Sunday, November 25, 2007

Saya pantang dicabar

Setelah anak menantu dia berucap penggulungan di Perhimpunan Pemuda UMNO dan meminta Polis menangkap mereka yang terlibat dalam perhimpunan halal yang diharamkan pada 10hb November 2007, Abdullah Hj Ahmad pula melanjutkan dalam ucapan penggulungan di dalam Perhimpunan Agung UMNO dengan mengatakan bahawa “Saya pantang di cabar”.

Jika dia berkata “Undang-undang jangan dicabar” mungkin sesuai kerana yang melaksanakan undang-undang diluluskan oleh Parlimen kebiasaan banyak dibebankan kepada Polis terutama undang-undang yang ada kaitan jenayah, ketenteraman awam dan keselamatan Negara.

Inilah yang menjadi asas sehingga seorang Duta Pertubuhan Ekonomi Eropah bercakap dengan beraninya bahawa Malaysia sebuah negara yang diperintah oleh undang-undang Darurat dan masih dalam Darurat.

Kerana kurang cekapnya sama ada penasihat JPM atau penasihat keselamatan yang sepatutnya menasihatkan Abdullah Hj Ahmad supaya jangan bercakap soal apa-apa akan Perhimpunan halal yang diharamkan oleh Polis di dalam Perhimpunan Agung UMNO, supaya Polis boleh bertindak atas undang-undang yang melindungi dia bertindak. Maka bila dia bercakap dengan nada “Saya pantang di cabar” menjadi tindakan Polis pada masa Perhimpunan halal yang diharamkan itu sudah tidak profesional kerana Polis sudah mengikut arahan orang politik atau Perhimpunan Agung UMNO yang terdiri dari anak menantu dan bapak mentua. Dan ini bukan yang dimaksudkan oleh Tun Razak bila mengujudkan Dasar Parti Menguasai Kerajaan.

Maka berkata setengah pihak bahawa Perhimpunan, Demonstrasi atau Tunjuk Perasaan itu bukan budaya kita. Memang benar bahawa semuanya itu bukan budaya kita tetapi budaya manusia sejagat dari asalnya Adam menduduki planet bumi ini. Tidak ada satu bangsa ini yang mengambil hak milik atau mendaftarkan sebagai harta intelek perhimpunan, demonstrasi dan tunjuk perasaan sebagai kebudayaan mereka.

Dalam Sejarah Melayu Moden dan dimulakan oleh Frank Swettenham, telah memperakui bahawa orang Melayu mempunyai sikap tunjuk perasaan dan segi kaca mata Frank Swettenham bahawa tunjukkan perasaan orang Melayu dimulakan secara perseorangan yang di kenali “amuk” yang dari segi mitos dimulakan oleh Hang Jebat bagi membela Hang Tuah yang dihukum bunuh oleh Sultan kerana fitnah ada hubungan sulit dengan gundik raja.

Kemudian banyaklah tunjuk perasaan dan demonstrasi orang Melayu yang berakhir dengan kekerasan dan peperangan, Perang Saudara di Selangor, Pemberontakan Dato Bahaman di Pahang, Peristiwa Tok Janggut di Kelantan dan Rahman Limbong di Terengganu dan banyak lagi peristiwa-peristiwa Perhimpunan, Demonstrasi dan tunjuk perasaan sampailah ke penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union. Bukankah ini sudah menjadi satu budaya di Malaysia . Cerdik pandai di IPTA/S yang belajar Sejarah, Kebudayaan dan Sains Sosial sesuai membuat tutur kepada Menteri Penerangan Malaysia yang tidak pernah melaksanakan “Pembelajaran Sepanjang Hayat”.

Dalam terminologi ilmu politik tunjuk perasaan atau demonstrasi dikenal sebagai satu bentuk penglibatan politik. “analisis sistem politik” yang dipelopori oleh dua orang sarjana sains politik Amerika ia itu Gabriel Almond bersama David Easton telah mengkategorikan demonstrasi sebagai bentuk penglibatan atau penyertaan politik non-konvensional.

Almond hanya membezakan apa yang dipanggil penyertaan politik konvensional hanya seperti membuang undi untuk memenangkan calon parti atau perseorangan, diskusi politik atau berkempen, atau membentuk dan bergabung dalam kelompok kepentingan, seperti tertubuhnya Perikatan dan Barisan Nasional atau juga Barisan Alternatif dan akhirnya berkomunikasi secara individual dengan orang politik termasuk pemegang jawatannya.

Begitu juga terminologi bahawa tunjuk perasaan adalah “demonstrasi protes” dan kalau dipinjam kategori menurut teori Michael C. Hudson dan Charles Lewis Taylor menyatakan bahawa demonstrasi sebagai satu bentuk konflik politik yang paling lembut atau tidak terlampau keras di antara bentuk konflik politik lain yang mungkin terjadi.

Maka bila anak menantu yang kelulusan hebat dan belajar sains politik tidak memahami istilah demonstrasi atau perhimpunan, bagaimana pula bapa mentua yang hanya berkelulusan pengajian Islam setelah gagal dalam pelajaran ekonomi.




Jika dua beranak ini termasuk yang di belakang tabir (pinjam ayat Zainudin Maidin) menjadikan Malaysia sebuah Kerajaan Tiga Beranak memahami demonstrasi atau perhimpunan dari konteks peristilahan itu, maka sebenarnya demonstrasi atau perhimpunan sebenarnya merupakan bentuk keberadaan politik yang sepatutnya dilakukan amalan politik di mana pun.

Malah UMNO sendiri pernah mengaturkan beberapa banyak demonstrasi semenjak 60 tahun kewujudan dia dan pada tahun lepas anak menantu Perdana Menteri mengetuai demonstrasi di hadapan KLCC dalam Mesyuarat Asean, membantah penglibatan Amerika di Lebanon sehingga memaksa ahli-ahli Pemuda UMNO memakai gelang berwarna oren.

Kalau dilihat perbandingan dari segi teori dan falsafah, Eric Hoffer adalah rujukan yang terbaik di mana beliau mengatakan bahawa gerakan demonstrasi atau perhimpunan sebagai gerakan yang dicirikan oleh terbangkitnya kerelaan pada para anggotanya untuk berkorban sampai mati; kecenderungan untuk beraksi secara bersatu padu; dimiliki fanatik, semangat, harapan berapi-api, kebencian, in toleransi, kepercayaan buta dan kesetiaan tunggal.

Menurut Hoffer, gerakan demonstrasi digerakkan oleh kaum kecewa yang fanatik, atau diistilahkan oleh Hoffer sebagai “the true believers”. Dalam konteks inilah demonstrasi atau perhimpunan yang dipanggil sebagai “parlimen jalanan” atau “aktiviti ekstra parlimen”, mengingat sifatnya yang menjalan fungsi pengimbangan kekuasaan dari luar parlimen’

Dan hari ini demonstrasi atau perhimpunan yang dibuat oleh mereka luar dari Parti Pemerintah di anggap sebagai satu ancaman. Bagaimana pun Kerajaan Tiga Beranak kena belajar betul-betul akan apa yang berlaku di Australia , bukan sahaja Parti Pemerintah boleh dikalahkan tetapi yang terpenting Perdana Menteri pun hilang kerusi Parlimen.

Sang Kelembai: Dengan menggunakan dwifungsi Polis sebagai pendukung Abdullah Hj Ahmad, rakyat mesti bersama memberikan kemenangan kepada pembangkang bagi tujuan menumbangkan kerakusan tembolok Abdullah Hj Ahmad dan keluarganya. Jangan fikir soal mencukupi UMNO ini sebagai Parti orang Melayu tetapi sebenarnya fahamilah seperti dialog filem Ringgit Kesorga; Siapa yang bahagia? Dia dan keluarganya! Melayu melopong.

10 comments:

Anonymous said...

Either we heard it wrong or he fumbled. It was actually " Saya batang dicabar".

Anonymous said...

Ulasan yg baik, malangnya masih ramai yg memilih media barua kerajaan sebagai info mereka menyebabkan mereka ni benar-benar dungu. Saya pantang dicabar...utk berpoya-poya...

Anonymous said...

Pemuda UMNO patut buat perhimpunan menyerahkan memorandum untuk keluarkan Hindu dari bumi Malaysia. Biar tinggal Bangsa Cina dan Melayu sahaja.

Anonymous said...

A'kum,saya terpanggil dan percaya kesabaran ada tahapnya.Apalah kekayaan kalau kita menindas sesama bangsa sendiri.Mengapa soalan sedemikian?Tanya KAMAL BADAWI,IBRAHIM BADAWI,LEELA ALI,NONI MAHMUD,cukuplah mereka pasti kenal saya!Mau saya bongkarkan!Saya bukan kaki bodek juga ampu!Mereka2 ni tau perangai saya.MALU nanti satu MALAYA!Sang Kelembai hope you contact me as soon as possible via Rosli Mohammad,dia kenal saya,anak buah Tok Din.WANkocik.

PenangPenang said...

Diak-ni nak kata, "Beta pantang dicabar," tapi nasib baiknya tak terlanjur. Diak-ni lupa diak-ni wakil rakyat, bukan pemerintah by birth right. Kalau orang tak undi dia, esuk dia pi kerja dgn anaknya, syer Scomi terus terjunam, kapalterbang Tentera Udara No.1 tak bolegh guna lagi.

Anonymous said...

Saudara SK,
Pada pendapat saya pihak keselamatan telah `Terlalu Overreacted' terhadap demontrasi yg lepas Bersih dan Hindraf. Kesesakan lalu lintas yang tidak sepatutnya. Apa yang digusarkan kerana pada pendapat saya acara penyerahan memorandum itu tidak memudaratkan keselamatan negara langsung. Sebaliknya Reformasi lebih mencabar dan mengancam keselamatan puntidak ada tindakbalas sedemikian oleh anggota keselamatan.
Berikan sahaja permit berhimpun kepada penganjur di Stadium Merdeka ke, Bukit Jalil ke, atau di Stadium Negara dan suruh penganjur bayar apa-apa fee sewa. Kemudian sediakan pengangkutan khas untuk mereka serahkan Memorandum habis cerita. Ini tidak, tindakan di ambil seolah-olah benar-benar akan berlaku malapetaka.
Memang benar demontrasi jalanan bukan budaya bangsa kita tetapi melihat kepada trend yang ada sekarang, rakyat semakin bersimpati kepada mereka.
Ulasan PakLah bahawa rakyat mempunyai ruang untuk mengemukakan pandangan di peti undi memanglah tidak dapat diterima. Seolah-olah kalau hendak bercakap erlu melalui pilihanraya atau menjadi wakil rakyat.
Kita masih ingat Demontrasi oleh KJ di KLCC semasa kedatangan Setiausaha Negara Amerika lebih ganas dan memalukan negara dan kita mengutarakan permasalahan negara luar. Kenapa dibenarkan demontrasi sedemikian. Kalau hendak dibendung - Bendung semua dan bukannya secara terpilih.
Jangan Jaga Tepi Kain Orang kalau Kain Sendiri tidak mahu diselak. KJ boleh menyertai demontrasi bersama pendatang asing di Kedutaan Myanmar menuntut hak orang Myanmar tetapi menyelar rakyat Malaysia yang menuntut hak mereka secara aman. Bodoh punya orang. Bangsat.

Anonymous said...

Now he was cabar-ed by 30,000 Malaysian youths, despite warnings after warnings. He allowed police to use violence against otherwise peaceful demonstration. To keep 30,000 people peacefully when police reacted mindlessly, I would say Hindraf had won a moral battle. As a Malaysian Chinese, I salute our Indian brothers!

Anonymous said...

Pak Lah cakap "Saya pantang dicabar". Tapi cuba kita perhatikan, dulu-dulu Pak Lah tak ada pulak cakap kasar macam ni. Tapi setelah berbini nombor dua ni, tiba-tiba anginnya naik. Sebenarnya Pak Lah nak menunjuk depan bini dia je bahawa dia ni orang yang kuat dan "power". Kerana bini dia pun tak selera tengok Pak Lah kerana Pak Lah ni dah macam silembik tak cukup makan jalan pun tak larat.

Zhariff said...

We all know of the blatant human rights violations that had erupted in Burma. Monks and people alike, going to the streets, fighting for basic rights for freedom and integrity of life against the oppressive forces of their military government, the Junta. Sadly enough though, many of these freedom fighters have either have now been jailed, beaten and battered, or worse still probably dead (Hitke, 2007). In some sense, it did make me feel very lucky coming from a country with peace, prosperity, and tolerance. Malaysia, the country that I have loved and cared for, my motherland, such happy days have we had so far.

Throughout this 25 plus years that I have lived, all that I have known is that this peace and prosperity that I have gone so accustomed to, was due to the oh so stable government of Malaysia... ie. UMNO+MCA+MIC+All the rest of the components of my beloved Barisan Nasional. Within their reigns, i truly believed that Malaysia was one of those countries that people could live with somewhat "equal" opportunities, be able to express themselves freely, and live in a sort of harmony. Call me naive, but I really can't think of another country that embraces differences in ethnicity, culture, and way of life such as Malaysia has. Of course I was not naive enough to believe in "total" harmony or equality, but at least I thought the amount of control the government had on us was just the right amount of balance to keep us afloat amongst this crazy world that we live in.

I really hope I'm not jumping the gun here, but this sense of pride and love of what Malaysia has stood for is sadly diminishing. It’s neither the people nor the country that is rocking my boat of faith, but my "beloved" government that I have so far strongly advocated for, that is slowly but surely shaking my beliefs. Various dubious cases involving political and public servants on corruption and other crimes (The Star, 2007), masked racial isolation and segregation, the ever excessive spending of the rakyat’s (citizen’s) money for stupid and wasteful “projects”, the pathetic state of our judiciary and lack of, or even non existent judicial independence, blatant infringement of basic rights to voice out opinions that may differ or oppose the government (RPK, 2007), and the ever dodgy over bureaucratic and inefficient governmental departments and officials are but a few reasons why my discontents has emerged.

Its funny how being away overseas allows you to get a widening perspective of your own motherland. So often enough, contrasting images of our beautiful nation is portrayed to the world. A country of peace and stability, of multiculture and multi ethnic, a somewhat moderate Islamic nation, and a thriving economic state. On the flipside, Malaysia has also been portrayed as a covertly racist country and extremely corrupted within its bureaucracy. I find time and time again, many of my foreign friends besiege me with queries on how life in Malaysia really is. Though I have more than often been quite defensive in ensuring the good name of our country is upheld, I slowly understand the Jackal and Hyde image that have been viewed of Malaysia.

Recently, an Iraqi friend of mine visited my house in Gold Coast. A few more uni friends whom were Malaysian were also there with two of their other Malaysian pals visiting GC on holiday. My Iraqi mate was absolutely bewildered on how different each of us looked. Neither of us apparently shared much physical similarities. He was truly amazed by such diversity.

This of course was not the first time I’ve seen this kinda reaction. And every time this happens, it never fails to put a little smile inside me. However, as often as this internal smile that gleems inside, a frown of discontent and displeasure also often creeps when I see footages of krisses being swung around, hearing chameleon speeches from our leaders about upholding and protecting a specific race “rights”. I find it both disheartening and embarrassed that various past academic research has used Malaysia within the paradigm of implicit prejudice and discrimination.

The recent Nov 10th demonstration for fair elections was another blemish on how silly our government responds to opposing stands. What started and was intended to be a peaceful march, ended in quite a catastrophe as hundreds if not thousands of demonstrators armed to the teeth with their deadly banners and loud speakers were bamboozled with water canons and tear gas. I can tell you from personal experience, water canons and tear gas though not lethal, has an extremely unpleasant affect… to say the least. Can you imagine the ordeal these pak cik and mak ciks, atuks and neneks, those little kids who tagged along, and all our fellow Malaysian brothers and sisters whom just wanted to voice their demands for a fair reformed election. Its not like they were demonstrating to overthrow the government or anything like that. And what did our PM have to say about it? It was something in lines of the government always maintains to ensure stability… blabla… stay away… when something like this happens of course they’ll be some unhappy… demonstrators were warned it was an illegal rally… and organizers should have gotten a permit… and street demonstrations is not the right way… or Malaysian way… and more blablabla (I’ll try and get a direct quote soon). Can you believe how smugged that response sounded?

I guess he wasn’t aware that organizers had repeatedly applied for a permit… with no avail of course. And what reasons were given for each of the rejections? Maybe somebody can tell me coz I sure don’t. And to say street demonstrations not being the Malaysian way of voicing out discontent. What is the Malaysian way then, to angguk angguk and be passive recipients up the bunk hole? Or the ever famous using the ballot tag line? Throughout different generations and in most corners of this planet, demonstrations have been used to show a viewpoint of either positive or negative regarding a public issue, especially relating to a perceived grievance or social injustice. So is he implying that he disagrees with the Burmese demonstrations too? And what of the mass rallies in fighting for the independence of our nation against the Malay union during the 50s? So historically, culturally, and normatively, our PM has implied that street demos is un-Malaysian…

Well I’m not a happy camper at the moment obviously… but keeping these babbles from a psych student short…hahahahha…. And if I may say so… Stability of power does not equate to absolute power…

http://zzhariff.blogs.friendster.com/if_i_may_say_so/

Anonymous said...

hiii malaysiaku yg tercinta!!!!!!
ada komen kat atas tue menyuruh "pemuda berhimpun dan serahkan memorandum tuk kluarkan hindu dr bumi malaysia!" jgn lupa merekalah yg duk kat estate n bg kita makan 1 ketika dulu! salah 1 kaum yg menyumbang tuk ekonomi kita selain dr kaum melayu dan cina! jgn mudah lupa kawan! yg menunjuk ajar pun org BN mcm beruk tue hah! ko suruh diorg kluar dr negara lagi elok! memalukan seluruh rakyat malaysia dgn perangai budak2! kata kita ni budi bahasa tp budi diorg pun tak kemana dgn bahasa pon taktau kemana! otak ada tp serupa takda! ko suka sgt k bila kita ni dipanggil beruk! klau nak menurut kata diorg seperti pak turut takpayalah kita nak undi beruk2 tue, buang masa aja! yg heran pak ni kata "saya pantang dicabar" kepada keseluruhan rakyat yg berjuta! ingat polis n tentera brapa ramai yg bole kawal seluruh rakyat pak? sebelum ckp tue ambik calculator n kira dulu! belum tentu keseluruhan pihak berkuasa ni nak sokong kerajaan pak! jgn lupa pihak berkuasa pon rakyat jgk! PEACE to ALL....

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia