Friday, November 16, 2007

Parlimen Bubar Selewatnya Penghujung Februari?

Dalam keadaan SPR-Suruhanjaya Pilihan raya menghadapi protes dan desakan dari para pengundi dan rakyat yang meminta satu Pilihan raya yang bersih dan adil, dengan tiba-tiba Pengerusi SPR membuat kenyataan yang mengejutkan semua pihak kecuali mereka yang tidak ambil peduli kenyataan itu.

Semenjak Malaysia Merdeka 50 tahun yang lalu, sudah ditanamkan kepada pemikiran rakyat bahawa soal pembubaran Dewan Rakyat ( bukan Parlimen, kerana Parlimen mengandungi dua elemen lagi ia itu Yang Di Pertuan Agong dan Dewan Negara) di bawah bidang kuasa prerogatif atau hak mutlak Perdana Menteri membubarkannya dengan perkenan (persetujuan dekri) Yang Di Pertuan Agung.

Bagaimana kuasa Perlembagaan Malaysia dalam Bab 4m Perkara 55 (2) hanya Yang Di Pertuan Agong boleh memberhentikan atau membubarkan Parlimen dan dalam Perkara 55(2) walau pun Yang Di Pertuan Agong terikat dengan Bab 3 Perkara 40- Yang Di Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat dan jika Perdana Menteri telah menasihatkan kepada Yang Di Pertuan Agong bagi membubarkan Dewan Rakyat tetapi Yang Di Petuan Agong tidak semesti menerima nasihat itu kerana Perkara 40(2) dengan jelas menyatakan Yang Di Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan tugas-tugasnya, antara lain "tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen" ia itu Dewan Rakyat.

Maka bertanyalah sebilangan orang yang hendak tahu, adakah kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang berkata beliau tahu bila pilihan raya ke-12 akan diadakan tetapi tidak dapat memberitahunya dan dia menambah lagi,"Saya tidak boleh berbohong yang saya tidak tahu bila pilihan raya akan datang, saya tidak dapat beritahu bila masanya, tetapi saya telah beri cukup peringatan untuk semua membuat persediaan," seperti yang dilaporkan itu maka pertanyaan dan soalan kita adalah, adakah Pengerusi SPR itu telah diberitahu oleh Yang Di Pertuan Agong atau oleh Perdana Menteri?

Kemungkinan yang pertama ia itu Yang Di Pertuan Agong memberi tahu kepadanya tidak ada kemungkinannya. Jadi siapakah yang memberi tahu beliau tarikh akan adanya PRU-Pilihan Raya Umum ke 12. Jika Perdana Menteri memberi tahu kepadanya bila hendak membubarkan Parlimen (Dewan Rakyat) maka jelasnya SPR sudah menjadi alat parti pemerintah dan mengikut kehendak orang politik yang mendukung kerajaan, walhal SPR mesti bebas kepada semua ini.

Mengikut cerdik pandai undang-undang Perlembagaan bahawa usia Dewan Rakyat adalah dikira setelah PRU diadakan pada tarikh ahli-ahli Dewan Rakyat mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat bila mana keputusan SPR itu disembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong dan diadakan titah supaya diadakan sidang Dewan Rakyat.

Tidak boleh diadakan sidang Dewan Rakyat selagi keputusan SPR tidak diwartakan oleh Warta Kerajaan. Maka sidang Dewan Rakyat pada PRU yang ke 11 telah diadakan pada 19hb Mei 2004, maka bererti pada hari ini usia Dewan Rakyat ialah 3 tahun 6 bulan. dan dia genap berusia 4 tahun pada 19hb Mei 2008.

Kenapa dengan tiba-tiba “mood” PRU berada di kalangan rakyat terbanyak khasnya parti-parti politik? Ini kerana berpunca satu kenyataan yang dibuat oleh Presiden UMNO - Abdullah Hj Ahmad yang mana dengan tiba-tiba menangguhkan kesemua pemilihan jawatan dalam UMNO, yang bermula dari UMNO Cawangan, Bahagian dan Majlis Tertinggi yang berakhir secara automatik pada tahun 2007.

Memanglah sesuai Presiden UMNO itu membuat kenyataan penangguhan itu pada tahun 2006 kerana menjadi kebiasaan Majlis Tertinggi akan mengeluarkan perintah tarikh persidangan UMNO Cawangan, Bahagian dan Perhimpunan Agong, walau pun perintah persidangan dikeluarkan tetapi tidak ada agenda pemilihan jawatan di semua peringkat.

Maka dari segi prinsipnya kuasa 10.17 Perlembagaan UMNO yang memberi kuasa Majlis Tertinggi UMNO berhak menangguhkan pemilihan di semua peringkat akan berkuasa dikira 18 bulan pada tarikh 1hb Januari 2007. Ini bererti pemilihan UMNO semua peringkat akan diadakan selewatnya pada penghujung bulan Jun 2008. Dan sekiranya tidak pemilihan apa-apa jawatan pada dan selepas bulan Julai, semua pemegang jawatan di peringkat UMNO Cawangan, Bahagian dan Majlis Tertinggi UMNO adalah haram dari segi Perlembagaan UMNO dan Pendaftar Pertubuhan.

Itu agaknya yang menyebabkan Presiden UMNO se telah mendapat nasihat dari anak menantunya kelulusan Oxford menangguhkan pemilihan UMNO bagi membolehkan impian anak menantunya untuk menjadi Perdana Menteri bawah umur 40 tahun akan kecapaian kerana kedudukan sebagai Naib Ketua PPU beliau berhak untuk bertanding jawatan ahli Parlimen dan di lantik menjadi Menteri. Kerana seperti mana yang dilaporkan dengan wang yang berjumlah berjuta ringgit diberikan oleh Singapura memaksa semua Menteri Besar dan Ketua Menteri yang diketuai oleh Khalil Yaakob mendesak Tun Dr Mahathir Mohamed meletakan jawatan. Dengan duit juga nanti kesemua Ketua-Ketua UMNO Bahagian akan akur meletakan Khairy Jamalludin sebagai Menteri walau kepentingan Melayu dan UMNO akan terancam.


Maka bila kah agaknya PRU ke 12, jawapannya mudah ia itu akan berlaku sebelum Mac 2008 kerana ini membolehkan selama tiga bulan persidangan UMNO dijalankan serentak dalam masa yang singkat. Kepada Abdullah Hj Ahmad pemilihan UMNO Cawangan kepadanya tidak penting, pemilihan kepada peringkat UMNO Bahagian juga boleh diatur, di mana-mana orang yang tidak sehaluan dengannya atau anak menantunya akan digugurkan, maka mereka yang telah terpilih menjadi wakil rakyat terutama menjadi EXCO atau Menteri secara biasa akan mudah menjadi Ketua UMNO Bahagian dan secara automatik Presiden UMNO akan tidak ditentang.

Kepada Abdullah Hj Ahmad soal Melayu, soal UMNO dan negara terletak nombor 10 mungkin yang keseratus, Padanya yang penting memperkayakan keluarganya yang terdiri dari anak, menantu, adik dan saudara mara. Baginya itulah kepuasan dalam hidupnya sebagai Perdana Menteri. Kerana dia sudah belajar dengan Tun Dr Mahathir Mohemad yang bersara dan kemudian dimaki hamun oleh orang yang menaikkannya, maka lebih baik dia menyediakan kehidupan mewah yang terletak ribuan kilometer dari Malaysia ia itu di Australia, di mana rumah mewahnya yang diubah suai, perahu layar hasil rasuahnya dan kapal jet peribadi milik anaknya dan pemberian Patrick Badawi,

Maka tidak peduli soal Perlembagaan UMNO dan Perlembagaan Malaysia, kerana pembubaran Dewan Rakyat terletak di tangan dia. Maka tarikh yang sesuai ialah pada bulan Februari, kalau boleh sebelum Tahun Baru China, kerana dia sedar bahawa ukuran ekonomi negara bukan terletak kepada orang Melayu, orang Melayu bangsa yang subsidi.. semuanya percuma tidak terasa perubahan ekonomi, dia bekerja dengan kerajaan dapat gaji bulan berbeza dengan orang Cina, mereka golongan berniaga. Mereka sudah buat perbandingan jualan perayaan Hari Raya dan Deepavali dan Krismas tahun 2007 amat berbeza dengan tahun 2006, kejatuhan sampai 40 % dan tak mungkin mereka hendak memberikan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Begitu juga orang-orang India tak kan tak dengar dan melihat bagaimana Khairy Jamalludin anak menantu Perdana Menteri dalam ucapan penggulungannya menyatakan kerusi-kerusi MIC atau keturunan India diberikan kerana belas kasihan Melayu UMNO. Rendahlah taraf berfikir orang India jika masih lagi hendak mengundi Barisan Nasional setelah dihina oleh menantu Perdana Menteri dan jika masyarakat India masih tidak berubah, sia-sia selama 50 tahun pemimpin masyarakat India di Malaysia hendak menghapuskan kasta paria, maknanya kasta paria masih banyak lagi di Malaysia walau usaha sudah dibuat bagi menghapuskan keturunan India yang membanggakan kasta seperti di tanah asalnya di India kerana India di Malaysia adalah warganegara yang sama taraf dengan semua warga di Malaysia dan bangsa Malaysia yang bersatu.

Jika orang Cina dan India bergabung dalam kedudukan hanya 40% dalam satu kawasan pilihan raya dan dibantu oleh anak muda Melayu yang berpendidikan dan mereka-mereka yang sedar sejumlah 25% sudah cukup untuk 40 kawasan Parlimen pengundi 55 Melayu dan 45 bukan Melayu, calon Barisan Nasional di kalahkan,

Pilihan raya Umum 2008 akan memberi pembuktian peralihan generasi pengundi, jika Barisan Nasional tewas dalam PRU kali ini dan ini memberi erti bahawa sudah tiba masanya UMNO dikapankan dan dikuburkan selamanya. Dan jika Barisan Nasional menang dengan majoriti yang besar, ini bererti bahawa rakyat merestui apa-apa penyelewengan yang dilakukan oleh Abdullah Hj Ahmad dan yang mengundi pembangkang boleh lah berkata bahawa mereka sudah melunaskan tanggung jawab mereka.

Sang Kelembai: Kata Abdullah Hj Ahmad.. ...bahawa dia pantang dicabar. Maka rakyat sudah mencabar dia dalam perhimpunan Bersih 100 ribu. Sekarang terserah kepada rakyat mahu terima tidak cabaran bahawa orang Melayu.. Cina.. India masih lagi menyokong Barisan Nasional. Mengundi Barisan Nasional dan menjadikan Abdullah Hj Ahmad bererti meneruskan kebenaran rakyat terhadap amalan dalam rasuah. Kekayaan kroni anak dan menantu dan bersikap nepotismenya. Rakyat – tepuk dada tanya selera.

14 comments:

Anonymous said...

Tuan Zaharin,

Khalil Yaakob was the mastermind behind the resignation of Tun M??

He got financial backup from Singapork??

And all Mentri Besar and Chief Minister supported him??

And now..Khalil Yaakob is the Governor of Malacca??

This is interesting indeed..tell us more..share it with us Tuan Zaharin..

By the way..it is a good article..enjoy reading it..

Anonymous said...

Sdr.,
Amat lucu gambar Imam Besar paparan Sdr. Saya pasti dia sedang ZIKIR NAFAS.
YeeBody

Anonymous said...

saya pelajar di sebuah IPTA di utara Malaysia.Bagi saya,tidak perlulah kerajaan Barisan Nasional ditumbangkan pada PRU akan datang kerana saya kurang yakin terhadap kepimpinan alternatif ( pembangkang ). Mungkin perasaan ragu-ragu ini disebabkan mereka memang tidak berkredebiliti atau mungkin disebabkan saya " bias " kerana menyokong Barisan Nasional. Tetapi, saya dalam delima, walaupun saya menyokong BN, tetapi bukan kepada kerajaan Nujum Pak Belalang. AAB, KJ&the 4th floor, Nazri, Zam, Hishammudin, Shahidan, Noraini, Azalina ( sekadar menyebut beberapa nama ). Bagi saya, AAB harus berundur ( whether secara terhormat atau tidak ). Tetapi persoalannya bagaimana..? Cukupkah dengan Gelombang Kuning? Adakah perwakilan UMNO akan " cukup berani " untuk menolak AAB&puaknya? Entah... Saya dalam delima, Malaysia dalam dilema.

Pantherian said...

artikel yg baik dr saudara zahrin..byk info dan pandangan bernas dari saudara...BN perlu ditumbangkan.!!!!!!!!! Hidup Rakyat!!!....

Anonymous said...

<<"Saya tidak boleh berbohong yang saya tidak tahu bila pilihan raya akan datang, saya tidak dapat beritahu bila masanya, tetapi saya telah beri cukup peringatan untuk semua membuat persediaan.">>


Apa yg si lintah ni cakap?!

Siapa atau parti politik mana mau
nasihat si pembohong dan penipu bangsat ni!?

Kalau nak bohong, bohonglah mengenai "kebenaran". Apa nak dibohongkan tentang "pembohongan"?

Kepala penuh tahi!!!

zamyx said...

hmm, kalau benar ramalan ini, nampaknya seluruh keluarga saya tak akan pergi mengundi...itu apa yg parent saya ckp...too bad...they cant undi pak lah for all his wrongdoings, but they also cant undi PAS/Keadilan as they are not worth it as well. UMNO will be strong again, with a new CAPTAIN

Anonymous said...

and...from what I heard, the announcement that parliament will be dissolved will be next week, ie, end of the third week of this month.

Unknown said...

macaufan,
rejim zionist umno mesti dikuburkan pada PRU akan datang. rejim umno telah menipu rakyat nya, terutama kaum melayunya sendiri demi kepentingan wang & kuasa utk merompak khazanah, harta & wang negara!
rakyat m'sia mesti bijak mengundi Barisan Alternatif (tak kira DAP, PAS & Keadilan)

Anonymous said...

come on clorox,although i hate dap,i hate BN more...thus i will vote rather staying at home and cursing the outcome...

Anonymous said...

itulah clorox....kerajaan sekarang kurang kredibiliti nyer.....nak pilih pembangkang apa kewajaran nya....nmpknya umno akan terus berkuasa lah....pembangkang dimalaysia ini terlalu lemah.....mereka tidak ada struktur atau pelan yg boleh dipercayai utk mentadbir malaysia...sekadar ckp berdegar-degar negara islam bolehla...sepatut nya mereka lebih terperinci yg sgt sgt terperinci dlm segala dasar2 dan polisi bg menjamin agar rakyat malaysia faham apa hala tuju mereka....contohnya bkn sekadar hukum hudud.Seperti apa dasar PAS terhadap syarikat2 yg berasaskan judi dan arak didalam bursa malaysia...apa tindakan terhadap syarikat carlsberg jika PAS mengambil alih....pakatan alternatif yg bagaimana ingin mereka hidupkan jika berkuasa???siapa tunjang parti...adakah PAS atau keadilan....siapa perdana menteri???siapa timbalan nya???....PAS dpt berapa???DAP dpt bahagian mana???,siapa menterinya???pemansuhan DEB mahu diganti dgn apa???apa perancangan ekonominya dlm masa lg 10 thn...20 thn...???berapa terget ekuiti utk bumiputra???berapa profesional melayu ingin dijana???kalau boleh beritahu berapakali jemaah menteri akan bermesyuarat dalam seminggu????......adakah mereka melihat perkara yang detail ini sebagai remeh atau leceh???tetapi percayalah bagi saya jika mereka serius untuk mengambil alih kerajaan barisan nasional perkara ini perlu diberi perhatian....terbitkan dan edarkan...setiap inci dan sudut perlu direncanakan supaya rakyat yakin BA benar2 serius utk mentadbir malaysia....

Anonymous said...

untuk yang kurang yakin dengan BA
lihat bagaimana kelantan di tadbir.
masalahnya dengan orang kita ialah terlalu terpengaruh dengan dakyat lama BN serta suka membuat andaian.
terlalu detail ikut buku.nak itu nak ini sedangkan kita tak diberi peluang lagi.pokoknya ialah akhlak dan kemampuan untuk laksanakan plan b. dan ini telah terbukti 10nov lalu.lagipun dari 22 juta rakyat malaysia tak kan BN jer yang bolih memerentah

Anonymous said...

saper yang kata BA lemah dan yang tidak mahu memilih BA pada saya mereka yang tak ikut perkembangan atau buat buat tak ikut. dalam internet ni saja pun kita bolih lihat bagaimana seriousnya mereka serta kualiti yang ada pada pimpinan BA.sebenarnya mereka masih terikat dan percaya kepada paradok lama iaitu pembangkang tak bolih berkuasa PAS tak bolih duduk dengan adil tetapi mereka lupa yang keadaan telah berubah atau mereka tak nak berubah.
percayalah kalau gelombang ini berjaya orang orang yang macam ni akan terpinggir dari arus pembangunan dan kalau itu terjadi jangan salahkan sesiapa.begitu juga usah perkecilkan niat untuk membangunkan negara islam kerana pertolongan Allah tidak siapa tahu bila datangnya.
satu lagi saya selalu melihat golongan ini membuat andaian kepada perkara yang belum tentu berlaku tetapi memejamkan mata kepada apa yang berlaku.sebab itu mereka percaya BN akan terus berkuasa.kalau BN terus berkuasa maka tambah kenyanglah pemimpin mereka dan yang duk percaya da sokong mereka kerana paradok lapuk tu terus dicucuk hidung.
alhamdullah semakin ramai yang sedar akan hal ini dan semakin mengecil kalangan yang masih percaya kepada paradok lapuk yang telah dibuat olih BN .ingatlah bahawa anda akan jadi orang yang terpinggir dari arus perubahan ini
jadi inilah masanya untuk berubah.jangan salahkan sesiapa
dek terlalu memikir dan membuata andaian. kekuatan sebenar pengurusan bukan terletak berapa kali seminggu mereka bermusyuarat tetapi pada kejujuran dan keikhlas melakukan kerja.janga terlalu ikut buku itu stail penjajah.tetapi sering bersedia untuk plan b

mr don said...

masalah nya bkn tiada dlm 22juta rakyat malaysia nih tiada yg boleh memerintah....tetapi dlm 22 juta rakyat malaysia nih siapa yg paling berkualiti utk memerintah....sy penyokong BN....tetapi melihat keadaan sekarang dgn ketidak tentuan dlm kerajaan BN....sy tiada masalah utk menyokong pembangkang....minded sebegini yg perlu kita terapkan....minded penduduk2 negara maju seperti di barat....tetapi mereka dibarat contoh nya mempunyai alternatif utk menukar pemimpin kerana pembangkang mereka juga meyakin kan....pembangkang di Malaysia nih byk ckp x serupa bikin jer....aduh dgn kerajaan BN yg semakin mangarut nmpk nya terpaksa melihat Malaysia semakin karam dtgh lautan

Anonymous said...

PEMBANGKANG BANYAK CKP TAK SERUPA BIKIN
satu lagi andaian dalam paradok lapuk yang masih menghantui anda
manusia berubah maka ikutlah perubahan ini sekiranya anda tidak mahu jdia orang yang terpinggir

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia