Kalau ada yang lupa, perlu di peringkatkan bahawa pernah dikatakan oleh George Bernard Shaw bahawa seorang tolol itu lebih berbahaya daripada seorang yang jahat, dan apa yang sangat membimbangkan kita sekarang ini ialah terlalu ramai orang yang tolol merayau-rayau di koridor kuasa di dunia ini.
Perpaduan Melayu kini berada pada tahap paling rendah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini. Katanya ia berlaku kerana orang Melayu kini yang tergolong dalam pelbagai organisasi mempunyai pandangan dan hala tuju yang berbeza-beza.
"Mereka tidak ada hala tuju yang sama arah sepertimana dahulu dan itu menyebabkan banyak organisasi di luar lingkungan kita mula melontar beberapa pandangan yang dulunya relevan tetapi kini tidak relevan lagi umpamanya soal ketuanan Melayu," katanya.
Adakah betul persoalan bahawa perpaduan Melayu sudah tidak ada lagi lenyap dan tidak sebagai dahulu. Apakah sebenarnya perpaduan dari segi Perspektif Menteri yang mempunyai Phd dalam bidang komunikasi itu?
Apakah definisi perpaduan pada Menteri itu? Adakah bila orang Melayu sudah tidak lagi menyokong UMNO dengan sendiri memberi erti bahawa tidak ada perpaduan di kalangan orang Melayu. Agaknya dari segi kaca mata Dr Zahid Hamidi itu kayu pengukur bagi melihat perpaduan Melayu.
Tetapi tidak pula beliau bertanya kepada dirinya sendiri kenapa perpaduan Melayu berada di tahap paling rendah sekarang ini jika dakwaan itu boleh diterima akal?
Kalau dia hendak menjawab pun, dia dan UMNO akan merasa malu sendiri kerana dengan dakwaan itu, akan membenarkan hakikat bahawa UMNO telah gagal walau pun sudah berusia 62 tahun dan Merdeka sudah mencapai tahap 50 tahun dalam usaha membentuk orang Melayu berpadu dalam satu akidah perjuangan yang bernama Ketuanan Melayu.
Maka akan menyusul satu soalan kedua kelak ia itu kenapa gagal?. Jawapan UMNO selama ini tidak pernah memikirkan soal Melayu secara berterusan atau kontinuiti, segala dibuat secara ad hoc dan secara kebetulan bukan sebagai perancangan strategik.
Dasar Ekonomi Baru dirangka kerana setelah 12 tahun Merdeka belum ada perancangan ekonomi yang komprehensif untuk orang Melayu, baru terfikir hendak dibuat sesuatu untuk orang Melayu, baru disedari bahawa sekolah-sekolah kelas penguasa seperti MCKK-Malay Collage Kuala Kangsar tidak banyak membantu bertambah baik nilai orang Melayu dan barulah nak buat Universiti Kebangsaan dan beberapa sekolah menengah yang berprestij untuk rakyat yang datang dari golongan tidak berada dan masyarakat luar bandar.
Sekarang dalam soal pendidikan ada kejayaan dalam mobiliti orang Melayu khasnya produk Institut Teknologi Mara yang sekarang bertaraf Universiti. Alhamdulillahlah Melayu tidak lagi boleh dianggap tolol tetapi masalahnya ialah kerana UMNO secara berterusan sekian lama tanpa menyedari melakukan proses lobotomi kepada orang Melayu atau membodohkan Melayu.
Beberapa pemimpin UMNO menggunakan ungkapan kepentingan Melayu dan ketuanan Melayu bukan berusaha untuk meningkat kemajuan jati diri Melayu dan jika ada usaha pun kemajuan jati diri itu dimulakan kepada dirinya dahulu secara tidak halal dengan rasuah dan tidak amanah, sebelum bangsanya. Maka terjadilah apa yang berlaku sekarang, cerdik pandai Melayu secara senyap membuat protes tidak mahu menerima UMNO sebagai wadah perjuangan mereka lagi.
Mereka melihat bahawa Perpaduan Melayu walau pun dalam komuniti yang kecil seperti berlaku di Kelantan, telah menunjukkan ada kekuatan yang diperjuangkan selaras dengan Ketuanan Melayu. Orang Melayu Kelantan menolak UMNO tetapi menerima dengan senang hati PAS sebagai wadah perpaduan dan ketuanan Melayu.
Oleh itu jika UMNO mengatakan bahawa ketuanan Melayu sudah terhapus, dia melakukan kesilapan yang tidak berfakta. Ketuanan Melayu masih wujud dan terus mara ke hadapan tetapi bukan memakai kapal layar yang pernah karam di tahun 1969 atau kapal UMNO yang terselit di atas lambang dacingnya yang tidak dipakai orang.
Keputusan PRU ke12 jelas menunjukkan bahawa UMNO sudah seperti kapal Titanic yang gah hebatnya tetapi boleh karam hanya sekadar terlanggar “ice berg”. Maka Titanic UMNO sudah pasti akan tenggelam secara perlahan dan dalam keadaan ini sekali orang Melayu berfikir setelah 3 bulan berlalu, pemimpin UMNO khasnya yang menjadi Menteri sama seperti penumpang Titanic hanya sibuk untuk menyelamatkan harta benda mereka tanpa mempedulikan yang penumpang lain.
Menteri-menteri UMNO sekarang hanya berfikir seperti kata Ahli Parlimen Kota Belud untuk mencari harta yang tiga keturunan tak habis makan. Bukan bermaksud untuk menghina pemberian darjah atau pingat tetapi jika kita lihat bahawa Abdullah Hj Ahmad dengan Kerajaan Tiga Beranaknya tanpa ada perasaan malu memberikan anugerah kepada dua bekas Menterinya yang sudah diketahui mempunyai rekod dalam BPR-Badan Pencegah Rasuah. Kerana kedua orang ini penyokong kuatnya maka tidak dia dilakukan seperti apa yang diterima oleh Kasitah Gadam.
Kesimpulannya Perpaduan Melayu dan Ketuanan Melayu akan terus kekal di Malaysia. Pembuktian yang jelas apa yang berlaku di Perak, di mana jika dikira walau majoriti kerajaan campuran itu kelebihan kepada orang bukan Melayu tetapi mereka akur dan menerima konsep ketuanan Melayu itu bila mana di sebuah kerajaan Melayu beraja hendaklah orang Melayu/Islam menjadi Menteri Besarnya.
Akhirnya jawapan kepada ketuanan Melayu bukan kepada mana-mana parti Politik tetapi kepada Institusi Kerajaan Melayu Beraja sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri. Selagi orang bukan Melayu mempunyai kepercayaan kepada sistem atau institusi dan orang Melayu sendiri tidak membuang adat dan budayanya dan mendukung Institusi Beraja selagi itu ada ketuanan Melayu walau apa parti politik yang memerintah.
Begitu juga Perpaduan Melayu yang jelas bukan milik UMNO atau UMNO menjadi kayu pengukurnya, sebaliknya Perpaduan Melayu ialah bersatu untuk menolak mana-mana Parti-parti Politik yang merugikan orang-orang Melayu seperti yang berlaku di Selangor, Perak dan Kedah dan sudah berlaku beberapa kali di Kelantan, di mana dengan berkat Perpaduan Melayu mereka menolak UMNO yang difikirkan sudah sesuai di tenggelam macam kapal Titanic dan amat tepat dijadikan tukun tiruan untuk ikan-ikan bermain dan berkumpul.
Sang Kelembai: Sebenarnya ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak ada keperluan untuk bertukar fikiran dan pandangan dalam soal Perpaduan dan Ketuanan Melayu. Kerana isu itu ialah isu politik sahaja yang terpenting sikap ahli-ahli MT-empty mesti berubah jangan sampai ada ahli-ahli MT dan para Menteri termasuk yang penagih arak tegar, mulai sekarang menghentikan sikap yang terlalu banyak berbohong dan akhirnya pemimpin UMNO termasuk Abdullah Hj Ahmad menjadi percaya dengan pembohongan yang dibuat sendiri.
6 comments:
Sebenarnya yang gelisah pasal perpaduan Melayu adalah UMNO sendiri... orang Melayu umum tak terasa apa pun,life got to go on.....
Kenapa UMNO begitu gunda gelana pasal perpaduan...kerana kalu orang Melayu tak bersatupadu UMNO akan miss sorunya...projek dan tender habis melayang...
Dulu semasa UMNO begitu gah di persada politik tanah air,soal perpaduan tak pernah terungkap,
malah brader Ali Rustam dengan megah berkata,"tanpa bangsa asing UMNO boleh perintah 50 tahun lagi..."
Tak payah tunggu 50 tahun Ali Rustam ooi...hari ini kalau 40 ahli BN bukan dari UMNO lompat masuk pembangkang...gomen Pat Lah sudah terkangkang le!!!
Nasihat aku tak payah dok jaja pasal perpaduan Melayu,kerana orang Melayu sendiri pun tak percayanya.
Apa yang patut UMNO jaja sekarang adalah perpaduan UMNO yang sudah lintang pukang.Kesian tengok UMNO yang diasas dengan tujuan untuk memperkasakan orang Melayu di buminya sendiri telah dipelingkop oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang gelojoh mencari kekakyaan sendiri dari menyediakan makanan yang cukup untuk orang Melayu semua.
Jangan dok harap Melayu yang tertipu dengan janji manis UMNO selama 62 tahun akan kembali berjuang bersama-sama,kecuali Ezam seorang saja.
cheers.
assalamualaikum,.
saya tidak faham apa yang anda cuba sampaikan. saya cuma tahu yang TANPA PERPADUAN KITA AKAN HANCUR. Bersatulah melayu semua demi agama, bangsa dan negara tercinta.
www.heidirtamimi.blogspot.com
salam sang kelembai....
bolehkan saudara mengupas isu jambatan bengkok yang disentuh oleh Tun Dr Mahathir dalam blognya?
assalamualaikum sang kelembai...
lihat pada kahbar hari ini (9 Jun) iaitu akhbar online.. Media cetak mungkin esok (10 Jun)...
agak kelakar 4 langkah yg dilakukan untuk mengurangkan beban rakyat...
Beriya2 Pak Bedawi ini mungura2kan 4 langkah tersebut.. ingatkan langkah yg betol2 GEMPAK!! rupanya hanya langkah hampeh sahaja....
hahaha geli hati...
1)Elaun keraian PM, TPM, menteri dan timbalan menteri dikurangkan 10 peratus
rakyat x nak tau sangat diorg potong gaji ke x... mereka sudah mempunyai harta yg berjuta2... apalah sangat dengan 10 peratus yg dipotong... langsung xde kesan kepada mereka...
2)Perdana Menteri berkata, kerajaan juga memutuskan cuti anggota Kabinet yang ditanggung kerajaan selama seminggu hanya dalam negara Asean.
Hmmmm... menteri2 kita betul2 seronok jadi menteri,dpt jalan2 satu dunia... xcukup dengan tugas2 rasmi sambil melancong di luar negara.. mereka mesti x heran dengan langkah kedua ini,sebab seperti langkah satu, duit mereka berjuta2, x pyh tunggu cuti pun mereka dah selalu bercuti!!
3)Tiga langkah lain ialah mempercepatkan bayaran rebat tunai mulai Sabtu ini bagi meraka yang membaharui cukai jalan pada April dan Mei,
adoi... budak tingkatan satu pun dah x heran dengan duit 2! bayangkan la setakat RM 625 2 je nak menampong kenaikan barang2 yg dahsyat!!!
klw setakat nak mempercepatkan baik x payah umumkan!! suruh je la menteri pengangkutan bagi tahu! senang!! Langkah yg langsung x efisien!! Apa maknanya dipercepatkan?? kalau lambat pun barang naik jugak, beban bertambah jugak...
bezanya hanyalah sesiapa yg mahu renew road tax (rasanya x mewakili 40 persen pun jumlah pemilik kereta) awal2 ni dapat...
2 je beza, x bawak perubahan langsung!!!
4)menambah kuota fleetcard untuk mengusaha pengangkutan dan menambah baik jaringan sosial.
hai, nie kan menteri2 dah cakap sebelum nie, apa Pak Lah dah nyanyuk ke ape??
tambang bas dah naik pun...dah terlambat...
sekali lagi pak lah tipu rakyat malaysia, ingatkan hebat sangat la 4 langkah yg nak diumumkan hari isnin, rupanya ketua kampung pun boleh buat!!!
langkah tersebut dapat menjimatkan 2 bilion!!
melalui analisis dan pandangan peribadi saya, 2 bilion itu sebenarnya dapat dijimatkan melalui langak 1 dan 2 sahaja... sudah terang lagi bersuluh langkah 3 dan 4 TIDAK LANGSUNG MENJIMATKAN DUIT KERAJAAN (BERDASARKAN PANDANGAN KERAJAAN SENDIRI)
bayangkan langkah ini dibuat sejak 2004,semestinya 8 BILION sudah terselamat!!!
pembaca yg agak setia(sejak minyak naik)...
harap sang kelembai dapat mengupas 4 langkah ini...
a'kum, saya tertarik dengan tajuk ini, "perpaduan Melayu milik UMNO?". Saya bersetuju dengan pandangan tuan berkenaan artikel tersebut. Cuba lihat kenyataan Khir Toyo kepada rakyat selangor untuk menentang kerajaan selangor tentang isu air dan cukai pintu. adakah kenyataan itu ke arah mewujudkan perpaduan atau perpecahan. amat malang pemimping yang mempunyai pengetahuan demokrasi yang amat cetek walaupun pernah bergelar menteri besar. malu saya ada pemimpin seperti khir toyo.
I really hope the king comes out soon & makes a clear stand against UMNO & also one of lack in confidence, dissapointment in the way they have run the country & all the crimes & corruption of their time in power.
We must make them pay to have any real precedents in this country.
In China, they shoot corrupt officials that have been proven guilty!
A really long jail term would be better for the UMNO thieves!
The whole world is looking at laughing us. The situation is critical! PR you don’t want to take over a Malaysia that has been sucked dry, especially at the last minute. Do it now, the nations resources & reserves are being drained dry!
Post a Comment