dalilnya orang-orang Melayu di kawasan itu bersetuju keberadaan penternak dan kandang babi tersebut. Jawapannya mudah, setiap kali Pilihan raya berlaku, rakyat diserahkan membuat keputusan, bukan sahaja Dasar Nasional tetapi dalam lingkungan sekitar mereka. Bila mereka menyokong Barisan Nasional, ini memberi erti mereka memberi sokongan kepada kandang babi itu. Maka perlu apa nak marah hari ini?

Babi bukan makanan orang Islam tetapi sungguhpun ada orang lain yang makan dan babi bukan satu binatang yang dilarang dimakan oleh sesiapa pun. Maka di mana masalahnya? Sebenarnya tak ada apa-apa masalah yang merumitkan tetapi isu yang sebenarnya ialah kawasan penternakan itu dilakukan di atas tanah dan perniagaan itu memerlukan lesen.

Soalnya sudah kah di periksa tanah-tanah tersebut dari segi status syarat penggunaannya? Kalau sudah diperiksa dan melanggar undang-undang yang tertentu kenapa Babi yang pula menjadi korban dan menerima hukuman. Kenapa hendak dibunuh begitu sahaja. Maka di sini persoalan yang sebenarnya wujud. Kenapa pihak Majlis Daerah dan Pejabat Daerah tidak mendakwa manusia yang menjadi penternak dan memiliki kandang babi itu.? Kenapa ini tidak dilakukan? Jawapan amat mudah untuk di faham kerana kemungkinan penternak dan pemilik itu sudah memberi rasuah kepada orang tertentu. Siapa mereka yang menerima rasuah itu?

Penerima rasuah yang jelas ialah pemimpin UMNO dalam kawasan itu. Kerana setiap kali ada pertandingan dan pemilihan UMNO, pemimpin yang sedia ada akan menyogok ahli-ahli UMNO untuk tidak bersuara atas nama menyokongnya dan atas jawatan yang dipertandingkannya oleh itu dalam isu babi ini tidak pernah pula dibangkitkan dalam mesyuarat UMNO Bahagian. Kalau pemimpin UMNO di peringkat Bahagian dan Cawangan tidak hendak bercakap isu itu, maka di situ ada pertanda sesuatu yang tak kena dan di sini boleh dianggap pemimpin UMNO itu telah dirasuahi oleh towkey babi dan ahli UMNO menerima duit babi.


Bila melihat cara pihak penguat kuasa termasuk polis seperti mana disiarkan dalam TV3 bertindak ke atas kandang babi itu, yang ketara ialah polis sekiranya dibuat perbandingan , cara polis bertindak kepada tunjuk perasaan di hadapan KLCC beberapa tahun lalu untuk membantah kenaikan harga minyak dan lain-lain keperluan harian rakyat jelas garang alang kepalang sehingga ada yang tercedera. Tetapi dalam menghadapi towkey dan penternak babi, jelas kelihatan sikap menikusnya Polis, walhal sudah jelas menujukan bahawa penternak itu sudah menghalang seorang penjawat awam ia itu Jabatan Haiwan dan Jabatan Alam Sekitar dari menjalankan tugasnya. Di sini orang ramai perlu bertanya kenapa tak ditangkap saja towkey dan penternak itu.

Akhirnya kerajaan pusat mengambil keputusan soal babi ini diurus tadbir oleh Timbalan Perdana Menteri bagi menyelesaikannya. Maka sudah ada “precedent” bahawa di samping tugas-tugas menjadi Pengerusi berbagai Majlis dan Jawatankuasa Tadbir Kerajaan, yang mana Timbalan Perdana Menteri menjadi Pengerusinya, maka portfolio babi adalah tugas baru Timbalan Perdana Menteri yang dimulakan oleh Abdullah Hj Ahmad yang pernah mengendalikan kes Babi di Bukit Pelandok.

Kisah babi walau hina di mata orang Islam tetapi berjasa besar dalam Bahtera Nabi Noh kerana binatang babilah yang memakan semua tahi atau najis binatang lain bagi mengelakkan penyakit. Mungkin moralnya walau pun ahli sains sudah mempersetujui daging babi mempunyai cacing yang boleh memudaratkan manusia bila dimakan tetapi jika kawasan yang tidak bertandas, sesiapa pun boleh membuang hajatnya di mana-mana tetapi dengan syarat kawasan itu ada babi yang berkeliaran. Kisah babi juga menjadi senda gurau dalam teka-teki ia itu kenapa anak babi jalan tunduk dan di belakang induk babi, Jawapannya ialah kerana malu menjadi anak babi.

Sebenarnya soal babi itu terlalu mudah diselesaikan jika Ali Ketam (Ketua Menteri Melaka) seorang yang faham bagaimana menghadapi pengurusan krisis. Isunya babi terlalu banyak dipelihara dari jumlah yang dibenarkan. Di mana puncanya? Kalau mereka yang tahu bahawa babi akan beranak melalui jantannya dan jantannya boleh mengawan dengan berpuluh dan mungkin beratus ekor betina dalam sehari sungguhpun babi jantan ini tidak banyak maka apa yang sepatutnya dibuat ialah pihak Jabatan Haiwan ialah untuk melakukan kuarantin dahulu terhadap babi-babi jantan ini dari mengawan kerana setiap ekor babi betina boleh melahirkan anak tak kurang 6 ekor setiap empat bulan. Itu sebab lahirnya peribahasa Melayu kalau ada yang banyak anak akan dipanggil “beranak macam babi”.

Kenapakah kita tidak bertanya? Dalam kes Bukit Pelandok, atas nama bagi membanteras JE yang boleh membunuh manusia, Kerajaan sanggup membayar pampasan, bukan sahaja kepada kandang babi yang dirobohkan tetapi setiap babi yang ditembak mati. Tetapi kenapa formula itu tidak digunakan kepada manusia yang bernama setinggan atau sekarang sudah diubah ke istilah peneroka Bandar?


Bila rumah setinggan hendak dirobohkan, pihak penguat kuasa tidak boleh berunding lagi, mesti roboh. Tetapi bila kandang babi hendak dirobohkan, boleh pula dibatalkan dan ditangguhkan dan berunding. Maka eloklah manusia-manusia yang teraniayai atas nama pembangunan jika tidak dapat mempertahankan diri atau yang beragama Islam tidak boleh memegang sangkar babi untuk dijadikan perisai waktu FRU hendak mengganas, lebih baik membuat pengisytiharan menjadi babi. Kerana babi lebih baik dilayan dan dibela dari menjadi manusia oleh pemimpin UMNO dan Kerajaan.

Sang Kelembai: Muhyiddin Yassin yang jaga Jabatan Haiwan dan Azmi Khalid yang jaga Jabatan Alam Sekitar patut buat “joint venture” macam format Perkampungan Hadhari diadakan pesta Penjualan Jumbo Mega Sale Penjualan Babi. Kerana walau pun orang Islam dilarang kerana diharamkan makan babi tetapi Islam juga melarang binatang dibunuh tanpa sebab kecuali memudaratkan manusia. Dengan “Mega Sale” di kandang babi itu, ini akan mengurangkan jumlah babi dan ini menjadi satu produk baru pelancongan untuk diwujudkan.

6 comments:

Anonymous said...

Saudara SK,
Kalau kerajaan PAS di Kelantan memungkinkan ternakan babi secara terkawal diluluskan kenapa pula nak dijadikan isu di Melaka. Sebenarnya kesalahan sebanarnya terletak kepada pihak kerajaan dan agensi terbabit. SELALUNYA jalan mudah sahaja di ambil iaitu roboh dan halau.
Di sini saya hendak melihat kembali kejadian wabak JE di Sepang dan Bukit Pelanduk sehinggakan Pak Lah diperli dengan kata-kata orang Badwi di Arab mengembala kambing tetapi Badwi di M'sia membela babi. Dimanakan pampasan dan janji-janji yang ditaburkan.
Bekas EXCO kerajaan NS iaitu Dato' Yeow Chai Team bagi pihak kerajaan telah menjanjikan pelbagai pampasan dan bantuan kepada pihak penternak tetapi sehingga sekarang masih belum ditunaikan. Lebih malang lagi pihak pemaju yang kebetulannya Jimmy Yeow (abang Dato' Yeow) telah mendirikan satu kawasan integrated and modern pig farming yang dijual dengan harga yang tinggi kepada penternak-penternak malang tersebut (terletak berdekatan dengan persimpangan Port Dickson-Sepang-KLIA) sehingga sekarang masih tidak dberikan lesen. Pepatah
Melayu diibaratkan Sudah Jatuh Ditimpa Tangga.
Tapak dan kemudahan alternatif perlulah disediakan kepada penternak tersebut dengan harga yang berpatutan sebelum mereka dipindahkan memandangkan ada di antara mereka yang telah mengusahakan industri ini puluhan tahun.
Pada hemat saya, JANGAN disalahkan atau dimangsakan para penternak babi terlibat mereka hanya mencari rezeki yang betul.Kepentingan dan hak semua pihak terlibat perlulah diambilkira.
Pemimpin jangan jadi hipokrit hingga mengambil kesempatan. Kalu... silap hari bulan nanti dicampak masuk kandang babi baru faham.

Anonymous said...

Memang setuju kata kat Pak Zahrin tu, kes lambakan BABI TONYOK di negara kita ni semacam dah jadi satu agenda NEGARA dan pesta KEBABIAN yg tiada menemui jalan penyelesaian, selagi ada yg dikatakan oleh Pak Zahrin, ada PEMBERI & PENERIMA RASUAH maka jalan penyelesaian amatlah sukar.

Dilihat pelbagai isu yg telah dipaparkan, terbaru RUSUHAN di KT, itu satu provokasi yg dilakukan oleh siapa WALLAH HUALAM, tapi ada yg tercedera dan mungkin ada yg tenat denga kejadian itu.

Jadi sebagaimana yg Pak Zahrin kata "Lebih baik jadi babi......" itu adalah tepat dan kena, bukan nak menyokong Pak Zahrin tapi kalau yg betol apasalah nya kita kata itu betol, lainlah kalau ianya salah kita pula mengiakan.

Bab rasuah ni saya rasa takkan habis diperkatakan serta dilakukan bahkan RASUAH ni adalah satu penyakit manusia, yg payah serta takkan lenyap atau dapat dibasmi dengan mudah. Selagi ada pemberi selagi itu ada penerima.

But a compliment to Pak Zahrin.

Pak Zawi said...

Polis sanggup guna peluru hidup untuk menyuraikan manusia di Terengganu. Manusia ini dikatakan menyerang polis. Tembakan dikatakan polis cuma sebiji tetapi yang kena dua orang. Takkan tak ada tembakan amaran keudara sebelum ditembak kearah orang awam? Atau tembakan ke kaki dan tidak kebahagian anggota merbahaya seperti badan atau kepala?

Anonymous said...

Koridor ke-4 di antara Selangor - Melaka - N9 adalah KORIDOR BABI RAYA. Najib saja akan merasmikannya kelak. Tunggu!

Anonymous said...

Kejadian di terengganu melihat anggota polis lebih tegas,menyuraikan manusia dengan senjata,tetapi di melaka nak jentik peternak babi pun dah goyang..adakah nyawa Binatang yang bernama babi ni lebih penting dari nyawa manusia?Walhal isu babi ni sensitif untuk umat islam.lebih2 lagi pencemaran alam sekitar..Kepada penduduk melayu islam melaka lain kali fikirlah dulu banyak2 kalau nak memangkah tu..

Anonymous said...

JANGAN disalahkan atau dimangsakan para penternak babi terlibat mereka hanya mencari rezeki yang betul...dari anonymous..

wello! mereka mencaru rezeki yang betui ke? itu babi haram..tokeh haram ..tanah haram leer ngok!

rezeki betui ke aku ingat ko musti cina gak pasai ko tak de dosa pahala kan! semua betui..kan!

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia