Sunday, February 17, 2008

Pilihan raya atau Referendum 2

Dewan Rakyat dibubarkan dalam keadaan tidak ada keperluan apa-apa yang mendesak selain kepentingan politik Abdullah Hj Ahmad untuk terus berkuasa dalam kerajaan tiga beranaknya, walau dia sebenarnya beliau masih boleh mengekal kuasa sehingga bulan September 2009.

Di sini kelemahan sistem demokrasi melalui sistem Parlimen yang di anuti sebagai sistem mengujudkan kerajaan Parlimen Monarki di Malaysia. Dengan kelemahan Yang di Pertuan Agung yang tidak memahami kuasa-kuasanya yang ditulis oleh Perlembagaan Persekutuan terus menambah senak sistem yang wujud

Pihak British dan Suruhanjaya Reid yang memandu draf Perlembagaan Malaysia untuk sebuah negara yang bakal Merdeka dahulu dengan menelusuri sejarah dan riwayat Tanah Melayu mungkin terlalu futuristik bila memasukan kuasa-kuasa Yang Di Pertuan Agong adalah muktamad bagi membubarkan Dewan Rakyat dan bukan seperti kata pelajar oxford yang tidak memahami Perlembagaan bahawa pembubaran Dewan Rakyat adalah kuasa mutlak Perdana Menteri yang juga bapa mentuanya.

Tujuan kuasa mutlak Yang Di Pertuan Agong dalam bidang kuasa pembubaran diberikan kepadanya mungkin bertujuan supaya jangan seperti yang berlaku hari ini, belum lagi mencukupi hayat lima tahun atau lagi enam bulan habis tempohnya dengan tiba-tiba di adakan Pilihan raya Umum atas kehendak seorang individu Politik yang bernama “Saya Perdana Menteri” dan bukannya desakan rakyat yang menuntutnya supaya kuasa “Saya Perdana Menteri” dalam Kerajaan Tiga Beranak di serahkan semula kepada rakyat. Ini disebabkan kita terikut dengan apa yang selalu dikatakan bahawa Yang Di Pertuan Agung hendaklah bertindak di atas nasihat walau pun Perlembagaan Persekutuan telah meletakan beberapa perkara yang memberi kuasanya sepenuh Pemerintahan Persekutuan ditanganinya.

Dan SPR akan berbelanja sejumlah RM200juta untuk mengendalikan sejumlah 222 kawasan Parlimen, dan memberi makna setiap kawasan Dewan Rakyat termasuk yang ada Dewan Negeri, SPR berbelanja hampir RM1 juta atau puratanya dalam kos sejumlah RM700 ribu. Ini memberi pengertian bahawa kos menghantar seorang wakil rakyat sudah terlalu mahal sama dengan kos kehidupan sekarang. Rakyat perlu berfikir panjang dengan wang sebanyak itu dibelanjakan oleh SPR, adakah dia hendak mensia-siakan hak memilih yang diberikan kepadanya kerana wang itu sendiri datangnya dari pembayaran perbagai cukai atau sekurang-kurang cukai rokok yang dihisapnya.

Abdullah Hj Ahmad dari segi hukum akal dan pandangan orang yang siuman tidak perlu untuk mengadakan PRU yang mengejut dan setahun lebih awal. Tetapi jika melihat repot kad "Saya Perdana Menteri" selama empat tahun ini dan sudah diketahui satu Malaya bahawa dia bergantung kepada anak dan menantu mentadbirkan negara ini yang sekarang lebih dikenali "The Invibsible Government" dalam Kerajaan Tiga Beranak, maka tindakan takut kehilangan kuasa jika semua tindakan ke hadapan ini akan menyebabkan rakyat menolaknya dalam PRU yang akan datang.

Apakah tindakan masa depannya? Ialah dengan tidak lagi menggunakan wang ringgit dalam nilai juta sebaliknya menggunakan perkataan bilion dalam setiap projek pembangunan yang diumumkan. Dan bilion yang menjadi hasil bukanya dari usaha hasil yang dicari tetapi sebilangan besar dari sumber alam dan khasnya minyak. Dan harga minyak yang ada sekarang mengurangkan hasil kepada Kerajaan kerana hasil yang tak masuk ke dalam Perbendaharaan itu dipanggil subsidi, maka ada keperluan untuk menaikkan harga minyak bagi menampung hidup yang bergaya Abdullah Hj Ahmad sebagai “Saya Perdana Menteri”.

Maka PRU ini boleh dikira sebagai satu PRU Referendum, walau pun kebiasaan Referendum dibuat untuk tujuan satu-satu cadangan Kerajaan khasnya dalam isu cadangan Perlembagaan yang meminta kelulusan rakyat atau warga negara bersetuju atau tidak.

Referendum yang meminta kelulusan yang terutama sekali adalah sistem “check and balance” yang menjadi tunggak pemerintahan ini sudah boleh dirogol oleh “Saya Perdana Menteri” kerana dia hendak menjadi seorang yang tidak punya kuasa terbatas sebalik tanpa batas, maka dia juga mahu dikira sebagai Perdana Menteri yang memecah sistem itu di Malaysia.

Ini telah dibuktikan bahawa menahan pihak Polis khasnya di Bahagian Jenayah perdagangan mengambil tindakan kepada anak menantu yang bernama Khairy Jamalludin yang dilihat dari undang-undangnya sudah melanggar akta Bank yang dikenali Bafia bila menerima saham-saham ECM Libra dalam perancangan hendak disenaraikan.

Begitu juga campur tangannya dalam beberapa kes undang-undang termasuk menahan BPR dari mengambil tindakan kepada Menteri-menteri yang didapati rasuah dan anehnya kes itu telah dipersetujui oleh pendahulunya supaya diambil tindakan dan akhirnya menjadi kelakar bila BPR lebih laju pergi berjumpa Nik Aziz Nik Mat yang bercakap masalah dia pernah ditawarkan rasuah daripada dia pergi jumpa Dr Mahathir Mohamad supaya membuktikan bahawa dia pernah meluluskan tindakan kepada Menteri nya.

Itu belum termasuk lagi campur tangan sebagai eksekutif yang meminta “judiciary” menarik balik tuduhan kepada penunjuk perasaan di bawah tuduhan cubaan membunuh penjawat awam. Dan juga penghinaan kepada legislatif bila menghina keputusan Parlimen tidak bersetuju ladang Tabung Haji disenaraikan sebaliknya dia mengambil keputusan meluluskan juga atas sifat “Saya Perdana Menteri” dan satu agak serius undang-undang Islam wilayah persekutuan sudah diluluskan oleh kedua dewan legislatif dan sudah di tanda tangan oleh Yang Di Pertuan Agung tapi tidak boleh diguna pakai.

Maka Referendum yang pertama dalam PRU yang diminta oleh Abdullah Hj Ahmad kepada Rakyat ialah setuju atau tidak bahawa sistem pengasingan kuasa di Malaysia ini kalau tidak dihapuskan tetapi segi amalan kesemuanya adalah kepada saya dan anak dan menantu sahaja. Kalau setuju sokong Barisan Nasional kalau tidak sokong parti pembangkang yang terdiri dari PAS, DAP dan PKR.

Bersambung lagi

Sang Kelembai: Selepas hakim mahkamah syariah di Perak boleh terima rasuah, orang yang tahu hukum agama, kemudian Mokhtar Sidin seorang Hakim yang berbangsa Melayu dan beragama Islam juga boleh menerima rasuah. Siapa Abdullah Hj Ahmad yang di anggap cucu ulama dan anak tokoh agama itu yang tangannya sambil berjalan meraba perempuan.

5 comments:

Anonymous said...

Tuan Zaharin,

Parlimen dibubar setahun lebih awal kerana sekarang masanya amat sesuai pada pemikiran AAB. Ini kerana beliau baru selesai melancarkan semua koridor-koridor di seluruh Malaysia. Rakyat Malaysia akan terpegun dan kagum dengan pelancaran semua koridor-koridor tersebut kecuali hanya segelintir rakyat Malaysia yang tahu siapakah yang akan mendapat faedah daripadanya.

AAB dan kerajaan juga boleh sewenang-wenangnya menaikkan harga petrol dan gas selepas selesa dengan kemenangan besar BN nanti. Rakyat akan merungut tetapi nasi sudah menjadi bubur, nak buat apa lagi...terima saja!!!

Jadi sebelum lebih banyak mala petaka yang akan kita hadapi selepas PRU kali, eloklah sebagai pengundi dan rakyat yang bijak, buatlah pilihan yang bijak pada 8 Mac 2008 nanti.

Walaupun pelbagai habuan dan sumbangan disalurkan kepada rakyat, ianya hanya sebagai memancing undi. Sepatutnya ianya dilakukan sepanjang masa bukannya bila hampir dengan PRU baru semuanya hendak dilaburkan. Rakyat harus buka mata melihat semua ini dari sudut yang lebih positif. Kita yang undi calun/parti, semestinya mereka menghargai jasa kita bukan menekan kita.

Rakyat dan pengundi harus berani bertindak dan nafikan 2/3 majoriti BN di Parlimen dan di beberapa buah negeri agar mereka tahu bahawa rakyat/pengundi bukan mudah hendak digula-gulakan. "Orang bagi kita ambil, tapi undi hak kita, kita berhak membuat keputusannya.

Zulkifli Noordin said...

Masa untuk aksi....jom buat perubahan untuk menidakkan kerajaan tiga beranak...

http://zul4kulim.blogspot.com/

Anonymous said...

Jika BN menang...maka banyaklah lagi barangan keperluan rakyat yang akan naik harganya, memandang kerajaan telah membelanjakan berjuta-jutaan dalam PRU kali ini. Kalau benar Pak Lah ada 6 bulan lagi nak bubarkan parlimen, kenapa ambil tindakan tergesa-gesa? Takut, terancam atau terdesak? Mungkin juga ada segelintir rakyat yang terlalu mendesak dlm hal ini. Ataupun Pak Lah dan konco-konconya nak tunjuk bahawa beliau masih disayangi rakyat jelata walhal pada hakikatnya kepincangan dalam pentadbiran negara amat kritikal. Apa yang pembangkang dapat sekiranya gagal kali ini? Tapi yang penting sekali, selain daripada hak mengundi, apakah yang rakyat dapat? Janji-janji kerajaan menyalurkan berjuta-juta dolar kepada rakyat, darimana datang 'juta-juta' tu?

the indie story said...

Salam Saudara Zaharin,

Dengan izin Tuan Punya Blog.

Kepada para pengunjung Blog yang ingin melihat foto-foto hakmilik peribadi "KEMPEN DIHARI PENAMAAN CALON BAGI PARLIMEN TITIWANGSA, WILAYAH PERSEKUTUAN, KL." boleh masuk ke blog saya tanpa sekatan.

Pertembungan diantara BA yg diwakili PAS dan BN diwakili pelh UMNO. Pelbagai aksi foto menarik boleh dilihat diblog ini. Dan pihak kami akan terus 'upload' foto-foto disekitar kempen pilihanraya ke 12, 2008 dari masa ke semasa. Insha'allah.

Bagi Parlimen Titiwangsa, PAS mecalonkan tokoh muslimat yang dikenali ramai iaitu Dr. Lo'Lo' Mohd Ghazali 51. Manakala BN, pula diwakili oleh Dato' Aziz Jamaludin Mohd Tahir 54. Tempat Pencalonan Sekolah MenengaH Aminudin Baki.

Pada hari penamaan calon semalam suasana agak meriah, dan tiada ketegangan berlaku.

Wassalam.

http://theindiestory.blogspot.com

ロハンジェプさん said...

sesuatu yang amat dinantikan oleh setiap masyarakat yang tidak tahu mengenai poltik pada keseluruhannya, PRU ke12 merupakan suatu yang telah dirancang, bagaimana Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang dilaungkan membolehkan penipuan dilakukan dalam PRU...seganas-ganas Amerika, Election mereka lebih telus berbanding Malaysia.

Politik dapat dibincangkan dengan senang tanpa pengetahuan, wang ringgit menjadi taruhan, Islam diketepikan, mahu mencari alghazali dan assyafie, sedangkan hukum hakam Islam dibiarkan....inilah pemimpin yang dibanggakan..kerajaan BN yang banyak menghabiskan wang rakyat....

Wang ringgit banyak ditaburkan dalam PRU, biasiswa bagi pelajar digantikan dengan PTPTN, mengapah masih terdapat rakyat Malaysia yang banggang dalam memilih pemimpin?

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia