Monday, May 26, 2008

Hishamuddin Kontra Revolusioner

Dalam keadaan UMNO yang lintang pukang sekarang, salah menyalah sama sendiri atas kekalahan UMNO/BN dalam PRU ke 12, dan Presiden UMNOnya yang bernama Abdullah Hj Ahmad yang juga “Saya Perdana Menteri” dan “Saya masih di sini” sibuk ke hulu ke hilir bukan untuk memperkuatkan UMNO tetapi untuk memperkuat kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri dengan tiba-tiba keluar satu kenyataan dari Ketua Pemuda, Hishamuddin Hussein seperti berikut:

Menurutnya, pertamanya beliau akan meminta pemimpin Umno melihat apa manfaat yang bakal diperoleh apabila Mohamad Ezam masuk semula ke dalam Umno, kedua setakat mana keikhlasannya untuk berjuang bersama Umno dan ketiga apa peranan beliau apabila diterima masuk Umno;

Itu lanjutan khabar-khabar angin akan masuknya semula Ezam Mohd Nor, bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan yang terpaksa mengikut boss nya Anwar Ibrahim yang dipecat dari UMNO di tahun 1998 kerana semasa itu berliau adalah Setiausaha Politiknya.

Dalam keadaan UMNO bertambah lemah dan Abdullah Hj Ahmad yang juga seorang Imam Besar Islam Hadhari-ada had dan ada hari,satu fahaman yang bukan agama tetapi mempersendakan Islam di mana Imam dibolehkan meraba mana-mana perempuan tidak kisah dia isteri orang atau tidak sehingga terikut oleh seorang bekas Menterinya.

Dan terbaharu ialah memasukan seberapa banyak kalangan Menteri kabinet dan penasihatnya yang boleh dikira sebagai “penagih arak tegar” atau kaki botol kata peribahasa Melayu seperti Zaid Ibrahim, yang dilantik kerana menjadi Menteri disebabkan tukang draf undang-undang WPI-Wilayah Pembangunan Iskandar atau sekarang dikenali Iskandar Malaysia yang kawasan ini bakal menerima nasib yang sama dengan Batu Putih dalam 100 tahun lagi.

Dan antara yang punya rekod penagih arak sama ada tegar atau tidak ialah Hishammudin Hussein, di mana gambar-gambar terdapat dalam Internet memperlihatkan dia sedang bersuka ria dengan tin-tin arak yang tidak pernah dinafikannya.

Selepas kenyataan dia yang kontroversi yang tidak dipedulikan di mana dia mengatakan bahawa pemberhentian ahli UMNO oleh Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai tidak bertanggung jawab, tanpa dia sedari bahawa datuknya sendiri lagi tidak bertanggung jawab bila mana meninggalkan Umno dalam keadaan tidak ketentuan dan hanya UMNO bernasib baik kerana ada usaha di kalangan mereka yang tinggal mencari tokoh lain seperti Tunku Abd Rahman Putra dan Abd Razak Hussein.
Begitu juga bapaknya, Hussein Onn, adakah peletakan jawatan secara mengejut Hussein Onn sebelum Perhimpunan Agong 1981 sebagai bertanggung jawab? Jika bapaknya tidak meletakan jawatan lebih awal dan menunggu selepas pemilihan 1981 dan meletakan jawatan kemudian Tun Dr Mahathir Mohamed tidak boleh mengelak untuk melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Timbalan Perdana Menteri seperti mana persetujuan semasa perbincangan Hussein Onn dengan kesemua tiga Naib Presiden bila menyampaikan hasrat untuk meletakan jawatan.

Hari ini UMNO tidak seperti dulu, dia kehilangan banyak kerusi Parlimen dan kehilangan lima negeri campur satu negeri. Tetapi pemimpin UMNO macam Hishamuddin Hussein yang diangkat dalam piring emas oleh Tun Dr Mahathir Mohamed, bila mana Abd Ghani Othman terpaksa menyokong secara terbuka akan dia untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang dan menafikan tokoh muda yang sudah berjuang hampir 12 tahun dalam bahagian itu dan pernah menjadi EXCO pemuda UMNO Malaysia.

Dan seterusnya Hishammuddin Hussein di mana diberi kawasan selamat, di mana tidak ada seorang pun saudaranya maranya termasuk orang-orang keturunan Turki tinggal di kawasan Parlimen Tenggara dan seterusnya dilantik menjadi Setiausaha Parlimen.

Itu sejarah Hishammuddin Hussein, dengan tindakan pengecutnya yang menjurus dia mesti bertanggung jawab menggadai maruah Melayu bila dengan angkuhnya memohon maaf akan perbuatan menjulang Keris dengan kaum-kaum lain. Soalnya bukan soal keris itu soal UMNO tetapi Keris itu soal Melayu.

Jika dia boleh memohon maaf dengan alasan kepercayaan pengundi bukan Melayu khasnya orang Cina tidak mengundi calon UMNO dan Barisan Nasional kerana soal itu. Dia sudah tidak layak menjadi Menteri Pelajaran kerana terlalu rendah taraf berfikirnya, kerana pertanyaan yang sama juga perlu disoalkan kepada orang Melayu yang menolak calon UMNO yang kawasan itu 100% orang Melayu yang datang dari satu bangsanya dan satu agamanya. Adakah kerana keris itu? Mereka menolak calon UMNO.

Sekarang keadaan UMNO dalam kecemasan dan hampir lemas, jika ada sehelai daun pun tempat bergayut, UMNO perlu menggunakan daun itu, tetapi itu tidak kepada Hishamuddin Hussein. Bagaimana dia boleh menyoal sama ada mana manfaat atau tidak Ezam Mohd Nor masuk UMNO, adakah dia sendiri selaku Ketua Pemuda UMNO sudah memberi manfaat kepada UMNO? Kalau ditanya jawapannya tidak. Sepatut Hishamuddin Hussein yang perlu keluar UMNO kerana dia sudah tidak ada manfaat lagi dengan UMNO.

Begitu juga, apa haknya untuk dia bertanya dengan setiap orang yang hendak masuk UMNO dalam soal ikhlas berjuang atau tidak. Adakah ikhlas Hishammudin Hussein berjuang UMNO kalau tidak diberi jawatan Menteri? Bagaimana kah ukuran ikhlas, adalah dengan mengamalkan rasuah itu pertanda Ikhlas? Bukan soal ikhlas soal pahala, segala bergantung kepada Allah yang satu. Manusia tidak berhak untuk bertanya keikhlasan seseorang.

Dan akhirnya satu soalan bertaraf lawak yang dimajukan oleh Hishamuddin Hussein yang juga ahli Kelab Penagih Arak dalam kabinet Islam Hadhari kepada Ezam Mohd Nor ialah apa peranan Ezam dalam UMNO. Satu soalan yang paling bodoh bagi seorang yang bertaraf Menteri Pelajaran. Bukankah peranan seorang itu yang paling rendah ialah menyokong organisasinya. Jika Ezam menyertai UMNO bererti dia sudah menyokong perjuangan UMNO dan di situlah peranan dia yang terpenting dan kemudiannya dia hendak jadi apa dalam UMNO itu soal yang ke sepuluh.

Dalam bidang ilmu sains politik yang dibawa oleh Jack Snyder telah pernah menyebut akan terdapatnya sikap nasionalisme sebagai satu faktor yang boleh mengganggu proses demokrasi. Dan kebiasaannya mengikut pendapat Jack Snyder terdapat empat nasionalis yang akan terjadi.

Dalam empat perkara nasionalis yang dikatakan mengandungi etnik, warganegara, revolusioner dan kontra revolusioner. Di Malaysia UMNO sudah lagi tidak relevan untuk berjuang dalam konsep nasionalis etnik kerana dalam PRU yang baru lalu Nasionalis Warganegara dan Nasionalis Revolusioner telah mengambil tempat dalam Nasionalis Melayu yang diperjuangkan UMNO kerana beberapa kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO seperti Hshamuddin Hussein sendiri.

Persoalannya sekarang, bila UMNO sendiri sudah mulai hendak menukar nasionalis yang berbentuk yang bercorak Melayu yang menguntungkan segelintir Melayu walau pun Nasionalis Etnik Melayu menganggap bahawa mereka punya hak untuk menguasai negara dan kegiatan perniagaan. dengan tiba-tiba pemimpin Pemudanya mengamalkan apa yang dipanggil Nasionalis Kontra-Revolusioner.

Dalam keadaan Nasionalis Warganegara dan Nasionalis Revolusioner telah berjaya dalam PRU ke 12 melaksanakan sebuah perubahan politik yang melahirkan sebuah rejim baru yang lebih baik dari rejim yang didukung oleh UMNO dengan tiba-tiba Hishamuddin Hussein bertindak sebagai seorang Nasionalis Kontra-Revolusiner yang cuba mempertahankan satu sistem yang tidak berubah di dalam Kerajaan dan UMNO.

Contoh pemegang saham nasionalis kontra - revolusioner ialah ahli Majlis Tertinggi UMNO sekarang yang anti Nasionalis Warganegara dan Revolusioner yang masih hendak mempertahankan Abdullah Hj Ahmad yang dikira oleh mereka dalam UMNO sebagai orang yang boleh dikekalkan untuk melihat keadaan lebih baik dan politik lebih stabil, serta ekonomi yang boleh diharapkan akan berkembang.

Sang Kelembai: Hishamuddin Hussein lebih baik berhenti sahaja jadi ahli UMNO dan bertugas sepenuh masa untuk menjaga kepentingan orang Melayu dalam projek Danga Bay di Johor Bharu, yang semua orang tahu dia ada kepentingan dan tunjukkan orang China sebagai proksi orang yang berkuasa di situ. Apa Melayu dapat dalam projek yang berbilion itu. Jawab dahulu kemudian baru jadi Naib Presiden UMNO atau hendak berpatah balik jadi Ketua Pemuda.

9 comments:

Anonymous said...

Saya tak pastilah betul atau tidak dakwaan2 yang ada tentang kelakuan orang2 umno dalam blog posting ini. Tetapi memandangkan blog ini memang ada sentimen anti-umno pun, saya lebih suka membaca dan memahami sesuatu isu dahulu sebelum memahaminya. Jika benarlah, memang ini bukan sikap pemimpin yang kita mahu dalam apa jua parti poilitk pun, tapi ada kemungkinan juga perangai sebegini ada dalam ahli2 parti lain bukan saje umno.

tapi apa pun, bagus lah kalau ianya dapat dibongkarkan, kalau benar ada gamabr2 tentang hishamuddin dgn tin2 arak tu, apa kata pamerkan kat sini, saya pun nak lihat juga. Tapi kalau setakat cakap je tak ada bukti, saya pun tahu lah apa sebenarnya niat di sebalik blog posting sebegini.

hanya pandangan saya :)

Unknown said...

SETENGAH pemimpin UMNO mempergunakan perjuangan hak orang melayu dan semangat melayu untuk kepentingan diri sendiri......itulah UMNO sekarang......ada HAD ada HARI...yang penting poket sendiri

carcoon

Da Real Deal said...

Hishammuddin jangan mengada-ngada nak membuat komen2 kononnya mewakili rakyat keseluruhan berbangsa Melayu, kerana dianya gagal untuk mempertahankan budaya warisan kita. Kalau itupun dia tidak boleh perjuangkan, jangan cakap tentang benda lain lagi. Mungkin kerana beliau juga pernah menjadi kaki botol, itulah sebabnya akhbar inggeris UMNO yg ada iklan arak dibenarkan dan di taja di sekolah2 untuk anak melayu belajar berbahasa inggeris dan meminum bir.

Ahli2 MKT juga turut di maki kerana tidak berkuasa untuk memaksa suratkhabar tersebut menghentikan iklan itu.

Sang Kelembai, dari hari ini, untuk menyelamatkan UMNO, marilah kita kempen kepada para Perwakilan untuk menolak penyandang2 MKT yang ada dan memberi peluang pula kepada ketua2 dan timbalan2 ketua bahagian yg tiada tempat dalam kerajaan untuk duduk di situ.

Tentang Hisham, kita habiskan riwayat politiknya di dalam parti Melayu UMNO demi untuk perjuangan Bangsa dan Agama. Wasallam.

ketam said...

Satu peristiwa yang paling memalukan orang melayu apabila Hishamuddin minta maaf kerana keris.
Adakah dia dah jadi ikut dunggu macam bos dia?? Keris itu identiti melayu MELAYU. NAmpaknya Hishamuddin ini hanya pandai bercakap tetapi PENGECUT MACAM PONDAN.
Patut la Pakatan Rakyat menang kerana mereka walaupun perangai macam babi menyondol tanpa peraturan tapi mereka beranimacam anak jantan bukan macam Hishamuddin!!

Sekarang Negeri sendiri nak kena gadai ke Singapura pun dia buat tak tahu pasal POKET SENDIRI AKAN PENUH.

Bertaubat lah wahai anak Hussein.

Anonymous said...

Sekiranya benar seorang menteri menjadi penagih arak, eloklah kita pilih penagih dadah jadi PM. Kita proses arak banyak-banyak, kita eksport. BN eksport arak, PR eksport babi.

kuanderas said...

Saudara,
mohon senaraikan peminum arak tegar di dalam Kabinet ini. untuk pengetahuan.

Thanks

Unknown said...

Dasar Anak PEMBESAR yang tidak tahu erti derita berlapar dahaga.Tidak pernah berjalan kaki ke sekolah.Berfikir menurut nafsu dan bercakap untuk kita berbohong.

Rasionalnya semua yang merebut jawatan tertinggi PARTI hanya ingin menjadi KAYA bukan pembela BANGSA.

Kita ketandusan pewaris GHAFAR BABA.UMNO tulin dan ikhlas.

Anonymous said...

Salam,

saya tertarik dengan penulisan saudara mengenai perjuangan UMNO,kita perlu bangun dan kini rakyat begitu meluat dengan segala apa yang dibuat oleh UMNO kerana tidak ada langsung kepentingan pada kaum melayu dan dilihat untuk kepentingan peripadi pemimpin UMNO

mat_terab said...

Nampaknya kedudukan Umno semakin parah...Walaupun Peminpin atasan cuba menafikan kaadaan umno yang parah ini dengan mensansikan kemasukan Ezam ke dalam umno...namun hakikatnya umno tetap bergolak....kemasukan Ezam ke dalam Umno tidak mendapat perkenan beberapa exco pemuda umno sendiri ini di nyatakan sendiri oleh exco pemuda Sazmi Miah dalam malaysiakini hari ini...bukan itu saja Sazmi juga mengatakan satupertiga exco permuda Tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan parti makna nya banyak exco pemuda sendiri yang menentang Pak Lah...ezam juga di katakan akan merebut kerusi ketua pemuda umno jika ada pencalonan.
lebih memeritkan umno Tun M terus menerus berkempen untuk menjatuhkan Pak Lah ke sluruh negara. Kegawatan dalam umno juga di tambah dengan pertelingkahan tiga pemimpin utama umno iaitu dato Zahid Ibrahim, Dato Tajuddin dan Mukhriz...di samping kegagalan umno menyelesaikan masalah negara berkaitan dengan peningkatan harga barang dan minyak, begitu juga isu Pita Limgam yang melibatkan setiauhasa umno Tengku Adnan Mansor yang belum selesai lagi.....semua ini tidak mengambarkan apa yang pemimpin umno katakan umno dalam kaadaan kuat...

Kerajaan Tiga Beranak
Imam Besar Mahzab Islam Hadhari
Solidariti bersama bloggers Malaysia