Friday, October 19, 2007

Perdana Menteri yang sakit - Bil 1

Dalam sirah Islam, dikisahkan akan seorang Badwi-orang arab pergunungan atau di Malaysia di panggil “Badawi” satu nama penghujung Abdullah Hj Ahmad, Perdana Menteri Malaysia yang tidak ada hubungan dengan orang badwi di benua Arab kerana keluarganya keturunan China Kwan Tung. Dengan tiba-tiba datanglah seorang Badwi yang bertanya kepada Rasulullahlah yang sedang bersama-sama sahabatnya di tengah-tengah majlis taklim , “Bila agaknya saat kehancuran itu akan tiba”? Nabi Muhammad S.A.W. tidak menjawab pertanyaan itu dengan serta merta tetapi sesudah majlis itu beliau mencari semula Badwi itu walau pun pada asalnya para sahabat memikirkan “beliau sudah mendengar pertanyaan itu, namun masih memikirkan tentang persoalan itu.”

Sabda Nabi S.A.W menjawab soalan itu “Apabila amanat telah disia-siakan, maka tunggulah saat kehancuran.” Ditanya lagi oleh Badwi itu, “Bagaimanakah tandanya amanat itu disia-siakan?,” Rasulullahlah S.A.W menjawab. “Apabila suatu perkara diserahkan/disandarkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya.”

Dalam Islam perilaku khianat atau menjadi pengkhianat kepada amanat atau amanah yang diberikan oleh umat bagi urusan mereka antara sebab yang boleh membenarkan dinafikan iman seorang mukmin. Kelakuan tidak amanat dan amanah seperti rasuah, menyalah gunakan kuasa, kroni dan nepotisme adalah kelakuan yang ada seperti perilaku Abdullah Hj Ahmad yang akan meraikan empat tahun menjadi Perdana Menteri dalam penghujung bulan ini.

Adalah terlalu sukar untuk tidak mempercayai bahawa Abdullah Hj Ahmad yang mencari dan menyarankan untuk kita membongkar rahsia kita suci (sudah pasti Al-Quran – penulis ) tidak akan menemui ayat Al-Anfal yang melarang mengkhianati amanat, di mana firman nya, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul nya (Muhammad SAW) dan (jaga) janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepada mu, sedang kamu mengetahui.”

Abdullah Hj Ahmad menjadi Putera Mahkota atas lantikan Tun Dr Mahathir Mohamed, dan bila beliau meletakan jawatan, maka layaknya seperti seorang Sultan yang meninggal dunia atau mangkat, kebiasaannya Putera Mahkota atau Raja Muda lah menjadi Sultan bagi kesinambungan seorang “Ketua” seperti mana kehendak Islam yang tidak membenarkan kekosongan kepimpinan dalam satu kerajaan.

Keberadaan Abdullah Hj Ahmad dalam kedudukan sekarang berasal daripada pemecatan Anwar Ibrahim kerana salah laku dalam kes rasuah menyalah gunakan kedudukan untuk menggunakan Polis bagi menangkap seorang penulis surat yang mengaibkan dirinya. Dan sebelum itu Anwar Ibrahim telah menukarkan sikapnya pada awalnya tidak melawan Abd. Ghafar Baba kemudian dengan jawatannya selaku Menteri Kewangan, membeli semua Ketua UMNO Bahagian dan perwakilan dengan berbagai cara, wang tunai, saham-saham GLC dan janji politik untuk kepentingan politiknya.

Dalam beberapa ucapan Tun Dr Mahathir Mohamed selepas bersara bagi menegur apa-apa keputusan dan tindakan Abdullah Hj Ahmad terhadap dasar-dasar yang dibuat olehnya sebelum bersara, telah menyatakan kekesalannya kerana melantik Abdullah Hj Ahmad sebagai Putera Mahkota.

Sebenarnya Tun Dr Mahathir Mohamed tidak bersalah, kemungkinan dia juga tidak terbaca akan biografi Presiden-Presiden Amerika, kalau tidak, dia pasti akan terjumpa akan kisah seorang Presiden Amerika Syarikat ke 29 yang pernah berkuasa pada tahun 1921-1923 yang bernama Warren Harding.

Diseorang lelaki yang tampan, tinggi dan semua orang menyebut layak dipilih menjadi Senator dan sejumlah orang memang terpesona dengan penampilannya walau pun pengetahuannya agak bodoh dan sedikit tolol. Kerana dipujuk berulang kali oleh penyokong yang lebih merupakan promoter nya maka dia mencalonkan dirinya sebagai Presiden Amerika.

Kerana ketampanan dan modal tubuhnya yang atletik, tinggi dan kekar, maka jadilah dia Presiden. Bayangkanlah apa yang dilakukannya? Kesemua ahli sejarah Amerika bersetuju menjatuhkan hukuman bahawa dalam sejarah Amerika, Warren Harding adalah Presiden yang terburuk yang pernah dimiliki Amerika. Ia hanya dua tahun menjadi Presiden dan mati kerana penyakit strok yang dideritai nya.

Pelajaran penting dari kesalahan memilih pemimpin adalah prasangka dan stigma. Difikirkan semua orang yang tampan dan berbadan tegap cocok menjadi penguasa atau pemimpin. Difikirkan semua orang yang penampilannya berwibawa sesuai untuk menjadi pemimpin seperti mempunyai keluarga beragama dan anak dan cucu ulama. Ini pelajaran yang kiranya penting untuk kita semak.

Begitulah Abdullah Hj Ahmad, dia menyertai UMNO dan menjadi Ahli Parlimen 1978 kerana keterampilan dia di pejabat Majlis Gerakan Negara dan anak seorang tokoh UMNO yang tinggi ilmu agamanya dan cucu seorang ulama yang terkenal. Walau pun begitu, Perwakilan Pemuda UMNO menolak beliau dari menganggotai EXCO Pemuda, apabila beliau tewas dalam pemilihan Exco Pemuda di tahun 1978.

Bila beliau dilantik menjadi Menteri JPM di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamed (Tun) dan kerana permasalahan Anwar Ibrahim yang telah menjadi Ketua Pemuda UMNO dan cuba untuk mengABIMkan UMNO, golongan konservatif dalam UMNO memberikan sokongan kepada Abdullah Hj Ahmad untuk menduduki Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1981 dan seterusnya Naib Presiden di tahun 1984.

Maka jadilah Abdullah Hj Ahmad tempat menerima sokongan orang yang tidak bersetuju atau yang dipinggirkan oleh Anwar Ibrahim. Ini memberi kesimpulan kekuatan Abdullah Hj Ahmad terdiri dari mereka yang tidak menyokong atau cuba disingkirkan oleh Anwar Ibrahim seperti yang berlaku dalam tahun pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1993 .

Kerana agaknya anak seorang yang beragama, cucu seorang ulama “arifbillah” maka Abdullah Hj Ahmad di fikirkan oleh orang UMNO amat sesuai dengan ciri-ciri pemimpin Islam. Sebaliknya hari ini terbongkar akan semua kemunafikannya.

Kita semua tidak mahu dia menjadi seperti Umar ibni Al Khattab yang sering berkeliling memeriksa kondisi rakyatnya. Bahkan dikisahkan ketika dia mendapati seorang ibu dan anak-anaknya kelaparan, dia memikul sendiri sekarung gandum dari Baitulmal untuk di berikan kepada ibu tersebut atau kita hendak dia peka hingga biasa memahami masalah rakyat, seperti kisah Umar yang juga memahami kesepian seorang wanita yang suaminya sedang berjihad, lalu beliau menetapkan masa tugas sesuatu pasukan maksima empat bulan.

Begitu juga Abdullah Hj Ahmad yang menipu dirinya dan juga rakyatnya dengan puisi “Mencari Damai Abadi” yang tidak mungkin akan menjejak sikap Umar yang pernah berkata, “Seandainya ada seekor unta yang terperosok dilubang jalan, sesungguhnya aku harus bertanggung jawab di hadapan Allah.”

Hari ini tudung saji yang menutup bangkai munafiknya sudah terbau walau pun tidak terbuka lagi sepenuhnya. Micheal Yeoh dengan bangganya menceritakan akan kisah pelayaran dengan Abdullah Hj Ahmad di kapal mewahnya di Australia, di waktu rakyat sedang senggara dengan banjir dan kehilangan harta benda. Dan anehnya Abdullah Hj Ahmad ke sana (Australia) adalah untuk meraikan Hari Krismas, mungkin kerana hendak bersama dengan kekasihnya yang kemudian dinikahi yang asal beragama Kristian. Dalam isu itu ada orang yang berkata.. bahawa Abdullah Hj Ahmad di malam parti Krismas itu dalam keadaan mabuk.. mabuk apa? Pergi tanyalah orang yang hadir pada malam itu dan sekarang sudah bergelar Tan Sri.

Telah disiarkan akan gambar-gambar Pesta Gila di rumah kerajaan Seri Perdana, perhatikan siapa yang datang ke rumah Imam Besar Islam Hadhari itu dengan prinsip-prinsip Islam Liberalnya. Ini sepatutnya memberi pengertian kepada kita semua rakyat Malaysia khasnya orang Melayu yang beragama Islam dan istimewa orang-orang UMNO, atas sudut mana sepatutnya kita memberikan sokongan kepada seorang pemimpin munafik ini.
Sebenarnya kalau dikatakan Malaysia sudah punya seorang Perdana Menteri yang “Gila”.. mungkin tidak ada akan siapa yang percaya. Tetapi biarlah kita katakan bahawa Malaysia sekarang dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang sakit atau hampir tidak siuman. Mahu kah kita dimalukan? Seperti di Indonesia berapa tahun dahulu ada seorang Presiden yang sama perangainya dengan Abdullah Hj Ahmad dan memimpin Parti Kebangkitan Bangsa atau PKB di mana akronim pada orang Indonesia adalah - Presiden Kami Buta. Dan apakah pula ubat yang patut kita bagi kepada mereka yang “Mental Disorder?”

Sang Kelembai: Walau pun ada ketentuan agar mentaati penguasa/pemerintah tetapi Khalifah Abu Bakar sebaik diangkat menjadi Khalifah telah berpidato, “Taatlah aku selama aku mentaati Allah dan Rasul nya. Jika aku menyalahi Allah dan Rasul nya maka janganlah kalian taat pada aku”. Soalnya tidak salah ke menggunakan kedudukan sebagai Perdana Menteri pergi berfoya-foya dalam saat rakyat banjir dan bergelut untuk hidup dengan keperluan kehidupan semuanya naik?

3 comments:

Kamalkamal said...

Asaalamualaikum Pak Zaharin,

Sekarang ini, apakah langkah terbaik untuk menjatuhkan pemimpin yang tidak disukai.

Dalam soal ini, apakah Datuk Seri Abdullah (Pak Lah)sanggup untuk meletakkan jawatan selepas dikenakan beberapa tekanan?

Adakah undi tidak percaya akan diusulkan oleh Majlis Tertinggi UMNO atau Majlis Tertinggi BN untuk memecat Pak Lah...!!! Pernah berlaku ke sebelum ini??

Adakah PRU-12 nanti BN akan kalah...bagi saya sukar untuk BN dikalahkan. Kalau BN kalah diperingkat persekutuan, barulahlah Pak Lah tak jadi PM lagi!!!, boleh ke???

Anonymous said...

Astarfirullah...

Kalau benarlah Imam Besar Islam Ada Had Ada Hari dah bertukar kepada Pak BODOlah Al-Kohol, sahlah teori PEMBIMBING RAKAN SEBAYA. Rasanya mesti dia minum Gin & Tonik.

Adakah pemimpin yg dulu dikenali sebagai Anak Ulama yg memperkenalkan Islam Hadari nak kita kekalkan?

Jgnlah kerana RM, kita sanggup jual maruah dan agama utk memilih mereka.

Cukuplah maruah kita lebih hina dari babi di Melaka yg sampai skrg masih tak selesai (berbanding isu di ganu kiter), jgn pula agama kita jual...

Ketahuilah bahawa Melayu semakin hina di bumi sendiri.

Renungkan bersama

-org kadazan nasib baik bukan melayu-

Berita dari gunung said...

Kita berhadapan dengan satu keadaan yang sangat rumit dalam politik negara.

Terjun dalam kancah politik secara bersungguh bermaksud berusaha untuk naik ke atas. Kini PM telah berada di atas sekali.

Dalam sejarah negara, dua perdana memilih atau dipaksa bersara. Satu Tunku dan kedua Tun Hussein.

Rakyat kini sudah tidak bising lagi soal api air dan jalan kerana semuanya sudah ada. Dengan usaha keras kerajaan untuk pendidikan, sudah ramai rakyat Malaysia yang cerdik pandai. Cerdik bukan bermaksud mesti ada sijil Oxford.

Mungkin ramai yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kepimpinan hari ini. Sehingga ada yang tergamak mengatakan Malaysia kini bergerak secara auto pilot.

Hanya Tuhan saja yang tahu.

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia